07 October 2008

AinMaisarah Berhari Raya!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Alhamdulillah, Kak Ain sudah selamat sampai rumah pukul 1.30 pagi tadi setelah seminggu bercuti menyambut Hari Raya Aidil Fitri.

Tahun ini Kak Ain balik beraya ke Kuala Kangsar, Perak iaitu kampung Cik Abang. Tahun ini juga merupakan tahun terakhir kami beraya di kampung Perak. Tahun depan, rumah dan tanah kampung akan diambil-alih dan dibeli oleh KTM bagi melaksanakan projek terminal keretapi.

Oleh kerana itu, tahun ini Cik Abang banyak sekali mengambil gambar dan video sebagai kenang-kenangan. Gambar surau, segenap penjuru rumah, gunung-ganang, ayam-itik, pokok-pokok dan macam-macam lagi dirakam dalam bentuk memori digital.

Kak Ain pula sibuk di dapur. Tahun ini berkesempatan belajar membuat resepi ikan pindang dari Opah. Selain itu, Kak Ain tengok sendiri proses membuat kuih badak berendam yang selama ini dibeli sahaja di pasar Ramadhan (InsyaAllah ada masa Kak Ain masukkan videonya)

Tahun ini juga Kak Ain kurang sihat ketika raya ketiga. Tekak mula sakit. Dahi rasa panas. Hidung merah-merah nak selsema. Apabila muncul tanda-tanda begitu, Kak Ain cepat-cepat ambil Vitamin C, minum air suam banyak-banyak dan makan buah dalam dos yang berlebihan.

Alhamdulillah, demam tak jadi nak menguasai diri dan Kak Ain dapat menyambut hari raya dalam keadaan badan yang sihat, hati yang gembira tetapi kepala asyik terfikir tentang kerja =(

Itu cerita hari raya Kak Ain. Apa cerita sambutan hari raya para pembaca semua? Banyak dapat duit raya?

Salam Aidil Fitri,
AinMaisarah
p/s: Kepada semua pengunjung Rumah Pink AinMaisarah, Kak Ain ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf atas segala keterlanjuran kata, kesilapan bertutur bicara dan kesalahan sebagai seorang manusia biasa. Maafkan Kak Ain ya!

26 comments:

Nadhirah said...

salam kak ain,

Masa hari raya kedua, dari pkul 10 pagi smpai 2 petang dapat 6 ingit jer...
boring la duit raya tahun nih dapat sikit jer.. :(

salam kesedihan,

Nadhirah

hana said...

salam k.ain

masa hari pertama hana dapat kat kampung hana dapat rm 50

hari raya ke2 hana gi raya umah sedara hana kat muar,rengit dengan semua sekitar johor la hana pergi
penat la hana dekat 44 buah rumah la akak

raya ke-tiga hana just gi umah jiran dapat la juga tapi kak ain raya tahun nie ayah hana x bagi la hana raya umah jiran hana yg jauh2 sebab takut kena culik

salam gembira, kesedihan

semua skli hana dapat rm250
kak ain bagi la rm 10 kat hana cukup rm300

hana said...

salam k.ain

masa hari pertama hana dapat kat kampung hana dapat rm 50

hari raya ke2 hana gi raya umah sedara hana kat muar,rengit dengan semua sekitar johor la hana pergi
penat la hana dekat 44 buah rumah la akak

raya ke-tiga hana just gi umah jiran dapat la juga tapi kak ain raya tahun nie ayah hana x bagi la hana raya umah jiran hana yg jauh2 sebab takut kena culik

salam gembira, kesedihan

semua skli hana dapat rm250
kak ain bagi la rm 10 kat hana cukup rm300

Truly Malaysian said...

Saya dapat biasa-biasa je..Tapi,masa nak beraya kat rumah jiran kat kampung..saya malu jugak sebab dah besar pun beraya..Nasib baik,saya bawa banyak budak kecik..Taklah malu sangat.

AnGeL DeViLiA said...

Ima dpt ckit jer....tak sampai 200...tp alhamdullilahlah..akhirnya kak ain letak juga entri baru..lama Ima tunggu..tapi Ima faham knaper kak ain dah lamer tak letak entri baru..

AnGeL DeViLiA said...

Oh ya kak ain..bila nak keluar buku aku mahu ke new york?dah lama dah ima tunggu nak beli...

farah~amira said...

Salam kak ain...
kali nie farah beraya agak boring ar......
duit raya farah tak kisah dapat berapa pun...tapi, masa cuti tak lama...
abang n kakak farah balik kejap je....
p/s:kak ain..farah nak beli buku remaja @ptsone la.....dah habis stok ke???

Shasha said...

slmt hari raya kak ain :DD

aini said...

salam k.ain..

raye taun ni sungguh membosankan..!!x yah tnyer kenape..
menyakitkan ati jer..

duit raye plak banyak gak dpt taun ni..
maklum la..makin besar,makin bertambah la kos nye..heheh..

ok..kite pun nak mintak maaf gak..
SELAMAT HARI RAYA,MAAF ZAHIR BATIN!!

ainzz said...

wah!raye kat perak ke??
baru taw...
ain borink taw kalo kak ain x mskkan entri bru....
tpi ain taw kak ain sebok dgn rye kan...
kak ain,balas lah email ain...

p/s:SELAMAT HARI RAYE!!!

linaz said...

duit raye taon ni....dapat siket je...140.waa...!taon lepas banyak...kurkur..


Akum kak ain!kami datang NAK BERAYA...bukan nak beraye,nak DUET RAYE!!RM500 ye!Bankrap kak ain bankrap!

linaz said...

Jap...Perak?Kampung saya pon kat situh..Teluk intan...KG PADANG TEMBAK...bangbangbangbang..

irah zafirah said...

Salam Kak Ain,

Kak Ain tak pernah buat salah dengan kita orang.
Hari raya pertama,baju warna hijau dan putih.Corak dia daun.nasib tak nampak macam pokok bergerak tau.Hari raya pertama juga tangan saya melecur sbb terkena sup yg menngelegak.

Hari raya kedua,baju saya warna maroon. Daripada tudung sampai ke kain warna maroon semua.Kena ejek dgn kakak sepupu epal bergerak. Sedih tau.

Duit raya tahun ni paling banyak.Berapa? Biarlah rahsia.

Raya tahun ni kurang meriah seperti tahun lepas.Malam raya,sepupu buat rumah terbuka,buat lagsana.yummy....

FaRah said...

salam kak ain,
tahun ni..farah beraya meriah sangat! ceritenye panjang sangat.. susah nak cerite.. tapi mmg best! mmg meriah raye tahun ni! Farah pon mintak maaf kalo farah ade terbuat salah , terguriskan hati ke.. sori ye?

p/s= Kak Ain, akak dah dpt emel saye tu? agaknye bile saye boleh dpt buku remaja@ptsone tu?

KHAIRUNISA YAACOB said...

-thun ni agak bese2 je sy beraya..duit raya thun ni dpt rm280 dri sedara n famili..tu blom lg duit ry yg kat uma kwn2...ari jumaat ni ktorang nak wat rmbongan cek kiah le kat satu ampang..ngeee

-tp kan thun ni best gak..dpt bli sekor tupai trbg(sugar glidder)..comellll sgt..klau sesapa nak tgk ..tgu taw..nnti sy msk kan gmbr tupai tu..name die WIWI tau..hehehe

nisa_k said...

Assalamualaikum kak ain... Nisa disini juga mahu susun sepuluh jari dan ditujukan kemaafan kepada kak ain... kadang-kadang saya ni jenis tak sabar ngan kak ain apabila kak ain hantar saya hadiah... minta maaf, Nisa.

eila said...

x dpt duit raye pas p umah orang la kak ain...
tp saya buat muke x malu...
mak cik...
duit raye untuk kami yg tue x de kew?
itulah saye kate kat org yang kami beraye tuh...
hehehehhe
malu x pe...
aslkan dapat duit raye n masuk tabung...
hehhe

Abby said...

warghhhhhh..! lame x comment kat sini...alhamdullilah..duit raye thun ni abby dapat rm295...tp.. nk g braye kat umah kak ain ley x..??

Abby said...

kak ain abby dah bli bku remaja@ptsone...gune duit raye..hehe..citer2 yg ase kat dalam bku tu smuenyer best..tp yg paling best..aku mahu lemang raya lar..abby rase mcam nk watje ape yg ina wat tu...mcam menarik.

AinMaisarah said...

Salam Nadhirah,
Alah! Jangan sedih-sedih. Dapat RM6, masih boleh beli aiskrim MAGNUM yang sedap sekali. Dapat dua aiskrim lagi! =D Heheh. Satu aiskrim beri pada Kak Ain ye!

Salam Hana,
Amboi! Produktifnya Cik Adik Hana! Beraya sampai 44 buah rumah! Kak Ain beraya 4-5 buah rumah pun dah rasa tak larat =(

Salam TrulyMalaysian,
Tak perlu malu-malu nak beraya. Apa yang penting, tetapkan niat. Beraya kerana nak berziarah dan mengekalkan silaturrahim. InsyaAllah dapat pahala. Kak Ain yang umur 26 tahun pun masih beraya tau! Tapi memang tak ada orang nak beri duit raya lagi =(

Dear Ima,
Kak Ain minta maaf. Memang sepanjang minggu raya Kak Ain tak buka langsung komputer. Ini kerana Kak Ain nak beri keadilan kepada keluarga Kak Ain juga. Selalu sibuk menulis sahaja. Tetapi sekarang Kak Ain sudah mula kembali memasukkan entri baru. Jadi Ima tak tertunggu-tunggu lagi! =D
p/s: Aku Mahu ke New York ada sedikit perubahan jadual penerbitan. Kak Ain akan umumkan tak lama lagi. Tunggu ya!

Salam Farah Amira,
Buku REMAJA@PTSONE 2008 masih ada stok di tangan Kak Ain. Ada 5 buku lagi yang belum berpunya. Kalau nak buku, sila beri kepastian segera ya!

Salam Shasha,
Kak Ain ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada Shasha juga! =D

Salam Aini,
Apalah peristiwa yang menyakitkan hati tu? Kasut raya hilang di Aidil Fitri? Apapun yang berlaku, Kak Ain harapkan Aini masih berpeluang merasai kenikmatan hari raya di bulan Syawal yang tinggal 21 hari sahaja! Kak Ain juga minta maaf atas segala kesilapan Kak Ain pada Aini ya!

Salam Ain,
Kak Ain minta maaf tak masukkan entri baru sepanjang minggu raya. Lepas beraya di Perak, Kak Ain jenguk mak di Johor pula. Jadi memang laptop Kak Ain kekal diletak dalam kereta selama seminggu lamanya. Tak bergerak-gerak! =D Kak Ain akan balas e-mel Ain sekejap lagi ye!

Salam Linaz,
Aduh! Sakit jantung! Sakit pankreas! Sakit segala-galanya bila Linaz minta duit raya sampai RM500! Isk.. Isk.. Isk.. Bankrup C++ Kak Ain jadinya! Hmm... kalau Kak Ain bagi duit raya 50sen... nak tak? =D Heheh..

Dear Irah,
Cerita Irah ni sebenarnya ada sedikit persamaan dengan cerita Kak Ain. Dulu-dulu Kak Ain pernah pakai baju hijau, skirt hijau dan tudung hijau. Cik Abang kata, Kak Ain pokok krismas bergerak. Sampai sekarang, baju tu tersimpan pada rak baju paling bawah. Tak pernah bersentuh, tak pernah dipakai lagi. Kita orang perempuan ni memang sensitif kan.. kan.. kan..

Salam Farah,
Kak Ain juga minta maaf zahir batin atas setiap kesalahan Kak Ain ye. Buku REMAJA@PTSONE sudahpun diposkan. Kak Ain harap buku cepat sampai. Janganlah Pos Malaysia lambat-lambat lagi menghantar bungkusan. Maklumlah, sekarang sudah habis raya.

Salam Khairunisa,
KAK AIN NAK TENGOK TUPAI TERBANG TU! Mesti comel sangat! Nak tengok! Nak tengok! Cepat masukkan dalam blog ya! Nanti Kak Ain datang ke blog Nisa dan melawat Wiwi (namanya comel!)

Salam Nisa_K,
Kak Ain pun nak minta maaf atas salah silap Kak Ain juga kepada Nisa ya! Segala apa yang terkurang dari pihak Kak Ain, harap jangan diambil hati.

Salam Eila,
Macam mana tabung Eila setakat 8 hari berhari raya? Dah penuh? Meh sini bagi sikit pada Kak Ain. Heheh!

Salam Abby,
Terima kasih kerana sudah dapatkan buku Remaja@PTSONE 2008. Sebenarnya idea buat cerita 'Aku Mahu Lemang Raya' tu datang spontan semasa Kak Ain jalan-jalan di KLCC. Alhamdulillah Abby suka cerita tu ye!
p/s: Bilalah kita nak jumpa lagi ni =( Asyik sibuk saja memanjang. Hujung minggu ni pun Kak Ain ke Pulau Pinang.

Salam Aidil Fitri,
AinMaisarah

Faz said...

Kak Ain saya x sangka yg kampung cik Abang di Kuala Kangsar,Perak. Kampung saya pun di situ.

fai619 said...

assalamualaikum...

raya tahun ni tak bestla...
opah saye meninggal dunia tanggal 22 Ramadhan...sedey...=(((
duit raya dapat lebih kurang rm 20 je...
semua cakap kecik2 tak pandai guna duit,bolehla bagi duit banyak tapi bila dah besar pandai guna duit,takut habis bagi sikit jela...tu yang cikgu and ibu saudara saya cakap...

minggu depan ada final exam,kak ain doakan saya dapat semua A ye??

fai619 said...

lupe plak..nak ucap selamat hari raya aidilfitri..mintak maaf banyak-banyak kalau ade tersalah cakap ke,apa ke...

nak duit raya!!!

p/s:kenapa kak ain tak balas mesej saya kat email kak ain???lama tau saya tunggu...=(((

Anonymous said...

salam kak ain,

kak ain, bile shaikha nak dpt buku tuu?? shaikha dah tak sabar nak bace bku tuu and novelcomel tuu..

salam,
shaikha

intan sueraya lovato said...

Salam kak Ain yg cute,

Tahun ni Yaya dapat RM 214 jer.x byk pown.slalunya msti dpt 300 n above.Tapi,xpelah asal dpt jgk..All da best kak Ain !!

izzah said...

Kak Ain, kampung kak ain belah mana? sebab kampung saya pun kat kuala kangsar...