08 September 2008

Produk Ikhlas MAXIS Dilancarkan!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Kak Ain sudahpun selamat tiba di KL hari Ahad, jam 7.30 malam. Alhamdulillah segalanya baik-baik sahaja walaupun sekali lagi hujan mengiringi pesawat ketika berlepas dan mendarat.

Alhamdulillah juga, selesai sudah tugas Cik Abang di Kuching, Sarawak. Proses memberi latihan tentang produk Ikhlas MAXIS kepada promoter-promoter MAXIS di sana berjalan lancar. Semalam, bertarikh 8 September 2008, produk Ikhlas MAXIS dilancarkan ke seluruh negara.

Kak Ain sendiri sudah mendapatkan produk terbaru MAXIS ini. Buat pengetahuan semua, Ikhlas MAXIS adalah produk konten telefon bimbit Islamik yang akan mengimarahkan lagi bulan Ramadhan yang mulia.


Sempena Ramadhan ini, MAXIS menawarkan himpunan konten Islamik bernilai RM530 secara PERCUMA. Kak Ain sendiri sudah pergi ke MAXIS Centre berlokasi di KLCC. Sampai di sana, Kak Ain diminta membeli SD Card bernilai RM15 bagi mendapatkan pakej Ikhlas MAXIS. Mesti beli SD Card harga RM15? Hai! Okeylah tu! Selalu harga SD Card di luar pun dijual pada harga paling murah, RM20. Jadi Kak Ain masih jimat RM5!

Setelah membeli SD Card dan memasangkannya dalam telefon, Kak Ain dapat menggunakan himpunan konten Islamik bernilai RM530 secara percuma.

Apa yang terkandung dalam pakej produk Ikhlas MAXIS ini?

~ Zikir elektronik
~ Waktu solat
~ Panduan solat
~ Aplikasi kiraan zakat
~ Kalendar hijrah
~ 24 MBook Islamik
~ 10 tema Ramadhan (theme)
~ 36 penghias skrin (wallpaper)
~ 13 klip video
~ 58 klip suara
~ Permainan Nabi Yusuf

Kak Ain letakkan sedikit contoh kandungan telefon bimbit Islamik ini. Berikut adalah contoh wallpaper Islamik yang cantik-cantik sekali.


Paling Kak Ain suka adalah klip suara tazkirah Ustaz Zawawi. Ada 30 klip kesemuanya. Setiap satu klip suara mewakili satu nasihat berpuasa dalam bulan Ramadhan. Hmm... Kak Ain teringat lagi, sewaktu proses merakam suara Ustaz Zawawi. Kami ke rumahnya dengan segala macam peralatan merakam. Dijamu tosai dan capati yang sedap sekali =D Terima kasih Ustaz! Lama Kak Ain lepak rumah Ustaz kerana proses rakaman suara hanya boleh dibuat selepas pukul 12 tengah malam. Apabila semua anak-anak sudah masuk tidur dengan aman (Kak Ain lihat sendiri semua anak-anak Ustaz beberapa kali bersalam, memeluk dan mencium ayah mereka dengan manja sekali... tersentuhnya hati!) barulah proses rakaman dimulakan. Pukul 2.00 pagi juga baru keluar dari rumah Ustaz.

Selain mendengar tazkirah Ustaz Zawawi, ada juga M-book percuma yang boleh dibaca ketika senggang waktu menunggu berbuka puasa. Antara tajuk-tajuk yang disertakan dalam produk Ikhlas MAXIS ini adalah:

~ Tips Menghafal
~ Sirah Nabi
~ Soal Jawab Puasa

Secara peribadi, Kak Ain rasakan ini adalah satu usaha murni pihak MAXIS dalam membantu menyebarkan konten telefon bimbit Islamik. Selalu sangat habiskan duit beli ringtone lagu-lagu popular, apa kata dalam bulan Ramadhan ini kita cuba muat turun konten Islamik pula!

Kepada pelanggan MAXIS yang berminat mendapatkan produk Ikhlas MAXIS, hanya perlu ke Pusat Perkhidmatan MAXIS berdekatan dan dapatkan SD Card yang mengandungi produk Ikhlas MAXIS. Ianya terhad kepada 50,000 SD Card sahaja seluruh Malaysia. Jadi siapa cepat dia dapat! =D

Di sini Kak Ain senaraikan lokasi-lokasi Pusat Perkhidmatan Pelanggan MAXIS seluruh Malaysia, bagi memudahkan para pengunjung mendapatkan SD Card yang mengandungi produk Ikhlas MAXIS:

1) Pusat Maxis KLCC.
2) Pusat Maxis TTDI
3) Pusat Maxis Klang
4) Pusat Maxis Pavilion KL
5) Pusat Maxis Berjaya Times Square
6) Pusat Maxis Mid Valley Gardens
7) Pusat Maxis di Northam Penang
8) Pusat Maxis Bayan Baru, Penang
9) Pusat Maxis Wisma Kurnia Alor Setar
10)Pusat Maxis Jln Kebun Sultan Kota Bahru
11)Pusat Maxis Jln Beserah Kuantan
12)Pusat Maxis Jln Kong Sang Seremban
13)Pusat Maxis di Mahkota Parade
14)Pusat Maxis di Damai Plaza Kota Kinabalu
15)Pusat Maxis Warisan Square Kota Kinabalu
16)Pusat Maxis Al Idrus Centre Kuching

Salam Sayang,
AinMaisarah

15 comments:

Farah Hanum said...

salam kak ain...

wah!!!bagusnya...maxis ni...ada konten telefon islamik islamik pulak...selamat juga kak ain tiba di KL...tempat adalah terhad ke..konten telefon islamik ni???jawabnye....kak ain...:D :-)

wassallam....
farah hanum.

p/s:yeyey farah komentar yang pertama....:D

cikadlynn said...

Iyer ker Kak Ain?Fuyooooooooooooo bestnyer kalo sape yang langgan MAXIS ni.....Sayangnya Adlina tak langgan MAXIS untuk handphone.Adlina guna DiGi.Tapi takper,DiGi pun aper kurangnyer.

Betollah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Saper cakap Adlina tipu?!!!!

ucapan dari,
Adlina Hanisah.


P/s:weeehaaaa Adlina komentar yang kedua...:D Tapi takper,sekurang-kurangnyer dalam blog Kak Ainin Naufal Adlina komentar yang pertama....:DDDDDDDDDDD

Anonymous said...

wah!!
cam best jee....
semua handfon bleh gune ek??
bende tu jual kat KLCC je ke??
mcm nak beli plak...

MIRA said...

Wah..

Menarik!Sy pun pengguna Maxis..
Best..best..
Sy pun nak dptkanlah iklas ni!

Arna Suicided. said...
This comment has been removed by the author.
Arna Suicided. said...

Seronoknya!!!!! Bertuah kak Ain ikut sekali... saya pun pengguna maxis hampir 3 tahun tapi... saya tak dapat pula promosi macam tu. Kak Ain betul-betul bertuah. Kak Ain lawatlah blog saya, kak ain... um... "hadiah" tu tak dapat lagilah... jangan marah ya, memang saya ni jenis yang tak sabar kalau dah seronok sangat... hehehe. emel saya: nisa.rawi@yahoo.com

Dari Nisa

Alya said...

Whoa! Banyak nyer, Kak Ain!!
Tapi Alya guna celcom @ Xpax ..
Ngeehee :D

nurul hidayah roslan said...

Salam kak ain,

wah!dayah nak cube lah!!:):)

mesti best

wasalam,

Anonymous said...

k.ain dah blik ke?
sya lmbt trima brita sbb lma x bukak komputer..
ade bwk ole2 utk sya x??
k.ain x jwb pun soalan sya dlm comment dkat-kisah di sarawak 1-....
xpewlah,bubye..

Anonymous said...

Salam Kak ain,

Saya tak gun maxis. Saya guna bil.(tapi ayah saya bayar. hehehee)Macam best jer tengok beda ni.Kak Ain tak rasa takut ker masa naik kapal terbang masa hujan.Kak Ain pergi mana masa kat Sarawak.

halim said...

wah...bestnyer...abg ima jer yg guna maxis...ima pengguna setia xpax...ngee...^_^

Anonymous said...

launching blog for those who want to advertise or sale anything...

Anonymous said...

Kak ain,

saya ada hantar mesej dekat e-mail kak ain
please jawab ASAP

eryna said...

hmmm...maxis tu...saya ialah pengguna nyer...nasib baik kak ainmaisarah selamat...kalau tak boleh nak raya...{",}

Anonymous said...

maxiss,
ada segalanya........heheheheh ;)