30 August 2008

Pemenang Cerpen Remaja@PTSONE 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pagi ini Kak Ain nak berkongsi sama wajah novel terbaru Remaja@PTSONE 2008. Nak tengok tak? Okey! Kak Ain masukkan gambarnya.


Hah! Macam mana? Cantik tak kulit buku kali ni? Secara peribadi, Kak Ain sangat sukakan gabungan warna-warnanya yang ceria. =D Comel sungguh!

Di sini juga Kak Ain nak ucapkan tahniah kepada semua pemenang peraduan menulis cerpen PTS One. Di bawah ini adalah senarai nama 20 pemenang bertuah:

1. Aidilfitri Vs SPM - Syarifah Aimi Nadrah (Ishami Afza)
2. Di Mana Baju Raya Saya? - Nahddatun Nisaak (Kak Chik)
3. Aku dan Mercun - Syarifah Aimi Nadrah (Ishami Afza)
4. Apa yang Hilang? - Alya Rohaizan (Alya Chan)
5. Bas, Lori, Teksi dan... - Ameerul Hakeem (Akeem)
6. Jihad Puasa 3 Sekawan - (Ainur Al-Eishar)
7. Gadis-Gadis Badut - Sara Imanina (Sara)
8. Kenangan Pahit di Hari Raya - Halimatus Saadiah (Ima)
9. Jom Heboh di Aidilfitri - Nornajwa Amira (Mira)
10. Mia, Adikku - Nor Hazira (Peya)
11. Nama Saya Juhanis Ilyana - (Rowena R.)
12. Raya Datang Lagi! - Nur Amalina Farhana (PrincessFroggy)
13. Tragedi Hari Raya - Kausar (Kausar)
14. Syukur dan Taubat di Satu Syawal - Khairi & Rushda (Ayie Korie & Dianwarna)
15. Terima Kasih Pijoi! - Ezadatul Fakhira (Eira)
16. Yasmin, Kampung dan Raya - Nurul Zahidah (Zahidah)
17. Anak Abah Nak Duit Raya - Hazrieda (Pheng)
18. Keampunan di Aidilfitri - Nur Dini (Dini)
19. Puasa Oh Puasa! - Syarifah Aimi Nadhrah (Ishami Afza)
20. Balik Kampung - Nurul Zahidah (Zahidah)

Tahniah sekali lagi Kak Ain ucapkan! Tentu seronok para pemenang yang terpilih kali ini. Dapat hadiah wang tunai RM50. Dapat juga satu naskhah buku percuma Remaja@PTSONE 2008. Amboi! Mesti sedang terlompat-lompat gaya Ribena ya! Heheh!

Apapun, Kak Ain memang tabik spring toink-toink kepada adik-adik yang berani menyahut cabaran peraduan cerpen anjuran PTS One. Hebat sungguh adik-adik Kak Ain ni =D Kak Ain bangga dengan semua. Pada umur sekitar lingkungan 10 tahun hingga 17 tahun, sudah ada cerpen yang diterbitkan oleh penerbit besar seperti PTS One. Wah! Hebat! Hebat!

Kalau boleh Kak Ain pun teringin nak kembali ke masa muda. Kak Ain nak mula menulis pada usia belasan tahun. Tentu Kak Ain dah jadi jutawan sekarang! =D

Apapun, tahniah kepada 20 bakal penulis dan jutawan muda yang tersenarai. Teruskan menulis. Teruskan usaha. Tentu berjaya!

Salam Sayang,
AinMaisarah

19 comments:

Anonymous said...

wah!!
taniah kpd pemenang yg terpilih...
kak ain,
nnt akn dijual ke buku tu??

halim said...

Kak ain...ima pun menang gak!!Syukur alhamdullilah...ini semua berkat novel-novel kak ain gak..sebab bila ima nak buat cerpen tu..mak ima cakap rujuklah kepada novel-novel yang ima ade..terutamanye novel kak ain..mak ima ckp gitu tau..^_^

Alya said...

Cutenyer kulit buku tu!
Nampak macam gaya kanak-kanak yang sentiasa happy :D

Buku itu akan terbit bila Kak Ain?

Alya said...

Ehhh brek kecemasan jap.
Kenapa dekat kulit buku tu,
bila dibesarkan, lihat bahagian
belah kiri ada tertulis 21 himpunan cerpen menarik daripada para peminat PTSone? bukan 20 sahaja ker?

MIRA said...

Salam,

Cantiklah coverr tu..Cute,menarik!

Nina said...

Salam kak ain, cantik cover tu. sara suka.

Tahniah kepada semua pemenang. sara sendiri tak sangka sara boleh terpilih. masa buat tu banyak dugaan. dah penat-penat buat beberapa mukasurat, boleh terpadam semua cerpen tu.

Anonymous said...

salam kak ain...
erm...betul cakap diaorang kulit buku tu...ceria dan menarik...:-) seribu tahniah kepada yang terpilih...mesti cerpen tu...best...buku tu..bila keluar kak ain???

wassallamm..
farah hanum.

Anonymous said...

alhamdulillah,cerpen eira mnang jgk...
terima kasih ye kak ain dan juga ptsone... =D

Anonymous said...

salam k.ain..

dah lame x bkk tenet..sekali tgk berlambak entri..

fuh!penat nyer..hehe

emm..mmg cantik cover tu..colourful.

tahniah la kepada semua pemenang2.
all de best!!

bila kuar buku tu?

hanis honeys said...

Tahniah kpd semua pemenang~!!
Btw,yg no. 5 tu satu skul dgn Hanis..hehe

Anonymous said...

Salam Kak Ain,

Tahniah kepada pemenang 2.Saya suka cover dia.Colourful.No 16 dan 20 adalah orang yang sama.Maknanya dia dapat RM100 ker?

Salm daripada sya,
Zafirah

Anonymous said...

k.ain...
cantik sgt cover buku kali ni!
;p
sy tak sabar nk baca cerita k.ain
..cerita kwn2 lain pn same!
;p
sy mesti beli punye!

Anonymous said...

Salam kepada semua pengunjung blog ainmaisarah dan kak ain sendiri...

1. kulit buku tuu comellah dan cuta sangat...sape yg design???

2. bile keluar buku tuu di pasaran??

Sampai di situ sahaja soalan dari pada saya,

SHAIKHA SHUHADA

farah~amira said...

sedeynya....nak anta cerpen tu tp...x sempat...buzy nak exam....anyway,congrats to all winners!!

Fatin Mardhiyyah said...

Kak Ain..macam mana nie? Kat daerah saya ada satu jer kedai yang jual buku Pts One.Tadi saya tanya kedai tu, dia kata x der Remaja@PTSONE. Atau buku tu x terbit lagi?^^" Macam mana saya nak cari nie? Kedai kat lain..saya x tau.=( Kalau Kak Ain tahu mana2 kedai yang berhampiran Kuantan,Phg atau Kemaman, Trg ..Beritahulah Mar...Dhiyyah@yahoo.com.my..

Aimi Nadhrah. said...

wahh.. namaku adalah.
ehehe..
alhamdullilah sesangat.
dapat jugak duit raya lebih.
(ceeehh) :P
rezki saya.

anyway, cover dia amat comel.
agak-agak sempat tak saya curik baca buku tu sebelum menjelangnya spm.
ngeee~

ada masa jemput baca blog saya.
http://newroadofyear.blogspot.com
:DD

selamat berpuasa!

Anonymous said...

Apa?!?!!!!!!!Eh,ni napa terkejot sangat ni?Nak tanya,Remaja@PTSONE 2008 dah terbit ker Kak Ain?Kalo dah terbit bagi mel yer di,

linaz365@gmail.com

YER???????????????????????

Anonymous said...

congratz to all of u who had won!
emm... bile nk kuar buku ni?
x sabo nak bace! mesti best!



yang menunggu,
Nadzirah..

Anonymous said...

congratz 2 all lucky winner...(",)
kak ain,bile buku nie nak keluar? nak beli!!!(~^0^~)

p/s: Nad KGV ke yg hantar komen kat
atas nie?