09 August 2008

Mid Valley: Gathering Kelab Teman Tapi Mesra

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sempena perjumpaan Kelab Teman Tapi Mesra dan pembaca-pembaca buku Kak Ain pada 17 Ogos ini, Kak Ain nak buat lagi satu pengumuman penting. Kak Ain mahu tambah lagi goodies yang menanti para tetamu yang hadir. Kak Ain mahu goda semua pembaca yang duduk di sekitar kawasan KL supaya datang beramai-ramai pada 17 Ogos nanti, 4.00 petang di MPH Mid Valley.

Selain berpeluang mendapat 50 naskah teaser manuskrip 'Aku Mahu ke New York'... dua pengunjung paling sporting akan mendapat set minyak wangi mini TOUS dan gelang tangan TOUS.

Hah! Inilah minyak wangi mini dan gelang jenama TOUS yang akan diberikan sebagai hadiah istimewa.


Ada dua set hadiah menanti. Dua pengunjung paling sporting akan dipilih melalui pemerhatian 'mata-mata' gelap Kak Ain yang akan berada sepanjang majlis berlangsung.

Kak Ain sengaja buat begini kerana Kak Ain mahu para pembaca lebih banyak berkomunikasi dengan Kak Ain. Sekiranya Kak Ain buat aktiviti permainan nanti, Kak Ain juga mahu lihat kerjasama semua. Jangan malu-malu. Jangan segan-segan.

Kak Ain harapkan kita semua akan bergembira selama satu jam di MPH, Mid Valley.

Apa tunggu lagi? Mesti datang ke MPH, Mid Valley! Ingat temujanji kita, 17 Ogos, 4.00petang di MPH Mid Valley.

Jumpa di sana,
AinMaisarah

29 comments:

irahazira said...

Oh tidaaaak.
Ini yang buat saya berfikir dua kali yang saya PERLU pergi, MESTI pergi, dan PATUT pergiiii!

p/s: Hmm, kena fikir bagaimana nak pujuk abang saya untuk hantar pergi ke MPH Mid Valley 17 Ogos ni.

Dearie Elly said...

K. Ain,


Wah! Bestnya! Elly nak pergilah:) Mesti ada gamekan! K. Ain disana sampai pukul 5 sahaja eh? Hem, kalau ada program masa tu xbest jugak kan. Doakan Elly boleh pergi ya!

nurul hidayah roslan said...

Salam kak ain,

Wah! bestnye sape yang dpt!!!!hehheh:):)


kak ain,
~nanti bals emel dayah ye..!!:):):D~


wasalam,
~dayaH~

nurul hidayah roslan said...

Salam kak ain,

Wah! bestnye sape yang dpt!!!!hehheh:):)


kak ain,
~nanti bals emel dayah ye..!!:):):D~


wasalam,
~dayaH~

ain~ dakcute said...

wah!t'lebih sudah...best nyer...
nak g,nak g,nak g...........
kak ain...sape yg paling sporting...akn dpt minyak wangi...berape org yg akn dpt??
maksud sporting...pakaian ke org tu mesra ke ape???

harap kak ain dpt balas....
doa kan ain dpt g...hehehe...
salam!

Nur Syuhada Fadlia said...

Best nye sape yang dpt pegi..syuhada tak dpt gi la.sebab UPSR nak dekat.jadi,x dpt la pergi jumpa kak ain.. :( shedihhh nye :(

imah ammran said...

Salam Kak Ain,
ni yg buat sye sedeyh ni...
x dpt pergi lah plak...
waaaaaaaaa.....


~salam~

Anonymous said...

Salm Kak Ain,

Saya nak pergi tapi UPSR dah nak dekat masa tuh.Nak sangat benda tu dgn 'Aku Mahu Ke New York' punya sinopsis.Saya pernah gi New Yor.Best Apa.

Irah aka Zafirah.

cutegirl_balqis said...

Kak Ain...
klau x bawak 2 orang kawan tu x boleh ke ???
saya nak datang tapi x de kawan laa...
hurm...

Hadiah tu memang menarik....
gelang tu sweet sngt...
loket dye teddy bear kan ??

AinMaisarah said...

Dear Ira,
Memang tepat sekali.
PERLU, MESTI, PATUT pergi ke MPH Mid Valley pada 17 Ogos 2008! Pujuk Abang sehabis mungkin! Ira datanglah dengan kawan-kawan sekiranya Abang tak dapat hantar.

Dear Elly,
InsyaAllah ada game. Tapi Kak Ain dan Cik Abang sedang memerah idea. Game jenis macam mana yang sesuai diadakan dalam MPH. Pastinya game yang tidak merosakkan aturan buku-buku dan menyelerakkan kawasan! =D
Slot Kak Ain bermula pukul 4.00 ptg - 5.00 ptg. Jangan tak datang!

Dear Dayah,
Kak Ain sudah membalas e-mel Dayah. Dayah datang dengan Kak RedBloodCell? Bawa lagi seorang kawan.. nanti Kak Ain beri satu manuskrip percuma.

Dear Ain Dak Cute,
2 set hadiah minyak wangi & gelang TOUS menanti 2 pengunjung paling sporting. Bukan Kak Ain yang pilih... tetapi 'mata-mata gelap' Kak Ain yang lain akan buat keputusan. Sporting itu didefinasikan sebagai mudah bergaul & mudah memberi kerjasama sepanjang aktiviti dijalankan.

Dear Syuhada,
Kak Ain harap Syuhada tumpukan pada UPSR. Tak dapat datang gathering kali ini... boleh datang Pesta Buku PWTC 2009. Kak Ain tunggu nak jumpa Syuhada tahun depan ya!

Dear Imah,
Kak Ain pun sedih juga Imah tak dapat pergi! =( =(

Dear zafirah,
Seperti juga Syuhada, Kak Ain ucapkan semoga berjaya dalam UPSR. Usaha sehabis mungkin dan tawakal sepenuh hati ya!

Dear Balqis,
Loket gelang tangan itu memang simbol teddybear - simbol jenama TOUS. Kak Ain pun suka sebab gelang itu simple tetapi comel. Balqis datanglah dengan 2 orang kawan@sepupu@jiran... barulah Kak Ain boleh berikan satu naskah manuskrip percuma. Ada 50 sahaja. Kak Ain tak cetak lebih!

Jumpa di Mid Valley,
AinMaisarah

Syafiqah said...

salam.
kak ain,
kalau x de ape-ape hal,
isyallah iqah pegi.
mesti best kan..hehe :D
x sabar sgt..huhu.

Anonymous said...

akum kak ain, ni xbest ni xdpt pergi,coz ade camp, tapi yg pnting sy akn bli buku kak ain k
>_-

naadROCK said...

mcm mne nk msuk kelab ni? :O

farah_hanum said...

salam kak ain...
wah!!!rasa nak pergi pulak...tapi ibu kata masa tu...sibuk...:-( erm...teringin pulak nak pegi..owh...kena sporting ni...satu masalah sbb saya ni...pemalu..kalau dah biasa baru bleh sporting...k kakain gembira disana ok...:)

wassallamm...
farah hanum.

ratu anis said...

akk,sume kelab teman tapi mesra kena datang ke?

nurul said...

Salam kak ain,

wah, bestnye... kak ain memang best.... sekarang ni saya masih exam trial tapi 17/8/08 tu dah habis... nanti saya akan cuba ajak ibu saya ke sana....lagipun dah lama saya tak ke sana. untuk pengetahuan kak ain, mph mid valleylah tempat bersejarah bagi saya dan adik-adik. Hal ibi kerana, di situlah kali pertama kami memegang dan mula mengenali buku-buku kak ain...

happy2 ye semua... wasalam...

cutegirl_balqis said...

Okey Kak Ain...
Insyaallah Balqis dtg...
Nanti Balqis ajak kwn2 Balqis....
:))

ALyA WoNdErS said...

Sdey nyer..
Ermmm kak ain tolong check email kak ain sebab alya ada hantar email :D
alyachan.97@gmail.com ,

terima kasih walaupun alya tak boleh datang (kat sungai petani nie!) jauh kalau nak ke kuala lumpur.. sobx2..

Anonymous said...

salam.

ohh ade gathering.
mau join. nak sgt pergi. kat pesta buku dulu tak sempat lagi jumpa kak ain. mau jumpa kak ain yang nmpk mcm best neh. *dah form3 tak sedar diri mcm budak kecik*
kak ain mmg best kan? (;
mau tumpang tanya,saye dh officially jd ahli kelab teman tapi mesra ni ke?
nur syahirah zahari , 15 tahun , seremban .
balas?

with love,
syerah.

Halimatus Saadiah said...

Hu..hu..Ima slalu tak dapat jumpe my beloved kak ain..lain kali kak ain buatlah perjumpaan atau ape2 kat terengganu pulak ek...tapi takpe..Ima kan dh jumpe ngan kak ain..hi..hi..kak ain pertimbangkanlah cadangan Ima tu...

ain~dakcute said...

o0o...kak ain,
klu kakak N abg jadi kwn kite blh ker??ni dah xder kwn nak ajak...hehehe...ain harap sangat blh!

nurul hidayah roslan said...

Salam kak ain,

ala...dayah x dpt pergilah kat mid velly.Mama dayah ade conference...
:(:(

ALyA WoNdErS said...

Kita sama nasiblah, Dayah sebab alya pun tak boleh mai. Jauh nun Kuala Lumpur sana... Haih .. -_-!!)

aini said...

salam k.ain

ala..x tau la dpt dtg ke x..
doakan kite dtg yer..

coz spupu kite buat majlis aqiqah ank dia..

x tau sape dpt antar..
cam ner ni?
oh tidak!!!

najwaamira said...

Saya akn pergi!

fatin hanani said...

kak ain!!!
dah lama fatin x bukak rumah kak ain ni..
bukannya fatin sengaja but fatin punyer internet rosak..
ok kak ain!!
fatin datang..
x der dress code ke kak ain???

misz qiqin said...

Kak Ain!
Bestnyeeeee hadiah TOUS!
Bestnyeeeee dpt manuskrip percuma!
Kak Ain mmg best sekali!

U rock sis! ;p

Hihihihi,
misz qiqin

fazlin said...

askum kak ain..

kak ain...mana boleh camni..
fazlin yang duduk kat kelantan nie x boleh lah pergi...huaaaaaaaaaaaa...

nk jugak jumpe kak ain...
best lar org yang tiggal di kawasan KL..dapat jumpe kak ain....
fazlin kelab ttm gak...
nak pergi...
nak pergi...

fazlin nk gelang n minyak wangi TOUS...nak menuskrip percuma gak....
kak ain nape wat awal sangat...buatlar nanti abis UPSR...baru boleh pergii..

lagipun hari ni fazlin exam trial UPSR....
hah.....nak pergi gak....
nape lar fazlin x der umah at KL....

sedih sangat...

yang sedih,
fazlin yang x pernah jumpa kak ain....

Annan_97 said...

kak ain, x tahulah yg sy dh jd ahli kelab ney.. tp sy bleh pergi ke kak ain??