30 August 2008

AinMaisarah di Masjid Kristal

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Salam hujung minggu. Kak Ain baru sahaja balik dari dua majlis serentak. Pukul 2.00 petang tadi ke Subang Parade. Kak Ain menghadiri majlis book talk Saudara Faizal Dzasrik, penulis novel popular bertajuk Ini Suatu Cerita dan Yong Tau Fu.

Pukul 3.00 petang, Kak Ain bergegas ke Kampung Pandan pula. Ada pelancaran novel siri Kembara Hafiz oleh penulis hebat, Kak Kusyi Hirdan. InsyaAllah Kak Ain akan masukkan gambar dan video yang dirakam bila ada kesempatan.

Sekarang Kak Ain di pejabat. Kak Ain ada banyak kerja penulisan nak siapkan hari ini. Tapi sebelum mula menulis, Kak Ain masukkan entri di Rumah Pink terlebih dahulu.

Seperti dijanjikan, Kak Ain nak sambung cerita tentang negeri Terengganu. Kak Ain sempat singgah sekejap di Masjid Kristal yang terletak di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu. Waktu itu memang matahari betul-betul ada atas kepala. Terik sungguh! Tak silap Kak Ain, pukul 2.00 tengahari. Mujur ada payung yang melindungi kulit Kak Ain dari sinar mentari. Heheh.

Walaupun panas, Kak Ain tak lepaskan peluang bergambar. Ini antara memori yang sempat dirakam.


Ini gambar di dalam masjid. Di belakang adalah tempat solat muslimin. Sememangnya ruang solat yang diperuntukkan kecil sahaja.

Tempat solat muslimah pula tidak disediakan ruangan khusus. Hanya diletak pemisah papan berukir sahaja. Hmm... mungkin takut kos pembinaan makin meningkat agaknya.


Tapi bila lihat lampu chandelier mewah ini, Kak Ain jadi terfikir. Berapa pula kos harga chandelier sebesar ini? Sepatutnya kos tersebut digunakan bagi membina ruangan tempat solat muslimah yang lebih luas dan tertutup. Guna papan berukir memang bahaya. Nanti nak tukar baju dan pakai tudung pun rasa tak selesa. Bimbang ada mata yang mengintai pula.


Selesai melihat-lihat interior dalaman masjid, Kak Ain melawat kawasan luarnya pula. Memang cantik Masjid Kristal ni. Kubahnya apabila terkena silauan cahaya, nampak dwi warna. Sekejap hitam. Sekejap hijau. Tapi Kak Ain keliru sikit. Adakah ini yang dipanggil sebagai kristal? Kak Ain rasa macam cermin gelap pula. Setahu Kak Ain, kristal warnanya putih. Hmm... mungkin ada kristal jenis hitam agaknya!


Ini pula gambar kubah-kubah Masjid Kristal. Berapa banyak kubah daaaaaaa........ =D


Itulah antara gambar yang Kak Ain dapat kongsikan bersama tentang Masjid Kristal ini. Sebelum mengakhiri entri, Kak Ain ada soalan trivia untuk semua.

Siapa tahu, berapakah kos pembinaan Masjid Kristal yang popular lagi cantik ini?

Sila jawab di bahagian komen ye.

Salam Sayang,
AinMaisarah

20 comments:

ala tomei said...

kak cayer raser kan juta juta kot kak ain email cayer ader kat tagboard to klu nk tau lbh lanjut ttg komen ni sila ke entri gambar kat ganu tu n kak ain kater nk bg aper dierrr??

nurul hidayah roslan said...

Salam kak ain,

Wah !kak ain,berjalan sakan nampak??
heheh:):)

Dayah rase kos pembinaan masjid ksristal ni kan...hemm...bermilion kot.. betul x??

P/s:nanti klau ade mase chek emel yek!:):) pendek je...:D

wasalam,

imah said...

Salam Kak Ain..

Jumlah keseluruhannya pasti melebihi RM 1 yang ada dalam poket seluar saya sekarang..Hehehe ;D

Salam tuan RM 1 dlm poket saya;
IMAH..

ainzz said...

salam kak ain,

mmg best pon @ masjid kristal...
ain dah g...mase ade rombongan @ sklh....
kos dia rasenye...ratus juta...
klu betul kak ain bagi ape ek??
kak ain pergi taman tamadun x??

AnGeL DeViLiA said...

Ima pn tak tahu..ha..ha..padahal ima dok kat terengganu..ima tanye mak n ayah ima..diorang pn tak tahu..hi..hi..mak n ayah ima ckp..kalau nk tahu..tanyelah menteri besar terengganu!!!Ha..ha..^_^alah..saje main2..hi..hi..gambar kak ain hampir sama ngan yg ima tangkap..tengoklh kat blog ima ye!!Tu blog baru ima...

misz qiqin said...

K.Ain, sy pn dh pergi masjid kristal ni. Luar cantik tp dlm kecik sesgt2! Ayah sy kate, org tk blh slat Jumaat pun dkt masjid ni sbb kecik sgt. betul ke???????

misz qiqin said...

ops! lupe nk teka mcm k.ain suroh.... mmm... sy teka.... mmmm....mmmm.... mmmm

RM10 juta.

k.ain tau kew jwpnnye? sy tunggu! ;p

najwaamira said...

Hmm,

Memang cantik Masjid Kristal tu.X silap saya,(sy bca dlm surat khabar)hampir beratus-ratu ribu..Nak cecah juta lah tu..

Wah,jln sakan!

ALyA WoNdErS said...

Salam Kak Ain,
Ini ada satu artikel alya jumpa, tentang Masjid Kristal Terengganu/ Kosnya..

Beliau berkata antaranya adalah spesifikasi bahan-bahan yang digunakan untuk membina Pusat Konvensyen dan juga Masjid Kristal tidak mengikut spesifikasi asal yang tercatat dalam pelan.

Beliau berkata kos pembinaan Masjid Kristal itu sahaja sebenarnya tidak lebih RM 30juta, bahkan ada laporan yang menyatakan bahawa kos pembinaan masjid tersebut RM 22 juta.

Selain itu beliau berkata, kos pembinaan Pusat Konvensyen adalah RM 9 juta dan Perumahan Khas Imam dan Bilal adalah 3 juta.


Tak Adalah sampai ratus-ratus ribu juta...

Kos Sebenar pembangunan Pulau Wan Man dan pembinaan Taman Tamadun Islam (TTI) adalah tidak melebihi RM 150 juta, bukan sebagaimana kos yang diwar-warkan iaitu RM 249.3 juta.

Kalau nak baca keseluruhan boleh pergi ke web ni : http://buletinonline.net/index.php?option=com_content&task=view&id=855&Itemid=27

Sekian,
Alya
P/s - Hari ini Merdeka !!

Siti Nur Farah said...

Salam Kak Ain..,

Farah rasa kos pembinaan Masjid Kristal tu hampir beratus ratus ratus ribu...hampir 1 Juta...

Salam,
Siti Nur Farah ;D

hanis honeys said...

Salam~
Hurmm..sy rase la..
dalam RM 25 juta..

Anonymous said...

Salam Kak Ain,

Saya rasa hampir 100 juta atau lebih. Tapi yang semestinya lebih daripada 10 sen lah.

Salam daripada orang yg cuba teka,
Irah aka Zafirah

farah_hanum said...

salam kak ain...
wahh!!!terel laa alya macam perdana menteri pulak...hehehe sorry kak ain...saya rasa kos ye...yang pasti mesti berjuta-juta...hm...tak bestnya...takda pelindungan untu muslimah ke kak ain??saya tak sukalah masjid macam tu...sebenarnya...masjid ni...untuk dilawat pelancong atau beribadah???erm...jawabnya...kak ain...

wassallam...
farah hanum.

iha said...

salam kak ain...saya raser kos nye dlm RM500,000.saye nak tanyer ni kak ain ni mmg suka menulis ke?umur kak ain bape taun?sila la jawab............hahaehahuhuha

Anonymous said...

assalamualaikum.

bestnyer dpt gi masjid kristal
x pernah jejak lagi
k.ain chek ah mail tu
penat sayer tunggu k.ain balas mail sy

Anonymous said...

rase-rasenyekan.................free je kot!x bernilai dorang wat masjid cam tu tpx leh smyg dlm tu..nmpk x setan kat kubah masjid tu?hehehe

sarah arizal said...

saya rasa RM 1.5 juta.

Anonymous said...

mESTI best...............

Anonymous said...

Ermm.....Rasenyer RM200,36923 ringgit.Uih!Mahalnyer!Alamak,berapa nie?1,2,3,4...
Alamak,ini berapa kak Ain?Tak TAHUla Kak AIN.:D

Mestilah mahal.....kan Masjid Kristal.......

Bow-taQue said...

masjid kristal brape kos? ;)
hee...bbrape juta laa..exact figure xbleh bgtau...my superior bigboss xizinkn utk bgtau ;)

tp for sure..the whole Taman Tamadun Islam is rm2++ mil and Masjid Kristal tu ade la dlm rm2+mil je ;) xmahal pn..

wanna know more..ask d insiders like us! :D