08 August 2008

AinMaisarah di MPH MID VALLEY: 17 Ogos 2008

Salam hujung minggu semua!

Semoga sihat dan ceria! Entri kali ini Kak Ain nak berkongsi maklumat tentang lokasi promosi AinMaisarah. Alhamdulillah Kak Ain diberi peluang mengisi sesi 'penulis berjumpa pembaca' di MPH Mid Valley.

Berikut adalah butirannya.

Tarikh: 17 Ogos 2008 (Ahad)
Tempat: Ruangan Kid's Zone, MPH Mid Valley
Waktu: 4.00 petang - 5.00 petang

Dalam sesi promosi kali ini, Kak Ain akan membawa bersama 50 SAHAJA naskah 'sneak preview' manuskrip 'Aku Mahu ke New York'

Buat pengetahuan, novel 'Aku Mahu ke New York' hanya akan menemui pembaca dan mula dijual di kedai-kedai buku pada bulan Oktober 2008. Kak Ain mengambil inisiatif memberi peluang 50 PEMBACA yang datang berjumpa Kak Ain di Mid Valley pada 17 Ogos 2008 membacanya lebih awal.


Mudah sahaja nak dapatkan manuskrip 'sneak preview' Aku Mahu ke New York' ini. Caranya adalah:

1) Datang membawa 2 ORANG KAWAN [dapat satu manuskrip Aku Mahu Ke New York PERCUMA!]

atau

2) Membeli 2 BUAH BUKU AinMaisarah di MPH Mid Valley [dapat satu manuskrip Aku Mahu Ke New York PERCUMA!]

Kak Ain hanya akan membawa 50 naskah buku sahaja. Siapa cepat dia dapat. Kak Ain juga TIDAK AKAN MENJUAL manuskrip ini di Rumah Pink AinMaisarah. Sekiranya Cik Adik teringin nak baca kisah kumpulan The Wannababes yang menjadi watak utama dalam novel kali ini, mesti jumpa Kak Ain di MPH, Mid Valley!

Jumpa Kak Ain di sana! =D

Salam Sayang,
AinMaisarah
p/s: Kak Ain ada masa selama 1 jam bersama dengan adik-adik semua di MPH Mid Valley. Kak Ain tak mahulah buat aktiviti tandatangan buku sahaja. Apa aktiviti menyeronokkan yang boleh kita lakukan bersama? Harap adik-adik boleh tolong berikan cadangan di bahagian komen okay... thanks!

17 comments:

ALyA WoNdErS said...

Salam,
Buku Aku Mahu Ke New York tu kan, keluar dulu sebelum Aku Mahu Bergaya ker? ataupun, serentak??

Harap Kak Ain menjawab pertanyaan ini sebab alya komentar pertama :D

Dearie Elly said...

Kak Ain,

Elly nak sangat dapat menuskrip Aku Mahu Ke New York. Tapi xtahulah kalau ibu Elly bagi bawa kawan pergi atau tidak. Doakanlah boleh ya! Lagipun Elly dah beli semua buku K. Ain.

FaRah said...

kak ain..nanti kite tak sure la dtg..tpi kkite hantar 3 org kwn je boleh x? tpi kite rase nak pergi..kak ain tolong doakan kite dapat pergi..

Shasha said...

kak ain,
kalau saya bawa 2 org kwn saya,
saya seorang je ke yg dpt manuskrip tu, ataupun kwn2 saya pun dpt juga? =))

afiqah nadzirah:P said...

salam kak ain,
kalau saya bawa sepupu boleh tak?Sebab saya dari johor takkan nak bawa sekali pergi KL.Insyallah,saya pergi.Saya dah beli semua buku kak ain macammana nak dapat manuskrip tu?

farah hanum said...

salam kak ain....
erm...besok saya gi keluar kat shah alam tapi bukan kat KL...shopping baju raya...erm...bukan rezki lagi nak jumpa kak ain...:-(buku aku mahu bergaya kuar dulu ke...aku mahu ke new york yang kuar dulu???ok kak ain bergembiralah disan ok...:-)

wassalamm
farah hanum

imah ammran said...

Salam Kak Ain,

Sesungguhnya dan sebetulnya, saya sangat, sungguh, amat hendak pergi, tapi masalahnya, saya nak kena ikut ayah saya ke MPH Alamda pula. Ayah saya pun ada promosi bukunya..

Tapi apa-apa pun nanti saya akan beli buku IMPIANA I dan II, walaupun tak dapat manuskrip AKU MAHU KE NEW YORK.
Nanti saya akan beli juga buku tu.

LASTLY:Saya nak kumpul semua buku-buku KAK AIN!

irahazira said...

Salam Kak Ain,

Pertanyaan saya di sini sama seperti soalan Shasha.
Kalau saya bawa dua orang kawan, boleh tak kami bertiga dapat manuskrip Aku Mahu ke New York tu?
Contohnya, saya pergi dengan Abu dan Ani, dapat satu manuskrip. Ani pula dapat satu manuskrip kerana bawa saya dan Abu bersama. Begitu juga dengan Abu. Boleh tak?
Kak Ain jawab jangan tak jawab ekk.

Sepanjang minggu depan, trial PMR. Jadi hari Ahad tu bolehlah saya keluar kot. ngee, insyaAllah. Doakan kitorang dapat jawab. Baru boleh berangan pergi ke New York bersama TW pulak! =D

Erm, kalau selama ni asyik sesi tanda tangan sahaja, kali ni buatlah sesi urut tangan pulak. hehe ;P
Apa kata kalau Kak Ain rancang dengan pihak MPH untuk buat game ke atau apa-apa. Baru gempak sikit. Contoh tajuk game : Mencari novel Ain Maisarah. Sorok-sorok sikit. Tak pun Kak Ain je lah yang sembunyi. Sembunyi dekat bawah kaunter. ;D haha minta maaf eh Kak Ain, tak tau lah tiba-tiba mood nak tulis panjang ni datang serentak dengan angin hyper.
Apapun, kalau ada game yang menarik seronok juga.

Jumpa di sana insyaAllah. Kak Ain jawab tau soalan saya.
Thanks!

AinMaisarah said...

Dear Alya,

Buku Aku Mahu Bergaya keluar tahun 2009. Antara sebab buku ini ditangguhkan adalah kerana Kak Ain mahu ianya diterbitkan serentak dengan pelancaran merchandise The Wannababes. Ingat lagi Kak Ain minta cadangan adik-adik tentang barangan jenama The Wannababes? Sekarang ini Kak Ain sedang dalam proses prbincangan dengan pihak pembuatan. Jadi sabar menunggu Aku Mahu Bergaya yang ditangguhkan seketika ya!

Dear Elly,
Pujuklah ibu. Kak Ain menanti di Mid Valley dengan 50 buku free! Kak Ain doakan Elly boleh pergi ya!

Dear Farah,
Isk.. Isk.. Isk.. Nak hantar tiga orang kawan pergi? Memang boleh. Tapi Kak Ain tak dapatlah jumpa Farah. Jumpa kawan-kawan Farah saja =(

Dear Shasha,
Kak Ain hanya akan beri SATU manuskrip kepada Shasha kerana membawa dua orang kawan. Bolehlah berkongsi-kongsi dahulu. Kak Ain hanya cetak 50 naskah sahaja kerana Kak Ain menanggung kos percetakan itu sendiri.

Dear Afiqah Nadzirah,
Bawalah dua sepupu bersama. Nanti Kak Ain beri satu naskah manuskrip secara percuma. Tak apa walaupun sudah beli semua buku Kak Ain. Bawa sahaja dua sepupu bersama.

Dear Farah Hanum,
Buku 'Aku Mahu ke New York' keluar dulu pada bulan 10. 'Aku Mahu Bergaya' mungkin keluar tahun 2009. Kak Ain ucapkan selamat shopping baju raya pada Farah Hanum! =D

Dear Imah,
=( Alamak! Promosi buku Kak Ain dan ayah Imah serentak ye? Kak Ain memang diberi pilihan samada nak buat promosi di Alamanda, Mid Valley atau One Utama. Kak Ain pilih Mid Valley kerana lebih dekat dengan rumah Kak Ain. Tak apalah.. nanti Imah dapatkan buku 'Aku Mahu ke New York' pada bulan 10 ye! Terima kasih kerana menyokong Kak Ain!

Salam Sayang,
AinMaisarah

AinMaisarah said...

Dear Ira Hazira,

Aiyo! Kak Ain baru nak tutup laptop sebab nak teman Cik Abang pergi gim. Tapi ternampak soalan Ira, jadi Kak Ain jawab dulu.

Biarlah Cik Abang tunggu sekejap! =D heheh.

Berkenaan pertanyaan Ira, Kak Ain minta maaf kerana Kak Ain hanya akan memberi SATU sahaja naskah manuskrip tersebut kepada Ira. Abu dan Ani TIDAK menerima manuskrip tersebut.

Ira bolehlah berkongsi naskah tersebut dengan Abu dan Ani. Kak Ain tak boleh nak berikan seorang satu kerana kos percetakannya Kak Ain tanggung sendiri. Harap Ira faham ye!

Tentang cadangan game tu, memang bagus sekali! Nanti Kak Ain bincang dengan Cik Abang. Kak Ain memang nak buat game supaya suasana lebih meriah dan kita semua akan lebih mesra.

Nanti Kak Ain akan update lagi tentang game yang akan dijalankan pada 17 0gos 2008.

Salam Sayang,
AinMaisarah

ain said...

hai kak ain...

ingat agi x ain???
yg dgn addina tu...
emm...kak ain,
17 ogos tu cuti sekolah ker??
kak ain boleh x bawak kakak and abg??
bukan ke adik-beradik tu same ngan kwn...bleh x??bolehlah...bolehlah..
ain nak sangat menuskrip tu..!!
kak ain tlg balas!!!

imah ammran said...

Salam Kak Ain,
Pilihan tempat promosi kak ain ats alsn yg sme dgn ayah imah..
hehehehehe~

Nuri said...

kak ain,
kte buat sesi camwhore!!
kte gmbr sakan bersama2.
hehe...

kte jgk boleh buat sesi book hunt
kak ain sorok buku kak ain
pastu ktorg kene carik buku tu
sapa jumpa dpt buku tu for free
hehe... kidding!
tp klu dpt free pon best jgk
as a gift from our lovely author.
:)

najwaamira said...

Salam kak,

17 Ogos?Sehari sebelum Mira piano exam.Wish me luck ya?

InsyaAllah,kalau boleh,Mira nak pergi lah!

irahazira said...

Salam Kak Ain,

Ok lah kalau macam tu saya bawa kawan yang berminat nak temankan saya ke sana.

Alahaii! Kak Ain nak update lagi tentang game tu yea? Nampaknya 16hb baru saya boleh baca entri baru Kak Ain. Kena tunggu habis exam :/

Erm, ada satu lagi cadangan.. Apa kata kalau Kak Ain adakan theme untuk gathering tersebut. Semua yang pergi kena pakai warna pakaian mengikut tema yang telah ditetapkan.

Sekadar mencadang :D

p/s: Good luck Najwa! Jumpa ramai-ramai di sana.

Farah Azaliya said...

Salam,

Aku mahu ke NY?Sounds cool.I hope I could manage to come...its on Sunday rite?..Takut x dapat balik asrama lagi until Monday...

piano exam on aug 18?? Apesal lambat?... kitorg June harituh..btw, good luck..okay?Dont be too nervous and not to be over excited. cool ajew.. gerenti bleyh pass.

okehlah... semoga korg semua sukses slalu... nk balik asrama dh neyh..oops. Jgn lupa doakan Farah utk exam Biology and Sejarah esok.

Assalamualaikum.

nuha said...

salam kk ain saye nk sgt buku manuskrip tuh, tp sye ade mukhayyam mase tuh mk sye lak ade program semarak ramadhankk ain bleh x kasi saye or simpankan utk sye manuskrip tuh plese kk ain pleseeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee cian ah skit kat sye nih kk ain sye nak sgt kk ain pas2 rumah sye jauh lak tuhkat jb mane nk g kl yg 4 jam nk g sane hua3 k salam kk ain pleseeeeeee

dr nuha