08 May 2008

PTSOne dan PTS SYOK!

Salam buat semua pengunjung Rumah Pink AinMaisarah.


Bulan April ini, genaplah dua tahun Kak Ain menulis untuk syarikat penerbitan buku PTSOne Sdn. Bhd. Ingat lagi, manuskrip pertama yang dihantar bertajuk Syarikat Impiana Sdn. Bhd. Ketika itu cerita Impiana yang dihantar hanya sebanyak 38 mukasurat.

Seminggu berlalu. Kak Ain mendapat maklumbalas dari pihak PTSOne. Cerita Impiana tidak sesuai diterbitkan di bawah label PTSOne. Cerita asal Impiana yang Kak Ain tulis terlalu dewasa dan serius. Lalu pihak PTSOne bertanya, kalau-kalau Kak Ain mempunyai simpanan manuskrip lain yang lebih berperisa remaja.

Gali punya gali dalam simpanan dokumen, Kak Ain terjumpa cerita Aku Mahu Popular. Hanya 18 mukasurat sahaja. Setelah dinilai, cerita itu diterima. Namun ada syaratnya. Cerita sepanjang 18 mukasurat itu perlu dipanjangkan menjadi 200 mukasurat!

Waktu itu, lima bulan juga kepala Kak Ain berasap nak mengembangkan cerita. Setelah Aku Mahu Popular selamat diterbitkan bulan November 2006, Kak Ain memulakan pula penulisan Aku Mahu Saiz S. Dalam proses menulis novel kedua ini, Pengurus PTSOne, menghubungi Kak Ain kembali. Pihak PTSOne berminat mahu menerbitkan juga manuskrip Syarikat Impiana Sdn. Bhd. Namun ianya tetap tidak boleh diterbitkan di bawah label PTSOne yang hanya untuk cerita remaja sahaja.

Bagi mengisi permintaan pasaran, satu label khas telah diwujudkan. Label jenama PTS SYOK! ditujukan kepada golongan pembaca metropolitan yang mahukan cerita-cerita moden. Cerita-cerita dalam PTS SYOK! juga tidak berkisar tentang cinta, tetapi lebih kepada ironi kehidupan.

Buat masa ini, PTS SYOK! telah berjaya menerbitkan novel-novel berikut:

1) Yong Tau Foo - Faizal Dzasrik
2) Ini Suatu Cerita - Faizal Dzasrik
3) Impiana - AinMaisarah
4) Impiana II - AinMaisarah

5) Dunia Ini Sederhana Kecil - Bahruddin Bekri
6) Siapa Aku? - Jebart
7) Tak Bisa Memilihmu - AinMaisarah

Terdapat beberapa perbezaan antara buku PTSOne dan PTS SYOK! Antaranya:

1) Novel PTS SYOK! lebih tebal. Selalunya antara 300 mukasurat hingga 400 mukasurat.

2) Novel PTS SYOK! lebih mahal kerana ketebalan halamannya.

3) Novel PTS SYOK! tiada ilustrasi di dalamnya. Hanya teks semata-mata.

Sekarang pihak PTS SYOK! sedang mencari lebih ramai lagi penulis-penulis novel yang sesuai dengan genre baru ini. Sesiapa yang berminat dan ingin mencuba,
sila klik >>>SINI<<<.

Harapan Kak Ain, semoga lebih ramai bakat-bakat baru tampil mewarnai dunia penulisan.

Wassalam,
AinMaisarah
p/s:
~Terima kasih kepada semua keluarga PTS SYOK! dan PTSOne atas kerjasama yang diberi selama ini.
~Tunggu kemunculan Impiana III.

22 comments:

Anonymous said...

Tahniah !!

semoga semua warga pts terus kekal maju...
dalam menghasilkan lebih banyak karya bermutu tinggi ...

chaiyok .. chaiyok !!!

Nina said...
This comment has been removed by the author.
AinMaisarah said...

Salam Sara,

Kak Ain sarankan Sara guna waktu cuti sekolah dan duduk depan tingkap yang menghadap pokok-pokok hijau.

Untuk mula menulis, sara perlu membaca lebih banyak buku. Idea boleh didapati daripada pengalaman hidup sara sendiri.

Wasalam
AinMaisarah

hanis aqilah said...

Salam Kak Ain,

Hanis dah lama ingin mencuba mencungkil-cungkil bakat Hanis tapi,tak keluar2 jugak.

Hanis pernah lar cuba tapi..selalunya sekerat jalan.
Ntah lar Kak Ain.

Doakan Hanis supaya dapat menulis tu..betul2 ok?
:)

і ам шно і ам=) said...

salam kak ain,saya pon minat menulis..selalu jugak la dipuji oleh guru bm ttg kehebatan karangan sy.tp nk buat ending tu yang susah

Nina said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Semoga PTS dapat melahirkan lebih banyak novel-novel remaja yang berkualiti!

fatin pun berminat gak nak tulis buku ni kak ain..sama je mcm sara.. tulis sekerat jalan..hehehe..
masa ada idea tu bukan main banyak lagi..kalau masa x der tu..sebesar huma pun x der...

Anonymous said...

lagi satu kak ain..
contohnya..kalau dah siap menulis..
dan memenuhi kreteria yang ditetapkan..
(cewah..berangan!)
nak buat apa dengan manuskrip tu???

salam yang tengah excited ,
fatin

Anonymous said...

Tahniah kak ain...
Semoga perjalan seni kak ain akan terus berjaya dan semakin diminati..

Anonymous said...

saya ni penulisan boleh lah.Selalu jugak dapat highest score tapi bila nak buat perumalaan novel tu tak geti.

zafirah

FaRah said...
This comment has been removed by the author.
FaRah said...

salam kak ain..
firstly, saye nak kata kan yang PTSSYOK! sesangat-sangatlah syok. saya dah banyak kali bace buku PTSSYOK! ni.tahniah kepada semua penulis novel PTSSYOK! kerana dapat menghasilkan novel yang sangat best lagi syok!

secondly,saya juga dah banyak hasilkan novel( untuk mengisi masa lapang)novel saya tu dah banyak terbiar je.kebanyakan novel yang saya reka tu berkisahkan remaja.saye pun agak teringin nak menerbitkan novel sendiri(itupun kalau novel saya tu bagus la).tapi boleh ke dengan umur saya yang 12 tahun ni?

MIRA said...

Saya memang suka buku PTSOne dan PTS Syok.Buku-bukunya bermutu tinggi.Semoga PTS kekal maju!

.imah. said...
This comment has been removed by the author.
.imah. said...

saya suka PTS SYOK!!!!!!
semoga warga PTS terus sukses!!!!!

nurul hidayah roslan said...

salam kk ain,

GOOD LUCK PTS!!!!

kak ain doakan dayah dapat menulis cerita yang best tau...:)



wasalam,
dayah

IZZ HAZWANI. said...

Salam kepada Kak Ain dan kawan-kawan saya,

1)Kak Ain,saya cuba nak membuat,
tapi kebanyakan cerpen saya lebih ke arah penceritaan tentang cinta.

2)Saya masih tak faham tentang PTS SYOK! Adakah PTS SYOK! menceritakan tentang hidup zaman moden?Saya masih tak faham.Tolong jawab ya?

Anonymous said...

salam kk ain,
pe kaba???lama x chat dengan kk ain...
firstly,tasha nk ucap tahniah atas kejayaan ptsone and kk ain..
actually,sy ada tulis beberapa cerita...
tapi sy x tau cm ne nk kembangkan lagi bakat saya....

harap,kak ain dpt bg komen atas cadangan sy ni.....

salam sayang,
tasha

Anonymous said...

kak ain,
satu lagi,kalau kak ain nak baca cerita yang sy buat boleh la tinggalkan pesanan di blog sy...

tashapopular.blogspot.com

bye2.....
salam,
tasha

FaRah said...

kak ain..
saye teringinlah nak terbitkan novel sendiri.tapi bolehke?

Anonymous said...

boleh ke umur macam saya ni nak buat novel macam kak ain umur baru 11

Anonymous said...

Taniah, kak ain..

Semoga kak Ain jadi penulis terkenal di Malaysia..
:)

Cayok.. Cayok..


*-syaza-*