08 August 2008

Aku Mahu ke New York - Oktober 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Salam hujung minggu. Semoga ceria-ceria selalu! =D

Hari ini Kak Ain nak kongsi kisah gembira. Minggu lepas, Kak Ain sudahpun berjaya menghantar manuskrip kepada pihak penerbitan PTS One. Manuskrip kali ini diperam lama sedikit berbanding cerita-cerita terdahulu.

Manuskrip kali ini diberi tajuk 'Aku Mahu ke New York'

Bercerita tentang ‘Aku Mahu ke New York’ ini, sebenarnya ia tiada langsung dalam perancangan siri buku Aku Mahu. Mengikut perancangan, Kak Ain sudahpun menulis manuskrip ‘Aku Mahu Bergaya’ sebanyak 80 mukasurat. Setelah menulis hingga pertengahan cerita, Cik Abang (suami Kak Ain) minta tangguhkan dahulu. Ini kerana perancangan melancarkan barangan merchandise The Wannababes perlu dilakukan seiring dengan terbitnya buku ‘Aku Mahu Bergaya’. Hmm... mahu tak mahu, fail 'Aku Mahu Bergaya' Kak Ain ketepikan dahulu.

Oleh kerana itu, Kak Ain perlu merangka cerita baru. Akhirnya tercetus idea nak menulis tentang The Wannababes, kumpulan paling popular di Sekolah Menengah Sri Bangsar yang kononnya hebat sangat tu. Seronok juga sesekali mencipta plot tentang tujuh gadis gedik sebagai watak utama. Ini juga adalah permintaan ramai para pembaca melalui e-mel yang Kak Ain terima.

Buku ‘Aku Mahu ke New York’ ini Kak Ain siapkan setelah dua bulan menghadap komputer. Selesai menulis, jumlah mukasuratnya melebihi ketebalan buku PTS One yang biasa. Hampir 450 mukasurat kesemuanya! Itu sebabnya buku ini dibahagikan kepada dua naskah. Ianya akan diterbitkan menjadi dua buku bertajuk ‘Aku Mahu ke New York I’ dan ‘Aku Mahu ke New York II’.

Sekarang pihak PTS one sedang dalam proses edit manuskrip, mencipta kulit buku, melukis ilustrasi gambar-gambar dan memasukkan ke dalam layout cetakan. Semua proses ini dijangka mengambil masa 2 bulan. InsyaAllah 'Aku Mahu ke New York' akan mula menemui pembaca pada bulan Oktober 2008.

Di sini Kak Ain letakkan sedikit teaser kisah 'Aku Mahu ke New York'

“Kami terdengar perbualan cikgu tentang program pertukaran pelajar.” Nana bercerita.

“Program pertukaran pelajar? Ke mana?” Fasha cepat nak tahu informasi seterusnya.

Ketika itu Sazzy dan Nana tersengih sama lebar. Dalam kiraan satu, dua, tiga… mereka serentak menyebut perkara yang sama.

“NEW YORK!”

Semua yang mendengar tercengang. Fasha dengan skeptikal bertanya, “Biar betul?”

“Betul! Tak tipu! Kami dengar dengan dua telinga ni.” Nana bersungguh meyakinkan. Siap menarik-narik dua cuping telinganya.

“Ini memang cerita betul. Bukan rekaan! Cikgu Norah dan Cikgu Waheedah pun teringin sangat nak pergi. Yalah, bukan senang dapat peluang ke New York selama sebulan!”

Mendengar kata Sazzy pula, Fasha bersinar matanya. Duduk New York selama sebulan? Oh! Glamornya! Seronoknya! Hebatnya! Bahagianya!

Girls, inilah peluang kita bercuti bersama! Tujuh The Wannababes di luar negara. Mesti seronok sangat!” Shasha sudah separuh menjerit. Serentak tujuh gadis melompat riang ria!

@@@@The Wannababes, kumpulan paling popular di Sri Bangsar sudah merancang ke New York. Tujuh gadis itu tak sabar-sabar mahu menjejakkan kaki ke kota fesyen. Segala perancangan dan persiapan diatur sebaik mungkin. Masing-masing menjangkakan pengalaman penuh gembira lagi bahagia. Namun tanpa diduga, sesuatu diluar jangkaan berlaku pada mereka. Nak tahu kisah seterusnya? Bacalah novel Aku Mahu ke New York bahagian pertama!@@@@

Itulah 0.0001% sedutan babak dalam novel terbaru Kak Ain. Kepada para pembaca di luar sana, tunggu kemunculan 'Aku Mahu ke New York' ya!

Salam Senang Hati, =D =D =D =D
AinMaisarah

14 comments:

nurul hidayah roslan said...

salam kak ain,

wah bestnyer!! tak sabar dayah!!heheh
nanti buku tu simpankan untuk dayah yek!!:)


p/s:kak ain nanti balas emel tau ,yang pasal barang tu....kak ain dah ambil ke blum????

wasalam,
~dayah~

aini said...

salam k.ain

x sabar rase nye nak tnggu bulan 10
simpan kan untuk kite satu ek..
jgn lupe!!
hehehe..

mesti gempak kan?
tu pts syok ke?
tebal semacam jer..

Anonymous said...

salam,kak ain..
seronoknya,buku terbaru kak ain bakal dipasarkan tidak lama lagi..
saya sendiri belum memiliki buku karya kak ain,cuma meminjam daripada rakan.harap-harap kak ain dapat menyimpan sebuah buku tersebut untuk saya..saya mahu beli terus dari kak ain..

salam perkenalan...

wassalam,
nur atikah azhar

farah_hanum said...

salam kak ain...
wah!!!kalau bab buku ni saya memang tak sabar betullaa...mesti bestkan???yelah kan ahli tujuh yang paling gedik...mestilah best...kak ain ade jualkat sini ke??kalau bolehlaa nak belikat kak ain...kalau boleh...hehehe:-)huhuhu tak sabarnya saya...

wassallamm...
farah hanum.

ALyA WoNdErS said...

Kak Ain,
selepas buku tu dah mula diterbitkan bulan oktober, ermm jadi kita orang boleh beli terus daripada kak ain ek?

FaRah said...

kak ain..buku ni ada jual dekat kedai2 buku jugak ke macam novel2 kak ain yang lain tu?

Anonymous said...

Hai kak Ain!maknanya 'Aku mahu ke New York'yg keluar dulu di pasaran ke?Bukanlah apa,Ati ni menunggu-nunggu 'Aku mahu bergaya'.

Er..berapa harga 'Aku mahu ke New York'Kak Ain?

Mmm...itu saje..............

Bye!!!!!!!!!!!!!!!!

siti fatimah said...

assalamualaikum kak ain

saya dh baca dh buku tu
kelakar btol
diorang ingat pegi New York Amerika Syarikat..rupa2nya kampung new york pecah perut saya ketawa

ain said...

best gler citer tu tengs kak

'Ainaa said...

Salam Kak Ain,
Best sangat buku tu.Saya beli dua-dua sekali.Dapat percuma barang.

wassalam,
Ainaa

dalila said...

salam...saya merupakan antara ribuan pembaca setia koleksi karya kak Ain...saya suka gaya kak Ain mengolah ayat dalam novel kak Ain..Walaupun saya berusia 17 tahun namun ia bukan bermakna saya tidak berminat dengan novenovel sebegini.Malahan,saya juga berazam untuk menjadi penulis seperti kak Ain..memandangkan saya sekarang sedang berusaha untuk menyiapkan karya saya yang berkisarkan pergolakkan keluarga dan cinta..hehe..dengarnya macam klise..tapi saya berharap agar karya saya nanti akan diterima baik oleh semua orang...

salam mesra,
DALILA..

Nurul Nabihah MN said...

ahli kumpula The Wannababes ialah Nana,Sazzy,Fasha,Shasha,Fazura,lagi??

nifi2408 said...

nifi dah baca aku mahu ke new york II . superb ! :D

Nur Dina Izzati Mohd Basri said...

Assalamualaikum,
Saya sudah ada novel Aku Mahu Ke New York 1 dan Aku Mahu Ke New York 2. Seronok betul baca buku kak ain. Kali ini, The Wannababes yang kena buli. Maklumlah, The Wannababes kan selalu membuli orang. Kelakar sungguh.

Wassalam,
Dina Izzati