14 September 2008

AinMaisarah Bertemu Kusyi Hirdan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kak Ain minta maaf kerana terlewat memasukkan entri. Kak Ain baru berkesempatan buka komputer. Semalam penuh sangat dengan segala macam aktivti.

Okey! Seperti dijanjikan, entri kali ini Kak Ain berkongsi cerita tentang majlis pelancaran siri novel Kembara Hafiz yang ditulis oleh Kak Kusyi Hirdan. Majlis dijadualkan berlangsung di Kompleks Sukan Kampung Pandan tepat pukul 3.00 petang.


Pukul 2.50 petang, Kak Ain baru masuk kereta dan bergerak dari Subang Parade. Di pertengahan jalan, hujan lebat mencurah-curah melambatkan lagi perjalanan =( Akhirnya, Kak Ain sampai pukul 3.30 petang. Majlis sudahpun bermula dengan ucapan Presiden PTS iaitu Puan Ainon Mohd. Setelah itu ada ucapan perasmian oleh tetamu khas iaitu Puteri Menteri Besar Perak, Puan Faatihah bt Dato' Seri Ir Nizar.

Di bawah ini Kak Ain sertakan video perasmian siri novel Kembara Hafiz. Memang meriah! Siap diiringi bunyi mercun di hujung acara! Terkejut terpocot Kak Ain sekejap!



Selesai perasmian, para hadirin diminta berdiri dan menyanyikan bersama-sama lagu Merdeka sempena sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke 51 pada tanggal 31 Ogos 2008.

Ketika itu Kak Ain turut sama berdiri, pegang bendera dan menyanyi. Rasa seperti berada di zaman riang-ria alam persekolahan! =D



Selesai majlis, semua tetamu dijemput menjamu selera dengan hidangan minum petang yang disediakan.


Ada bihun goreng (Favourite Kak Ain! Yummy!)
Ada kuih-muih bermacam jenis (Kak Ain suka muffin coklat tu)
Ada teh o panas (Memang sedap minum air panas ketika sejuk-sejuk hujan begini)
Ada juga balang biskut raya di tengah meja!


Turut sama dijamu dalam majlis ini adalah kehadiran 25 orang anak yatim dari Yayasan Nur Hikmah. Seronok sungguh mereka diraikan dalam majlis sebegini. Ada jamuan makan-makan dan dapat pula hadiah buku percuma dari Kak Kusyi Hirdan! Moga-moga Allah merahmati usaha murni Kak Kusyi meraikan golongan yang kurang bernasib baik ini.

Selesai makan, dapatlah berbual sekejap dengan Kak Kusyi Hirdan. Buat pengetahuan semua, Kak Kusyi sudah menghasilkan lebih 12 buah buku. Antara tajuk buku yang diterbitkan di bawah naungan PTS One adalah:

~Siri Kembara Hafiz: Janji Sahabat
~Siri Kembara Hafiz: Dunia Baru
~Siri Kembara Hafiz: Rahsia Terbongkar
~Siri Kembara Hafiz: Hafiz ke Sabah
~Umairah & Kuda Putih

Amboi! Banyak sungguh buku-buku yang telah dihasilkan oleh Kak Kusyi. Kak Ain memang respect. Kak Ain juga sudah awal-awal tempah tempat nak masuk kursus penulisan yang dikendalikan oleh Kak Kusyi. Kak Ain nak belajar menulis buku dengan lebih cepat.

Tahniah sekali lagi diucapkan pada Kak Kusyi atas kejayaan majlis pelancaran siri novel Kembara Hafiz. Semoga terus berjaya! =D

Salam Sayang,
AinMaisarah
p/s: Para pengunjung boleh membaca laporan majlis pelancaran buku Kak Kusyi Hirdan di laman web rasminya www.jendelaku.com

11 comments:

Nisa said...

seronoknya! Kak Ain pergi makan ni malam ke pagi? Saya takut pula tak puasa, akak jangan marah pula, saya tanya saja...

Dari Nisa

najwaamira said...

Wah!
Sedapnya mknn di situ..
Buku2 kembara hafizz mmg best!

p/s:X sbr nak dpt buku Remaja@PTSONE

ala tomei said...

kak ain dijemput ke majlis khatam quraan esok di masjid jalan duta pada tarikh esok ari isnin di masjid wilayah jalan duta



p/s kak ain sy pon msk khatam quraan x sabar

irahazira said...

Kak Ain,

Masa pagi 30 Ogos tu, saya memang ada buka sekejap laman web PTS dan terbaca tentang Faizal Dzasrik di Subang Parade. Saya beli buku Ini Suatu Cerita di Pesta Buku 2007. Novel Yong Tau Foo pula masih tak cukup simpanan nak beli. Hehe.. Memang teruja kalau dapat berjumpa sendiri dengan penulisnya, tambahan lagi dekat sahaja dengan rumah saya. Setakat Subang Parade, kalau berkereta tak sampai 5 minit pun. Tapi yang sedihnya, saya tak dapat pergi sebab banyak kerja di rumah. Kitorang sapu sampah, mop sana-sini, bersihkan itu dan ini. Huhu. Lepas beberapa hari bila berkunjung semula ke Rumah Pink, tengok-tengok Kak Ain pun pergi juga ke booktalk Faizal Dzasrik. Tak beritahu awal-awal pula tu. Takpe takpe ;P

Kak Ain!
Pada akhir entri, Kak Ain ada tulis berkenaan kursus penulisan oleh Kak Kusyi Hirdan. Boleh saya tau kursus tersebut diadakan untuk golongan tertentu sahaja ataupun terbuka? Kalau boleh, saya juga berminat nak sertai.....
:l

shasha said...

salam kak ain :)
soalan saya lebih kurang same mcm soalan irahazira,
blh tak kalau saya nak ikut serta sekali? :D

AinMaisarah said...

Salam Nisa,
Kak Ain makan waktu petang. Tapi jangan risau, Kak Ain makan ketika tarikh 30 Ogos 2008. Ada dua hari lagi sebelum puasa bermula =D

Salam Najwa,
Remaja@PTSONE 2008 khabarnya sudah siap. Nanti kalau dah masuk stor PTS, Kak Ain beritahu ye!

Salam Ala Tomei,
Alhamdulillah! Buat majlis khatam Quran ye! Kak Ain doakan semoga majlis berjalan lancar. Kak Ain tak dapat datang kerana esok ada majlis berbuka puasa. Apapun, semoga Ala Tomei membaca dengan lancar. Baca selawat banyak-banyak. Tarik nafas panjang-panjang. InsyaAllah, semuanya akan okey! =D
p/s: Ala Tomei tolong cek juga respons Kak Ain dalam komen di entri 'AinMaisarah Bertemu Faizal Dzasrik'

Salam Ira,
Sebenarnya Kak Ain pun dapat pergi ke 2 majlis penulis PTSONE ini secara kebetulan. Sepatutnya Kak Ain berada di Sarawak pada minggu tersebut. Tetapi tiba-tiba diubah tarikhnya ke minggu hadapan pula. Oleh kerana Kak Ain ada kelapangan, Kak Ain hadiri majlis Abang Faizal & Kak Kusyi. Tentang kursus penulisan itu, sesiapa pun boleh sertai. Ira boleh dapatkan maklumat lanjut di www.jendelaku.com

Dear Shasha,
Jawapan Kak Ain sama seperti jawapan kepada Ira =D Semua boleh menyertai kursus penulisan Kak Kusyi. Sila ke www.jendelaku.com

Salam Sayang,
AinMaisarah

kusyi hirdan said...

Assalamualaikum Ain dan semua adik-adik peminat buku :)

Terima kasih kerana sudi hadir dan juga buat coverage event di rumah pink ini.

Bagi kursus penulisan Kak Kusyi sesiapa pun boleh hadir, tidak kira umur. Ada yang datang tu umurnya 12 tahun pun ada kerana dia betul-betul minat menulis. Bermakna seawal sekolah rendah, menengah, pelajar universiti, maktab, dan yang berkerjaya pun ada.Ada yang sudah bersara pun ada.

Kak Kusyi adakan kursus setiap Sabtu namun jika adik berminat, kena mendaftar awal, lima hari sebelumnya. Hubungi kami di kusyihirdan@gmail.com.

Ain, good luck dan semoga dimurahkan rezeki, Insya-Allah.

Kak Kusyi Hirdan
www.jendelaku.com

ALyA WoNdErS said...

Laparlah pulak biler kak ain cerita pasal makanan nih.. Hehe :D

najwaamira said...

Kak ain,

Sy pun sama khatam quran di masjid wilayah tadi..
Tapi,
x nampak pun ala tomei!

irah said...

Salam Kak Ain,

Bestnyer.Saya teringin nak masuk kursus penlisan tu.Sedapnyer makanan yang dihadangkn.Buku kembara Hafiz kawan saya cakap best.Saya masih tak berkesempatan nak baca buku tuh.

p/s : minggu depan PSRA kat SRA bermula.gerunnya.

nurul hidayah roslan said...

makannan die nampak sedaplah!!!!!!semangfat ye kak ain makan...hehehe:P