18 May 2008

Sambutan Hari Lahir Farihah Iskandar

Assalamualaikum semua,

Selamat hujung minggu diucapkan kepada pengunjung Rumah Pink AinMaisarah. Hari ini Kak Ain ada satu pemberitahuan penting buat semua. Kepada pembaca dan pengikut novel bersiri Dear Yayah... buka mata besar-besar dan baca pengumuman ini baik-baik ye....

Buat pertama kali dalam sejarah, penulis siri popular Dear Yayah akan turun padang (mmh...turun MPH sebenarnya) dan bertemu dengan pembaca semua. Ini adalah gambar Kak Ain dan penulis Farihah Iskandar yang mahu dikenali sebagai Kak Yayah. Gambar ini diambil ketika Pesta Buku 2008.


Nak lihat lebih jelas wajah Kak Yayah? Datang sendiri dan lihat wajah penulis siri buku Dear Yayah ini.

Pertemuan kali ini sangat istimewa kerana ianya merupakan sambutan hari lahir penulis Farihah Iskandar@Kak Yayah. Bersempena sambutan ini, marilah sama-sama kita ke MPH Alamanda bagi meraikannya.

Kak Ain sendiri nak menyanyikan lagu hari jadi versi P.Ramlee khas untuk Farihah Iskandar@Kak Yayah kita! :D


Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan Ismet Ulam Raja... (Eh! Farihah Iskandar)
Allah selamatkan kamu.


Heheh....sedap tak suara Kak Ain menyanyi? Kepada sesiapa nak berduet menyanyi lagu ini dengan Kak Ain, jangan lupa datang ke majlis hari jadi penulis Farihah Iskandar@Kak Yayah. Di bawah ini adalah butiran acaranya.

Tarikh: 25 Mei 2008 (Ahad)
Masa: 2.30 petang - 4.30 petang
Tempat: MPH Alamanda, Putrajaya


Kepada sesiapa yang tidak dapat hadir tetapi mahu menyampaikan ucapan hari lahir kepada penulis Farihah Iskandar@Kak Yayah, sila ke blognya di >>SINI<<

Apalagi, mari serbu ramai-ramai!

Wassalam,
AinMaisarah

23 comments:

najwaamira said...

Saya pasti akn datang!!!Hehe..

najwaamira said...

Kak Ain ada di sana kan?InsyaAllah saya dtg..

Izzie Izzati said...

Assalammualaikum kepada Kak Ain dan kawan-kawan.

Akak,bagi saya sekotak tisu!
Huhu..saya tak dapat pergilah sebab ada kelas intensif untuk persediaan UPSR.Terlepas lagi peluang nak jumpa Kak Farihah dan Kak Ain.Cedey cangat ni..Akak...mana tisunyer?Keyboard dah basah ni sampai tak boleh nak taip dah.Semoga kita berjuma ya Kak AIn?
Akak,saya ada tulis entry baru yg bertajuk "Kenapa ni?".
Kalau nak baca,bacalah.Kalau tak nak,saya tak paksa.

~ati_misteri@yahoo.com.my~

sara imanina said...

Salam kak ain,

Sedaplah suara kak ain ( sara jujur tau ) ...
Alaa, sara tak pergilah. Kalau zati minta sekotak tisu, sara nak minta selori tisu. sobs..sobs..

kak ain doakan sara supaya sara dapat datang ek.
Doakan sara tau.. malah tau tiba-tiba boleh datang pula. AMIINN

Sara imanina said...

* manalah bukan malah tau ...

jangan lupa tau...

salam sedih,
~ Sara Imanina 2008 ~

hanis aqilah said...

Salam Kak Ain,

Sedap Kak Ain nyanyi,
Hanis x sure boleh pergi.
Cuz 28 Mei ni Hanis pergi vacation.
Insya-Allah,Hanis pujuk ibu 25 Mei ni Hanis boleh pergi jalan-jalan.
:)

SalamSayang,
HanisAqilah

farah said...

salam kak ain..
mak fara kate fara kene balik kmpung 25 haribulan tu.ala..tak dapat jumpa!! please buat hari lain.. waaaa

hayati said...

salam kak ain..

nad mau tanya, macam mana kak ain edit photo tu??
menarik...

salam ikhlas,
Nurhayati Nadhirah
a.k.a. meLUVe

cutegirl_balqis said...

Suara Kak Ain comel sangat !!
Saya suka dengar....

ainmaisarah said...

Salam Najwa,
Kak Ain ada di sana sebagai penulis jemputan. Datang jangan tak datang! :D

Dear izzie izzati,
Kak Ain kelam kabut nak mencarikan tisu. Masalahnya tisu di rumah Kak Ain dah habis semuanya! Ini kerja Cik Abang yang demam selsema minggu lepas. Oleh itu, terimalah huluran sapu tangan busuk dari Kak Ain. Heheh...Jangan sedih-sedih ye. UPSR itu lebih penting. Semoga tahun depan dapatlah kita berjumpa.

Dear Sara,
Suara Kak Ain sedap??
Heheh...sedaplah setaraf kartun Chipmunk. Kak Ain pun tumpang doakan Sara dapat pergi. Boleh ambil gambar sama-sama.

Dear Hanis,
Amboi! Sudah merancang nak melancong ye? Kali ini Hanis pergi ke mana pula? Cuti lepas ke Disneyland. Cuti kali ini kalau Hanis ke New York... maka samalah dengan cerita yang Kak Ain tulis sekarang. Tajuknya 'AKU MAHU KE NEW YORK' Kisah The Wannababes yang bercuti bersama-sama.

Dear Fara,
Memang tak boleh tukar hari lainlah, dear. Sebabnya hari lahir Kak Yayah 25 Mei. Jadi kita buat majlis sambutan pada hari yang sama.

Dear Nad@meluve,
Bab nak edit gambar kena tanya Cik Abang. Kak Ain hanya menyumbangkan suara di sebalik tabir pembikinan entri ini :D Heheheh.

Dear Balqis,
Kalau nak tahu, rakaman lagu itu dibuat sebanyak 20 kali! Asyik-asyik tergelak. Asyik-asyik ketawa. Akhir sekali, Kak Ain suruh Cik Abang keluar bilik dan Kak Ain rakam sendiri. Barulah menjadi.

Salam Hujung Minggu,
AinMaisarah

hanis aqilah said...

Salam Kak Ain,

Aku Mahu Ke New York?
Alahai,seronoknya.
Tak sabar lar nak baca nanti.

New York?Insya-Allah.
Kalau ada rezeki.
Kak Ain doakanlah ye.
Hanis x vacation sebenarnya.
Hanis pergi tempat beribadat,Makkah.
:)

Farihah Iskandar said...

Hi Ain,

Muah muah! Terima kasih kerana menyanyikan lagu yang cute tu.

Jumpa di Alamanda nanti ya!

:: Fatin Hanani :: said...

kak ain...
teramatlah sedap kak ain menyanyi..
fuh..kalah mawi.. =)

najwaamira said...

Comellah kak Ain nyanyi...:p

syiqynn//thepoison said...

salam kak ain..
suare kak ain merdu,lunak betull..comel sangat.
kak ain.saya nak tanya masa kat alamanda ada x sesi bergambar bersama 2 orang penulis yang amat saya minat tu..huhu..saya harap ada..harap sangat²..muah²

wassalam

ainmaisarah said...

Dear Hanis,
Alhamdulillah! Seronok Kak Ain apabila dengar Hanis nak menunaikan ibadah di Makkah! Sejuk hati. Bukan macam The Wannababes yang mengada-ngada nak ke New York tu! Harap Hanis doakan Kak Ain dipermudahkan siap menulis cerita baru ini secepat mungkin.

Dear Farihah Iskandar@Kak Yayah,
You are welcome! Maaflah suara macam kartun ketika menyanyikan lagu harijadi tu. Itupun setelah penat ketawa guling-guling. Heheh.
Apapun, paling penting ianya ingatan tulus yang lahir dari hati! :D Jumpa di Alamanda, InsyaAllah! (Ain boleh dapat door gift juga?? Heheh)

Fatin & Najwa Amira,
Kak Ain rasa suara Kak Ain memang akan jadi terlebih kecil bila masuk medium elektronik. Bila jumpa dan bercakap dengan Kak Ain ketika Pesta Buku dulu...suara Kak Ain bukan kartun sangat macam ni, kan?

Dear Syiqin,
Di Alamanda nanti, para pembaca adalah raja. Kak Yayah dan Kak Ain akan jadi penulis yang patuh. Rela dilakukan apa sahaja...Auuuwww! :D

Salam Sayang,
AinMaisarah

Syifa cute said...

akak ain..
comel gila suara...
walah!

::fatin:: said...

kartun ke???
mana adalah kak ain..
biasa jer..

syiqynn//thepoison said...

salam penulis yg comel.

kak ain saya pasti nanti ramai orang.
so,i'm afraid that maybe i don't have the opportunity to take pics with both of you.
chewahhh..speaking.tah betol tah salah.
saya dah promote acara ni kat semua kengkawan saya..hihi.

syiqynn//thepoison said...

kak ain..lupe nak tanya..nanti kak ain bawak x buku impiana2 ngan x bisa memilihmu..saya belum beli lagi.saya nak bli masa kat alamanda.mph almnda x slalu ade buku baru..yg lame je..huhu

:: Fatin Hanani :: said...

hah?!
biar betul kak ain..
di balik tabir nyanyian lagu ni kena buat smpai 20 kali???
fulamak! dashatnya...

Sara Imanina said...

salam kak ain,

20 kali? uishh... kak ain ni macam sara jer. nak menyanyi pon ketawa terguling-guling dulu.

berita sedih,

Sara balik kampung la kak ain. uwaaaaaaaaaa............
sobs...sobs... nak tisu lagi kak ain. sobs..sobss...

Anonymous said...

Kahkahkah.....!Lawaklah Kak Ain nyanyi....Sampai Adlina bole tiru suara Kak Ain........


Hehehehe......

Salam Sayang,
Adlina Hanisah


p/s:Kak Ain,nanti Kak Ain kirimkan Ucapan Happy Birthday DAri Adlina YER........