11 May 2008

NovelComel Laku Keras!

Salam hujung minggu buat semua,


Hujung-hujung minggu begini, apa aktiviti yang dirancang sepanjang hari? Hari ini Kak Ain berikrar menyiapkan semua tempahan pakej NovelComel. Sehingga ke waktu ini, ada 93 pesanan yang diterima. Bukan main berasap mesin pencetakan jenama Canon dibuatnya. Enam bungkus kertas bersaiz A5 juga sudah habis digunakan.

Tak sangka begitu hebat permintaan yang diterima. Ada ibu saudara yang memesan 6 pakej NovelComel untuk anak-anak saudaranya. Ada juga seorang guru yang memesan 10 NovelComel sebagai hadiah kepada pelajar-pelajar cemerlang peperiksaan pertengahan tahun kelasnya.

Kak Ain sedang berusaha menyiapkan dan menghantar semua tempahan yang diterima secepat mungkin. Selain membungkus NovelComel, Kak Ain juga memastikan setiap bungkusan disertakan dengan nota kecil pesanan Kak Ain untuk para pembaca. Tandatangan dan chop khas AinMaisarah juga tidak dilupa. Lenguh tangan Kak Ain jangan cakaplah. Setiap pakej mengandungi 7 NovelComel. Maknanya Kak Ain perlu menandatangan dan menulis ucapan sebanyak 651 buku semuanya!


Kak Ain harapkan pembaca yang sudah menerima NovelComel akan berpuas hati. Kepada yang masih belum menerimanya, Kak Ain sudah menyiapkan hampir 90% jumlah semua pesanan. Hari ini tinggal 10% sahaja lagi. Harapnya hari Isnin semua pesanan NovelComel boleh dihantar ke pejabat pos bagi tujuan penghantaran.

Minggu hadapan, selamat menunggu posmen datang ke rumah.

Salam Lenguh Tangan,
AinMaisarah

28 comments:

Nurul said...

Assalamualaikum, KAk Ain...
Wh, sibuk betul ye Kak Ain! Saya ingin bertanya beberapa soalan kepada Kak Ain.
1) Tinggal 4 hari sahaja lagi sebelum 15 Mei. Adakah saya masih sempat untuk membuat pesanan?
2) Kak Ain, adakah novelcomel yang dipesan akan dijamin sampai ke rumah saya?
3) Betulkah Kak Ain akan mengeluarkan beg dll. menggunakan jenama The Wannababes?
Maaflah sekiranya saya ada mengguris hati KAk Ain. Apa-apapun, selamat berjaya dan terus berusaha ye KAk Ain!
Wasalam...

iela_95 said...

kak ain..
saya harap dpt novelcomel saya..
tak sabar rasanya..
oh, ya!saya sudahpun baca emel kak ain..alhamdulillah sampai juga akhirnya wang pos saya...

w'salam..*Nida Nabilah

hanis aqilah said...

Salam Kak Ain,

Wah,Kak Ain memang terlampau sibuk lar ni..
Kesian Kak Ain :(
Tapi,mesti seronok cuz Kak Ain tahu yang ramai meminati hasil karya Kak Ain.
Ah,seronoknya rasa!!

Hanis memang suka dengan buku Novel Comel Kak Ain.
Tak sabar nak tunggu sambungan Novel Comel:Penubuhan The Wannababes 2.

Salam Sayang,
HanisAqilah

cutegirl_balqis said...

Alahai....kesiannya Kak Ain kita....saya memang berpuas hati dengan novel comel tu....saya simpan novel comel tu elok-elok kat dalam almari dengan novel-novel pts saya yang lama....Harap Kak Ain terus maju dalam bidang yang Kak Ain pilih !!! [walaupun tangan Kak Ain lenguh]

sara imanina said...

salam kak ain,

alahai siannya kakak kita ni...
penat-penat pon hati kak ain tetap gembira kan sebab hasil jualan laku.hehe

keep up good work ! :-)

solehah kd said...

kak ain...sorile...solehah mcm x de mase nak hanta duet tuh..camne nih..klu hanta lambat siket bole x??
very2 sori..

najwaamira said...

Kesian kak Ain..
Mesti seronok NovelComel kak AIn untung mcm pisang goreng yg tgh hangat di pasaran!

babyhime said...

as'kum kak ain..wah kecian kak ain mesti sibukkan...sampai bila sy bc rahsia kembang jambul cikgu amnah,kak ain tulis nama cikgu amnah mcm ni CIKGU AMNAH BIN AHMAD..bin???bila cikgu amnah jadi laki..tu la penat sangat kot..salam babyhime..

Anonymous said...

ain...
boleh x nak tempah novel comel lagi?????

::fatin:: said...

salam kak ain..
wah..
lakunya novel comel..
tak sia-sia pantun promusi yang ditulis oleh dayah dan spies girls ye..
nway..
Good Job Kak Ain!

happy go lucky girl said...

assalamualikum kak ain..

saya pon nak tanya,blh lagi ke kalau saya nak membuat pesanan?kesian kak ain sampai lenguh2 tangan mengecop dan tandatangan novel comel..tapi,mesti k ain bangga giler2 sebab ramai yang suka baca karya kak ain..ok lah kak ain,harap kak ain balas pertanyaan saya ni..

GOOD LUCK FOR YOU..

ainmaisarah said...

Salam Nurul,

Masih sempat lagi membuat pesanan. Hanya selepas tarikh 15 Mei, Kak Ain akan menutup sebarang tempahan. Ini kerana Kak Ain mahu menumpukan perhatian menulis novel semula.

NovelComel yang dipesan juga setakat ini semuanya Alhamdulillah selamat sampai ke tangan pembeli. Asalkan alamat yang diberi lengkap, InsyaAllah pakcik posmen Pos Malaysia memang cekap menjalankan tanggungjawab.

Tentang jenama The Wannababes, ianya masih di peringkat perbincangan. Ada perkembangan terbaru, Kak Ain akan beritahu kepada semua ye.

Kepada Nida Nabilah,
Kak Ain poskan NovelComel pada Nida semalam. Jadi minggu depan jenguk-jenguklah selalu pintu pagar menunggu posto-posto!

Dear Hanis,
Terima kasih kerana selalu sangat menyokong Kak Ain dalam setiap perkara. Itu yang buat Kak Ain makin bersemangat nak menulis!

Penubuhan The Wannababes II sudah ada jalan ceritanya. Tinggal menaip mengembangkan plot sahaja. TUNGGU..... :D

Dear Balqis,
Tangan Kak Ain memang lenguh menyiapkan pakej NovelComel sampai pukul 3.00 pagi. Tapi demi pembaca, Kak Ain sanggup. Moga-moga pembaca terus setia mendapatkan karya AinMaisarah.

Dear Sara Imanina,
Jualan Hebat NovelComel laku pun sebab doa dan sokongan adik-adik pembaca juga. Alhamdulillah. Lain kali Kak Ain nak cuba jual pisang goreng pula di Rumah Pink ni. Kita tengok...laku ke tak? Heheh.

Solehah,
Solehah dah buat tempahan, kan? Jadi tak perlu risau. Kak Ain simpankan NovelComel Solehah. Beritahu sahaja bila membuat pembayaran ye.

Najwa Amira,
Itulah....Kak Ain pun dah cakap dengan Sara Imanina. Nak cubalah jual pisang goreng. Tengok respon pengunjung. Tapi pisang goreng di sini mesti istimewa dan ekslusif. Ada tandatangan AinMaisarah diatasnya! :D

Babyhime,
Amboi! Tajamnya penglihatan! Bagus-bagus! Ada bakat jadi editor buku yang berkaliber. Sebenarnya Cikgu Amnah si Jambul Kembang tu memang garang sangat-sangat! Garangnya mengalahkan cikgu lelaki. Jadi Kak Ain pun letaklah, Cikgu Amnah bin Ahmad. Heheh (logik tak alasan Kak Ain??)

Wassalam,
AinMaisarah

ainmaisarah said...

Kepada Anonymous,
Siapalah Anonymous ni? Sama umur dengan AinMaisarah ye? Tempahan NovelComel masih dibuka sehingga 15 Mei 2008 sahaja. Tempahlah banyak-banyak. :D Ada ibu saudara baik hati belikan enam set NovelComel untuk anak-anak saudaranya. Ada juga guru budiman yang membeli sepuluh set sebagai hadiah cemerlang peperiksaan untuk pelajar tingkatan satu di sekolah menengah ibu kota.

Harapnya anonymous ini seorang bapa pemurah yang mahu membeli 100 set sekaligus sebagai hadiah pada jiran-jiran! Amin! :D

Dear Fatin,
Memang sebenarnya para pembaca banyak membantu promosi. Ada yang beritahu kawan-kawan. Ada yang beritahu jiran-jiran. Jadi makin lama, makin ramai yang tahu kewujudan NovelComel AinMaisarah, Alhamdulillah.

Dear Happy Go Lucky Girl,
Masih sempat buat pesanan di saat-saat akhir ini. Jangan bimbang. Hanya RM20 sahaja. Boleh bayar melalui akaun Maybank atau wang pos. Sebarang pertanyaan tentang pembelian, sila e-mel maisarah_ain@yahoo.com

Salam Tengah Malam,
AinMaisarah

hanis aqilah said...

Salam Kak Ain,

Hehe.Mestilah Hanis support Kak Ain.Alhamdulillah,Novel Comel: Penubuhan The Wannababes II,Kak Ain dah ada jln ceritanya.

Tak sabar nak tunggu Novel Comel tu keluar dengan Novel Aku Mahu Bergaya sekali!
Gembiranya rasa!:p

Buku Impiana III keluar bila ye Kak Ain?
Penghujung bulan Disember ke?
Jangan lar lama-lama sangat.
Tak sabar nak baca..
Kalau boleh,bagi lar sedikit tease.
Hehe..

Wassalam,
Hanis Aqilah

hanis aqilah said...

Buku Impiana III keluar bila ye Kak Ain?
Penghujung bulan Disember ke?
Jangan lar lama-lama sangat.
Tak sabar nak baca..
Kalau boleh,bagi lar sedikit teaser.
Hehe..
*kat atas,silap.:p

::fatin:: said...

salam kak ain..
fatin dgr cerita dr rakan-rakan chat..
yang ada pertandingan cerpen ye kak ain..
mengenai apa??
jwb ya kak ain..
thanks..

salam

farah said...

salam kak ain..

Novelcomel sudah pun selamat sampai ke tangan saya.ceritanya memang seronok dan saya amat berpuas hati.nanti kalau novelcomel lain keluar kak ain jual lah jugak.gerenti laris sangat-sangat macam pisang goreng panas.Teruskan usaha untuk membuat novel yang seronok lagi best.

farah said...

salam kak ain..
minggu ni mungkin minggu last saya berada di rumah pink ini kerana KEMUNGKINAN BESAR(tak berapa pasti lagi)minggu depan saya akan berpindah ke Sarawak kerana ikut ayah saya bekerja di sana. dan ayah saya berpindah di kawasan pendalaman!!ayah saya kata kat situ tak boleh nak pasang internet!!sedihnya.dan saya akan pindah sini balik akhir tahun depan.tak dapatlah saya nak masuk rumah pink lagi.sedihnya.walau apa pun, saya akan sentiasa menyokong kak ain untuk menghasilkan novel-novel kak ain.

Anonymous said...

assalamualaikum kak ain..........
kak ain,saya ada bagi emel tentang pembelian novel comel dan sudah pun menghantar duitnye............harapnye kak ain dapat hantar novel comel tu kepada saya secepat mungkin...
kak ain,rajin2lah buka emel ye........

wassalam,
ainin sofiya..

Anonymous said...

Kak Ain,

Saya nak satu set Novelcomel.
Tapi,mak saya tak berapa percayakan bayaran melalui internet.
atanya,nanti menipu lar.
Saya pun tak berpa faham Kak Ain.
Macam mana saya nak yakinkan dkt mak saya,yang kak Ain takkan menipu.
bahkan,kawan sekolah saya pun dah dapat Novelcomel tu..:(

-Norni-

Anonymous said...

Kak Ain,

Saya nak satu set Novelcomel.
Tapi,mak saya tak berapa percayakan bayaran melalui internet.
atanya,nanti menipu lar.
Saya pun tak berpa faham Kak Ain.
Macam mana saya nak yakinkan dkt mak saya,yang kak Ain takkan menipu.
bahkan,kawan sekolah saya pun dah dapat Novelcomel tu..:(

-Norni-

iela_95 said...

kak ain sudah hantar novelcomel saya!!!
Ok..nanti saya tunggu posmen dtg..hehehe...saya harap novelcomel tu sampai sebelum saya pergi sekolah..bukan apa..saya takut ada orang merasmikan dulu novel saya...lagipun saya sekolah di sebelah petang...

*salam mesra dari
Nida Nabilah....
;-)

ainmaisarah said...

Salam Hanis,
Impiana III lambat sedikit perancangannya kerana Kak Ain memang nak pastikan ia jadi penutup siri cerita yang sempurna. Sekarang ini pun Kak Ain memang sudah ada plot dan jalan cerita. Cuma menulisnya yang belum.

InsyaAllah bila sudah ada ceritanya, Kak Ain akan keluarkan teaser ye.

Dear Fara,
Hai! Nak pindah Sarawak? Kak Ain baru nak buat cerita The Wannababes pergi Sarawak! Kebetulan sungguh! Mmh...Kak Ain pun sedih bila dengar ada pembaca yang nak pindah jauh. Nanti ada kesempatan, jenguk2lah Rumah Pink ni yer... :( sob...sob sob

Salam Bersedih Sama,
AinMaisarah

cicakgirls =) said...

Assalamu'alaikum Kak Ain,

Terima kasih sebab dah hantar Novel Comel tu!!:D
gembira sangat bila tengok ada sampul surat warna coklat dari Ain Maisarah :D

Semoga Kak Ain akan terus berkarya :D

tak sabar nak tunggu Aku Mahu Bergaya, Novel Comel Amir vs Fahrin dan Penubuhan The Wannababes 2 :D

Wassalam.

farah said...

Wah!! bagusnya.pastu buat The Wannababes melawat rumah saye kat Sarawak tu yer. seronok bukan kepalanglah kalau The Wannababes melawat rumah saya.walau bagaimanapun, rasa seih dalam hati ini takkan hilang sebab dah tak boleh masuk rumah pink!!

iela_95 said...

salam kak ain....
Saya dah pun dapat novelcomel kak ain...
Memang gembira tak terhingga...
Cantik kak ain balut...
Insyaallah saya akan beli Penubuhan The Wannababes II yang akan datang...

Salam gembira drpd Nida Nabila...

Sara Imanina said...

Salam Kak Ain,

PISANG GORENG KAK AIN MESTI LAKU.. LAKU, TAPI ORANG TAK MAKAN.. bukan apa..atas pisang tu ada tandatangan kak ain.. siapa yang sanggup makan tandatangan kak ain yang tersangat baik hati kan..betul tak kak ain ? =)

yelah.. jangan bertangguh-tangguh buat amir vs fahrin dan penubuhan the wannababes 2 tau. sara teruja nak baca ni..heheh..

nasihat sara buat buku ( nc pon) jangan bertangguh-tangguh.. nanti masa dah suntuk .. buat kerja pun jadi kelam-kabut dan tergopoh-gopoh kan..kami sentiasa menyokong kak ain..buat buku best-best tau..

Biasanya kak ain nasihatkan kami tapi kali ini sara nasihatkan kak ain..harap kak ain lebih bersemangat nak buat buku lepas baca nasihat ni( chewah )..

Pesanan ikhlas dari,
~ Sara Imanina ~

( alamak panjang lebar pula sara punya komen.hehe.jangan mareh)

harrypotter03 said...

salam kak ain
Saya dah pun dapat novelcomel kak ain.
Memang gembira tak terhingga
Cantik kak ain balut
Insyaallah saya akan beli Penubuhan The Wannababes II yang akan datang.
(Lain masa, jual lah novelcomel 2 lagi, kwn sy tgh menunggu novelcomel akak, die nak beli 3 set and sy nak beli lagi 3 set.)

Salam gembira drpd Muhammad Nurhazim