12 September 2008

AinMaisarah Bertemu Faizal Dzasrik

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selamat menikmati hujung minggu.

Pagi ni Kak Ain ambil masa nak masukkan entri bercerita yang panjang sedikit. Tapi cerita dah basi =D kerana ianya berlaku dua minggu lalu. Hmm... tak kiralah! Kak Ain nak cerita juga!

Al-kisah begini ceriteranya. Pada tanggal 30 Ogos 2008, pagi-pagi lagi AinMaisarah dah gosok baju. Kak Ain ajak Cik Abang ke dua acara penulis PTS One. Acara pertama adalah majlis booktalk Saudara Faizal Dzasrik di MPH Subang Parade.

Walaupun acara bermula pukul 2.00 petang, Kak Ain dan Cik Abang sudah bergerak keluar dari rumah pukul 12.00 tengahari lagi. Risau Jalan Persekutuan sesak. Maklumlah, hujung-hujung minggu semua orang nak keluar.

Kami sampai Subang Parade pukul 12.30 tengahari. Sempat Kak Ain cuci-cuci mata melihat deretan baju raya yang bergantungan indah tak terperi. =D Heheh. Kak Ain juga sudah aim sehelai baju kurung moden berwarna dusty pink. Tapi harganya mahal sangat! Hmmm... sampai RM280. Memang cekik darah betul! Mungkin kerana baju itu dijual dalam shopping complex, harganya dinaikkan sebegitu rupa. Cik Abang nasihatkan Kak Ain supaya survey dahulu baju-baju raya lain di Jalan TAR, Ampang Park dan SOGO sebelum membeli.

Ralit memerhati baju raya, Cik Abang cuit ajak makan tengahari dan solat Zuhur. Tepat pukul 2.00 petang, Kak Ain sudah berada di MPH. Meja sudah disusun dengan buku-buku Saudara Faizal Dzasrik bertajuk Ini Suatu Cerita dan Yong Tau Foo. Oleh kerana acara belum bermula, Kak Ain ke rak buku remaja Melayu terlebih dahulu. Di sana, buku-buku PTS One SANGAT-SANGAT-SANGAT-SANGAT tak tersusun! Ya Allah! Macam kena ribut taufan Katrina dan Gustav serentak! Ngeri Kak Ain tengok! Jauh berbeza dengan susunan buku PTS One di MPH Mid Valley dan Kinokuniya.

Kak Ain tak pasti salah siapa. Mungkin pihak pengurusan MPH pun dah tak larat nak menyusun buku sebab pengunjung asyik letak merata-rata. Di sini Kak Ain nak ingatkan para pembaca semua, apabila ke kedai buku dan menyelak-nyelak buku yang ada... pastikan meletak kembali dengan baik di atas raknya. Jangan buku rosak dan terlipat-lipat. Sekiranya itu berlaku, penulis buku rugi, penerbit PTS One lagilah rugi.

Dalam Kak Ain geleng-geleng kepala tengok buku-buku tonggang-terbalik gaya somersault tu, Kak Ain terdengar bunyi mikrofon. Terus Kak Ain dekati semula ruang acara dan ketika itu berjumpa Saudara Faizal Dzasrik yang sedang bersiap nak bersiaran secara langsung mempromosi bukunya.


Rupanya Saudara Faizal Dzasrik juga mengalami nasib yang sama macam Kak Ain ketika mengendalikan booktalk di Mid Valley. Ada masalah teknikal yang dihadapi hingga menyebabkan acara terlewat bermula. Oleh kerana Saudara Faizal Dzastrik mahu mengadakan sesi karaoke yang diselang-selikan dengan booktalk, maka sistem bunyi yang canggih diperlukan. Malang sekali, sistem bunyi hanya siap dipasang pukul 2.30 petang. Mujur Saudara Faizal Dzasrik cool orangnya. Apabila sahaja acara bermula, nyanyian lagu This Love by Maroon 5 mula berkumandang.

Wah! Memang merdu + lemak berkrim disukai ramai sungguh suara penulis novel PTS One ni! Kak Ain tabik spring toink-toink dengan keberanian, kelincahan dan kehebatan berkaraoke Saudara Faizal Dzasrik! Rasa nak berguru pula dengannya! Maklumlah... suara Kak Ain bila menyanyi ala-ala chipmunk tersedak! =D heheh.

Selesai nyanyian lagu pertama, ada sesi berbual bicara tentang karektor dalam novel pula. Setelah itu sesi Saudara Faizal Dzasrik mengenakan Kak Ain dan Cik Abang. Kami dipanggil ke depan. Nak tahu kami disuruh buat apa? Kami disuruh menari! Kak Ain memanglah kaki kayu. Tapi Kak Ain rela juga melalui sesi pembulian itu demi nak menyokong rakan penulis. =D

Terima kasih daun keladi Kak Ain ucapkan pada Saudara Faizal Dzasrik kerana menghadiahkan novel bertajuk Yong Tau Foo kepada Kak Ain.

Pukul 2.50 petang, walaupun acara belum berakhir... Kak Ain terpaksa mengundur diri. Ini kerana Kak Ain ada temujanji dengan seorang lagi penulis PTS One iaitu Kak Kusyi Hirdan. Kali ini menghadiri pelancaran novel siri Kembara Hafiz di Kompleks Sukan Kampung Pandan. Acara mula pukul 3.00 petang. Ketika itu Kak Ain sememangnya sudah terlewat sangat!

Huh! Panjangnya cerita kali ni. InsyaAllah nanti Kak Ain sambung lagi. Entri seterusnya, Kak Ain akan melaporkan tentang pelancaran buku Kak Kusyi Hirdan pula. Jadi, teruskan mengunjungi Rumah Pink AinMaisarah ya!

Salam Sayang,
AinMaisarah
p/s:
1) Para pengunjung boleh membaca laporan booktalk Saudara Faizal Dzasrik di blog rasminya http://www.faizaldzasrik.blogspot.com/

17 comments:

AnGeL DeViLiA said...

wah....kak ain kene menari??hi..hi..kelakarnyer..mmg ima slalu jenguk blog kak ain..setiap hari tau...

fai619 said...

Kak ain kena menari ker??
kak ain menari gaya ape??
hehe...
kak ain sempat beli baju kurung tak?
warna ape??

ala tomei said...

kak ain bila kak ain nk bg adiah tu dah nak msk minggu ke3 poser tp x dpt paper pon

irah 1996 said...

Salam Kak Ain,

Kak Ain menari?!
Saya tak boleh bayangkan. Kak Ain menari gaya apa?
tak apa.
Ada ubi,
Ada batas,
Ada hari,
Kak Ain balaslah.

Kak Ain tahun ni baju raya Kak Ain buat warna apa? Kak Ain beli teus ke Yg dah ready made?

ALyA WoNdErS said...

Kak Ain,
Memang tiap-tiap kali buka kom or laptop, mesti melawat Rumah Pink AinMaisarah punyer! Never Missed any entries sejak first time alya kenal rumah ini. ^_^

Shasha said...

salam kak ain,
shasha setuju sgt2 la dgn kak ain...
shasha pernah beli buku Impiana II kt sana...
masa tu, igtkan impiana II blm sampai lg kt sana...
2 jam lepas tu, baru la shasha nmpk kelibat buku2 PTS one...

kak ain menari? hmm... ruginya shasha tak ada kt sana masa tu... kalau tifak, ada la peluang nk tengok kak ain menari... hehehe :PP

p/s: tak sabar nak tunggu cerita kak ain masa di Sarawak.. :D

najwaamira said...

Sy selalu jenguk rumah pink kak Ain ni.

FaRah said...

kak ain menari? mesti kelakarkan? tak dapat nk bayangkan.. farah memang mengunjungi blog pink ni..sbb seronokk

Aimi Nadhrah. said...

saya sokong! saya sokong bila kak ain cakap buku-buku ptsOne kat mph parade amat tak tersusun..

sebab tu susah kalau saya dtg situ nak cari buku-buku pts atau buku2 lain. geram2... nak cari bku kene gi popular kat piramid.:P

apepun, saya tak sempat nak pergi ke mph masa ni walaupun yg sebenarnya rumah saya trletak 30 minit je dr parade(klau jalan kakilah).. aisy, ruginya.. kalau tak boleh tengok kak ain dengan cik abang menari kot. hehehehe :PP

Faizal Dzasrik said...

salam buat kak ain maisarah,
hehehe...terima kasih sebab datang ke booktalk...what a surprise! i really appreciate it so much. Kirim salam kat abang ya.

Hehehe...
Kat rumah nanti, bolehlah prektis tarian 'lambada' kikikikiki.
Selamat Berdansa...

amely-weirdo said...

kak ain,
saya pun slalu pgi mph subang parade.
dn mmg buku brsepah-sepah.
haha~
saye cume nak ckp yg truskan buat novel ye !
krane gaye penulisan kak ain sgt kreatif.
bgitu juge dgn pnulis2 lain.
go2 pts one !

farah_hanum said...

salam kak ain...
sedap eh suara abg faizal dzasrik???sedap macammana ye...hehehe saya pergi kedai buku popular...buku tak sepah tapi buku ada yang dah terlipat...erm...kak ain menari tarian ape???heeheh:D

wassallam...
farah hanum.

irahazira said...

Wah ramai pula yang komen di sini. Secara jujurnya, memang saya tak berpuas hati dengan cara penyusunan novel PTSOne di MPH Subang Parade. Kalau tengok di bahagian lain, tak adalah seteruk bahagian novel remaja. Mungkin salah satu puncanya adalah kerana bahagian tersebut dekat benar dengan bahagian buku cerita kanak-kanak. Jadi ramai budak-budak yang bermain di situ dan menyepahkan buku-buku. Geram tau, dah la MPH tu sumber terdekat nak cari buku, tapi macam tu pulak. Aih!
Setuju dengan Aimi, terpaksa pergi MPH/POPULAR di Pyramid.

AinMaisarah said...

Salam Imah,
Terima kasih kerana selalu jenguk blog Kak Ain. Kak Ain sangat-sangat menghargainya! =D Macam mana dengan peperiksaan UPSR? Selamat berjaya Kak Ain ucapkan!

Salam Fai619,
Kak Ain memang tak pandai menari. Bila Abang Faizal suruh menari, Kak Ain pun hentam sajalah labu! =D Heheh... Baju kurung Kak Ain tak beli lagi. Hmm... Sabtu & Ahad depan baru Kak Ain nak cari baju raya. Tahun ni mata Kak Ain nak cari warna ungu/dusty pink/hitam putih.

Dear Ala Tomei,
Kak Ain sudahpun menghantar hadiah buat Ala Tomei pada hari Khamis malam. Tak sampai lagi?? Okey, tolong cek alamat Ala Tomei sekali lagi.

Lot 43,
Lorong A5,
Kampung Cheras Baru,
56100, KL

Sekiranya betul alamat yang diberi, InsyaAllah tentu sampai. Cuma masanya sahaja Kak Ain tak dapat nak pastikan. Ini kerana posmen-posmen sekarang sibuk menghantar kad raya. Kak Ain harap dapat sampai ke tangan Ala Tomei pada hari Isnin atau Selasa. Tolong confirm samada alamat Ala Tomei itu betul atau tidak ya!

Salam Irah1996,
Betul tu! Ada hari nanti Kak Ain pula nak suruh Abang Faizal menari gelek ala padang pasir =D Kak Ain tak beli lagi baju raya. Selalu setiap tahun memang Kak Ain beli yang ready made sahaja.

Salam Alya,
Terima kasih atas sokongan berterusan Alya. Ini yang buat Kak Ain semakin rajin nak masukkan entri baru =D Apapun, Kak Ain amat-amat-amat menghargai kunjungan Alya ke sini!

Salam Shasha,
Shasha duduk dekat dengan Subang Parade? Alah! Kak Ain teringin nak jumpa Shasha. Ini Shasha The Wannababes ke? =D heheh.
Cerita di Sarawak memang banyak. InsyaAllah Kak Ain masukkan dalam entri akan datang. Tunggu ye!

Dear Mira,
Kak Ain tahu Mira selalu jenguk Rumah Pink ini. Memang pengunjung setia sejak buku pertama Kak Ain bertajuk 'Aku Mahu Popular' lagi. Kak Ain pun tak tahu nak balas jasa baik pengunjung setia di sini.

Dear Farah,
Terima kasih kerana mengunjungi Rumah Pink ini. InsyaAllah Kak Ain akan sentiasa berkongsi cerita dengan para pembaca semua tentang perkembangan buku-buku dan hidup Kak Ain di sini. Jadi jangan ketinggalan! =D

Dear Aimi,
Kak Ain pun terkejut sangat bila tengok buku-buku tu teruk sangat keadaannya. Tak tersusun tu satu hal. Tak ada stok buku pun satu masalah. Buku-buku terbaru PTS One semuanya tak ada dipamerkan. Kak Ain tak pasti, sudah habis dijual atau sudah diletak merata-rata di tempat lain. MPH/POPULAR di Pyramid Kak Ain tak pergi lagi. Nanti Kak Ain buat pemeriksaan di sana pula.

Dear Abang Faizal,
Oho! Itu tarian lambada ye? Kak Ain ingat tarian kepak-kepak ayam! =D Huhuh! Cik Abang kirim salam balik. Dia tanya, nak tak video-video yang ditangkap sepanjang majlis berlangsung.

Dear Amely,
Terima kasih kerana menyokong penulis PTS One. Kami semua akan terus menulis-menulis dan menulis selagi adik-adik semua terus membeli buku keluaran PTS One! =D

Dear Farah Hanum,
Memang suara Abang Faizal sedap! Menyanyi lagu rancak tak semput langsung! Tabik-tabik! =D

Dear IraHazira,
Kak Ain setuju itu salah satu punca buku bersepah. Buku remaja dan buku kanak-kanak bercampur-aduk. Pening kepala dibuatnya. Kalau Kak Ain jadi pembeli pun, terus hilang selera nak membeli buku. Harapnya pihak pengurusan MPH Subang Parade akan ambil tindakan. Contohi aturan susun atur buku di MPH Mid Valley yang sangat kemas sekali.

Salam Sayang,
AinMaisarah

ala tomei said...

sah btol btol x tp ni btl ckp kak ain posmen zaman sekarang bermacam macam jenis ala macam ikan ikan kelisa,patin,keli , and macam macam lg



p/s ikan pari favourite sayer

ala tomei said...

kak ain t kosong kat blkg tu macam nie 430 da

nurfarahani said...

KAK AIN MENARI.


KAK AIN MENARI APA?DENGAN SIAPA?


BLOG RUMAH PINK CUTE


SEJAK SAYA MULA BUKAK RUMAH PINK AKAK AIN NIE,MEMANG CUTE.TAPI,CAMNER KAK AIN WAT BLOG?NANTI TOLONG TUNJUKKAN YE?


P/S:SAYA ,KALAU SCOLA,MESTI LA TAK JENGUK.KALAU ADA MASA ,MESTI JENGUK RUMAH CUTE PINK AKAK NIE!!!


SALAMIAH,
NUR FARAHANI ;)