16 May 2008

AinMaisarah di Alamanda, Putrajaya

Asslamualaikum semua,

Selamat malam minggu buat semua pengunjung Rumah Pink AinMaisarah. Hujung minggu ini Kak Ain benar-benar berehat setelah dua minggu berhempas-pulas menyiapkan tempahan NovelComel. Alhamdulillah, berkat sokongan dan sambutan hangat para pembaca, NovelComel AinMaisarah sudah terjual sebanyak 118 pakej dalam masa dua minggu!

Malam ini juga Kak Ain ingin berkongsi satu lagi berita gembira. Alhamdulillah Kak Ain telah dijemput oleh pihak PTSOne sebagai pengarang jemputan di kedai buku MPH, Pasaraya Alamanda Putrajaya.

Harapnya Kak Ain dapat bertemu dengan adik-adik pembaca yang tinggal berdekatan Putrajaya, Bangi, Kajang dan juga Kuala Lumpur. Buku yang dibeli pada hari tersebut akan ditandatangani oleh Kak Ain. Kali ini tak perlu hantar wang pos! Heheheh.

Di bawah ini Kak Ain sertakan informasi lebih lanjut tentang acara di Alamanda:

Tarikh: 25 Mei 2008
Masa: 2.30 petang
Tempat: MPH Alamanda

InsyaAllah Kak Farihah Iskandar juga akan bersama-sama berada di acara tersebut. Jadi buat peminat siri Dear Yayah dan siri Aku Mahu terbitan PTSOne Sdn. Bhd, datanglah beramai-ramai di Alamanda. Mari kita serbu ramai-ramai!

Jumpa di sana,
AinMaisarah

22 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum...
Wah, banyak betul tempahan yang perlu diterima oleh KAk Ain! Syabas dan tahniah buat KAk Ain. Nampaknya saya tidak dapat pergi ke MPH di Alamanda. Boleh ke Kak Ain dan pihak PTS One datang ke sekolah-sekolah untuk menjual buku terbitan PTS One? Penjualan buku tersebut boleh di buat ketika minggu bahasa atau minggu-minggu lain di sekolah.
Untuk pengetahuan KAk Ain, peminat-peminat buku Kak Ain di sekolah saya semakin ramai. Bertuah ye KAk Ain. Salam sayang, bye...

hamiza said...

saya nak jumpa...tp...waktu tu sepupu saya kahwin....ish..ish...terlepas lagi...kat pwtc pun sama....saya dah dtg...tp,xjumpa akak pun

Nina said...

SALAM KAK AIN...

alaa..saya tak pernah pergi alamanda..meskipun menetap di kuala lumpur..
Apapun, tahniah kak ain !!
Sara tak pergi..

farah~amira said...

salam kak ain,
harapnya dapat berjumpa kak ain n kak yayah di sana...
doakan saya dlm exam minggu nie....

yang ikhlas,
farah amira

BalqisBasri (^^,)v said...

YEY !!! Kak Ain ngan Kak Farihah Iskandar nanty ada kat Alamanda...boleh laa saya ajak ayah saya...tapi kan Kak Ain,kalau semua buku Kak Ain ngan Kak Farihah Iskandar saya dah ada,boleh ke kalau saya nak tandatangan Kakak berdua ???? lagi satu...nanty insyaallah saya nak amik gambar ngan Kakak berdua laa.....best nya...tak dapat nag bayang kan....saya pasti akan datang ke Alamanda !!!!

nurul hidayah roslan said...

salam kk ain,

Dayah mesti gi alamanda!!!dayayh mmang slalu gi kat stu...kite jumpe disana!!!:)



wasalam ,
dayah:D

Anonymous said...

yes...saye mmg duduk kt putrajaya..sdh psti sy xkan trlps utk jumpa kak ain..kak farihah juga..2-2 author ni saye suke..huhu

hanis aqilah said...

Salam Kak Ain,

Kak Ain ke Alamanda pulak ye?
Hanis tak boleh pergi cuz tempat tu agak jauh sedikit dari rumah Hanis.

Tapi,Hanis pasti yang sambutan di MPH sana tu mesti hangat!
:)

S.Syg,
HanisAqilah

Anonymous said...

salam kak ain..
kak ain ada di sana sampai pukul berape ek???

MIRA said...

Hmm tadi saya nak pergi tapi,papa saya balik lewat.Kak Ain di sana sampai pkl berapa?

FaRah said...

salam kak ain..
kak ain, dekat Alamanda ni macam dekat pesta buku jugak ke?(maksud saya jual buku PTS ONE dan PTSSYOK juga ke?)
kalau sama Alhamdulillah..pesta buku hari tu saya tak pergi dan tak dapat jumpa kak ain.insyallah kali ini saya akan pergi untuk berjumpa dengan penulis paling tersohor!!Amiiinnnn.walaupun rumah saya nun jauh di Rawang(Rawang ngan Putrajaya jauh ke?). kat Alamanda ni satu hari jer ke? 25 haribulan tu hari ape ek?dalam cuti sekolah kan?

FaRah said...

salam kak ain..
saya pun sangat-sangat bersetuju dengan cadangan Nurul tu.kalau kak ain pergi ke sekolah-sekolah untuk menjual buku kak ain kan bagus. lepastu,kak ain bagitau la name siapa yang selalu bertandang ke rumah pink ni.macam saya dan riha (cewah,ada udang di sebalik batu!).untuk pengetahuan kak ain jugak,saya dan riha satu sekolah tau!saya darjah 6 dan die darja 5.hara kak ain pertimbangkan cadangan saya dan nurul.

fatinhanani said...

fatin pun setuju ngan farah ngan nurul..

Anonymous said...

Salam,

Sara pun setuju dengan cadangan nurul..
hehehe.. kalaulah cadangan ni betul-betul dilaksanakan ( mustahil kott ), jangan lupa datang sekolah sara tau ..

FaRah said...

salam kak ain..
lagi satu,macam yang nurul cakap, peminat kak ain kat sekolah saya pun semakin ramai.dari yang tak tahu jadi tahu.dari yang tak minat jadi minat.fatin dan sara imania pun setuju dengan cadangan tu.senang cerita, kak ain setuju jer dengan cadangan kami. kak ain datang lah ke sekolah-sekolah untuk promosikan buku kak ain.kak ain minta alamat sekolah tetamu yang datang ke rumah pink ni.kak ain pergi yang dekat-dekat dulu.pastu,baru pergi yang jauh-jauh.tolonglah tunaikan permintaan kami ni kak ain.

aliah said...

assalamualaikum kak ain,kebetulan saya memang tinggal dekat putrajaya.insyaallah saya akan datang

AinMaisarah said...

Salam Nurul,
Setakat ini Kak Ain tak ada kemampuan lagi nak buat lawatan ke sekolah-sekolah. Memang teringin sangat sebab Kak Ain tahu pembaca buku PTSOne kebanyakannya pelajar sekolah. Doakanlah dua-tiga tahun ini Kak Ain dapat menghasilkan lebih banyak buku. Bila dah ada banyak buku, barulah syok nak pusing sekolah satu Malaysia! :D

Dear Hamiza dan Sara Imanina,
Janganlah sedih-sedih. Ada rezeki kita jumpa di tempat lain ye. Paling-paling lama pun, Pesta Buku 2009 tentu ada peluang kita berjumpa.

Dear Farah Amira,
Eh? Tak silap Kak Ain Cik Adik Farah Amira ni duduk di Perak, kan? Isk....jauhnya nak datang ke Putrajaya! Ini kes cuti-cuti Malaysia ye? Heheh...Kak Ain doakan selamat pergi balik dalam perjalanan.

Kepada Balqis,
Tak ada masalah. Bawa sahaja buku yang sudah dibeli ke Alamanda. Biar lenguh tangan Kak Ain dan Kak Farihah tandatangan semuanya.

Kepada Syiqin,
Kita jumpa di sana ye!

Salam Sayang,
AinMaisarah

AinMaisarah said...

Salam Hanis,
Terima kasih atas sokongan dan doa, walaupun tidak dapat hadir pada hari tersebut. I really appreciate it dear!

Fatin & Najwa Amira,
Kak Ain belum dapat kepastian sampai pukul berapa sesi bertemu pembaca di Alamanda akan berlangsung. Selalunya satu hingga dua jam. Kak Ain akan beritahu berita sahihnya setelah dapat kepastian dari pihak PTS ye.

Dear Farah,
25 Mei 2008 adalah pada hari Ahad (minggu pertama cuti persekolahan)Datanglah dengan keluarga. Beritahu juga kawan-kawan sekolah. Serbu MPH Alamanda ramai-ramai! Boleh dapatkan tandatangan dan bergambar. Kak Ain dan Kak Farihah memang sporting orangnya! :D

Dayah & Aliah,
InsyaAllah kita jumpa di sana pada tarikh 25 Mei 2008. Jangan segan-segan tegur Kak Ain dan Kak Farihah.

Salam Sayang,
AinMaisarah

MIRA said...

Saya akn ke sana!!!YEah...Tapi,mesti ada insiden yg akn berlaku kepada saya iaitu malu2kucing hehe...

AinMaisarah said...

Salam Najwa Amira,

Boleh malu-malu kucing.
Tapi jangan bawa kucing hidup ke Alamanda tau! :D

MIRA said...

Ish!!TAkkan nak bawa kucing hidup pula!!!:P

FaRah said...

ala kak ain..
kalau dua tiga tahun lagi nak pergi sekolah2 saya dah takde dah kat sekolah rendah tahun depan!! ala.. pergilah taun ni