06 September 2008

Kisah di Kuching, Sarawak: Bhg 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Kak Ain minta maaf kerana tidak memasukkan entri baru pada hari Sabtu seperti selalu. Jadual padat sangat. Waktu di Kuching ini pula terlalu singkat.

Sebenarnya Kak Ain sudah selamat sampai di Kuching pada hari Jumaat, pukul 2.30 petang. Kalau semua nak tahu, Kak Ain rasa berdebar sangat naik kapal terbang kali ni. Waktu berlepas, hujan lebat. Waktu nak mendarat, hujan gerimis pula =( Takut! Takut!


Alhamdulillah kapal terbang mendarat dengan selamat. Itu yang Kak Ain tersenyum lebar benar! =D Sampai sahaja, kami terus ambil teksi ke Holiday Inn, Kuching.

Kak Ain ada juga ambil gambar hotel (Hmm... ada banyak Kak Ain nak komplen tentang hotel ini!) Selepas diedit nanti, InsyaAllah Kak Ain akan masukkan gambarnya di Rumah Pink.

Sehingga bertemu lagi. Jaga diri! =D

Salam Sayang,
AinMaisarah

17 comments:

irah aka zafirah said...

Salam Kak Ain,

Saya duduk Holiday Inn masa gi Sarawak.Bawah tu ada tempat shopping kan? Semoga Kak Ain bergembira di Sarawak.

misz qiqin said...

K.ain!
selamat k.ain update entri hari nie! rindu sgt k.ain! hihihi!

k.ain sy doakan balik nanti tak hujan. klu tk nanti k.ain takut lg!

k.ain masukkn gambar di sarawak cpt2 tau. sy tunggu! ;p

Shasha said...

tak sabar nak tengok gambar2 kak ain di sarawak!

p/s: apa la agaknya komplen yg kak ain nak buat pasal hotel kt sane ye.. Hehehe :P

zarifah binti osman said...

hye kak ain!!kak ain dok kat holiday inn kew??hrmmm...nape akak x dok kat Merdeka Palace,Riverside atau Hilton??huhu...tapi kan kalau berbuke kat holiday inn sedap...heheh

adam said...

kak ain maner bahagian dua ,kak ain.

hanis aqilah said...

Salam Kak Ain ,

Alhamdulillah , Kak Ain selamat berlepas dan selamat mendarat ,

Hanis tidak pernah ke Sarawak .
Nampaknya , kali ini rezeki Kak Ain lah , ye ?
Kak Ain ke Sarawak atas urusan bercuti atau bisnes Cik Abanag ?

:)

farah hanum said...

salam kak ain...
fuh...risaunya..naik kapal terbang kalau hujan...nasib baik kak ain selamat berlepas dan mendarat....kak habis melancong ke Kuching bila???

wassallam....
farah hanum.

ALyA WoNdErS said...

Hai Kak Ain !! (^_^)
Kak Ain pergi Sarawak naik flight aper? Kalau MAS warna putih, Air Asia merah, kapal terbang ini warna biru gelap. Uniklah! Hehe ..

Anis Qamarina Bt Kamaruddan said...
This comment has been removed by the author.
najwaamira said...

Salam,

Syukur...Selamat juga mendarat!Mesti best buka puasa awal kan?:D

fara theMacho said...

salam kakAinMaisarah,

oooo..dah sampai Kuching Sarawak, ya??wah, bestnya...

untuk pengetahuan kakAinMaisarah, ada orang cakap Hotel Holiday Inn tu berhantu. entahlah... Fara pun x pasti sebab kalau Fara n family Fara pergi Sarawak, mesti kami duduk di Tabuan Jaya, di taman perumahan polis. Maklumlah, ayah Fara Ketua Cawangan Khas Sarawak(KCKS), polis lah katakan. Kadang-kadang Fara duduk di Merdeka Palace. kat sana memang best. n lagi satu, hotel hilton yg dekat dengan riverside. kalau Fara pergi Sarawak mesti Fara borong semua minyak wangi kat sana.. hehehe... best betulshopping kat sana. Perfume diorang berjenama & murah!

salam sayang, Fara theMacho!!

Nisa said...

Seronoknya Kak Ain pergi sarawak. Anyway, kenapa kak ain kena pergi sarawak? bercuti ke?

anas muhamad radzi said...
This comment has been removed by the author.
fai619 said...

dah slamt smpai???alhamdulillah..hehe
jgn lupa bwk ole2 tau!

fai619 said...

kak ain,novel comel percuma tu ade lgi ke?
ke dh habis??
klu ada,sye nk beli aku mahu teman tp mesra yg ade novelcomel percuma:rahsia hati mr.lobak2...
p/s:plis bls cpt2...
sye ade antar msg kat e-mail k ain,hrp k ain sudi baca n balas...

numan said...

apa khabar

Anonymous said...

Hadoi Kak Ain......Mesti best kan pergi Sarawak?Kesian Jupjup Kak Ain.Jupjup tak pernah pergi Sarawak.Kalo bapak Jupjup pergi Sarawak tu adalah.Kalo Kak Ain pergi Sarawak,Kak Ain naik Jambatan TampaRuli tak?Bapak saya lalu jambatan tu dekat nak 10 kali Kak Ain.





Mesti BEST,kan KAK AIN?