07 August 2008

AinMaisarah di Pulau Pinang: Kisah Durian

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung Rumah Pink AinMaisarah.

Apa khabar? Kak Ain harap semuanya baik dan sihat-sihat. Kak Ain sendiri selsema dan sakit tekak sedikit :( Inilah agaknya penangan apabila banyak sangat makan rambutan dan durian. Maklumlah, sekarang memang musim buah-buahan.


Di Penang, semasa Kak Ain dalam perjalanan ke MRSM Balik Pulau… kiri dan kanan penuh dengan dusun buah-buahan. Paling geram bila tengok pokok rambutan tepi jalan yang lebat buahnya. Memang boleh dipetik begitu sahaja! Ini salah satu gambar yang sempat Kak Ain tangkap.


Buah durian pun sama. Banyak sungguh bergantungan di sana-sini. Kak Ain memang 'hantu' durian. Kak Ain suka durian kampung yang pahit rasanya. Durian yang manis pula kurang menepati citarasa lidah Kak Ain yang banyak songeh ni! =D Heheh.


Di sepanjang dusun buah-buahan ini juga ada disediakan gerai menjual buah-buahan. Harganya berpatutan sungguh! Kak Ain sendiri beli dua ikat rambutan di bawah. Memang puas hati! Memang terasa nak angkut semua! Isinya sungguh longkah dan rasanya tak manis sangat. Just right for my taste bud!


Oleh kerana Kak Ain telah berjaya menghabiskan dua ikat rambutan dalam masa satu malam, keesokan harinya tekak Kak Ain sudah terasa semacam. Perit dan gatal-gatal. Kalaulah boleh digaru dengan garfu, tentu kurang sedikit kegatalan yang melanda.

Akibatnya kini Kak Ain sudah diserang sakit tekak, selsema dan batuk serentak. Mujurlah tak demam panas pula.


Pesanan AinMaisarah kepada pengunjung Rumah Pink yang lain, makan buah biarlah berpada-pada. Nanti sakit tekak, sendiri yang merana!


Salam Sayang,
AinMaisarah

11 comments:

shasha said...

waah~
best btul ye kak ain!
kt kl nie, susah benar nk dpt rambutan yg btul2 lekang :(

ALyA WoNdErS said...
This comment has been removed by the author.
ALyA WoNdErS said...
This comment has been removed by the author.
ALyA WoNdErS said...
This comment has been removed by the author.
ALyA WoNdErS said...

Hehe..
tu lah ..
nasib baik tak demam panas..
tidak tak boleh lah alya baca
entri ni! huhu ...
Sihat cepat sikit tau kak ain ..

Anonymous said...

Salam Kak Ain,

Irah pun suka durian.Rambutan, irah suka yg manis.Durian pun sama.(biasalah budak memang suka yg manis-manis jer).Dalam hidup saya memang kena benda manis,ko tidak tak layan.Semoga Kak aAin cepat sembuh.

Yang suka memendekkan nama,
Irah aka Zafirah.

abby said...

nyum2....sedapnyer durian....abby pon 'hantu'durian...hehe

najwaamira said...

Salam,

Saya pun ada demam sikit sbb mkn durian banyak sgt.Termakan overdose.Hehe...

Sedap hingga menjilat jari-jemari bila mkn durian.!Hahah..

Sara Imanina said...

Sara agak kurang gemar sikit makan durian..Takut mulut berbau. heheh

Tetapi kalau rambutan, memang !! Makan tak ingat dunia !! heheh

-_-SitiNurFarah-_- said...

Em..beshnyer Kak Ain dapat makan durian..Klu ada lagi..Saya nak ckit bleh x?? X derlah..acah jer..:)..Semoga Kak Ain cepat sembuh ya?? Bye!

Siti Nur Farah

farah_hanum said...

salam kak ain...
wah!!dua-dua buah tu favourite saya laa kat rumah ade dua ikat rambutan banyak betul orang bagi.Rezki tu...ermmm saya pun mula2 demam pastu selsema pas2 batuk teruk...sekarang ni...demam dah baik...cuma sakit tekak batuk2 dan selsema....haiyoo macammmana nak sembuh ni...tapi pokok rambutan dan durian tu...lebat betul!!rambang mata dibuatnya...tapi walauapapun kak ain mesti sembuh tau nanti nak buat kerja susah...kitaorang peminat kakain lagi susah hehehe jangan kecil ati pulak ye acah je...:-)

wassallammm...
farah hanum.