20 April 2008

Penghantaran Hadiah Aku Mahu Buli

Assalamualaikum,

Malam ini Kak Ain bergotong-royong dengan Cik Abang membungkus dan menulis kad-kad tahniah buat mereka yang telah memenangi peraduan Aku Mahu Buli.

Seperti yang sedia maklum, Nor Hazira telah memenangi peraduan ini. Surat Cik Adik Nor Hazira akan dimasukkan dalam buku IMPIANA III. Hadiah yang dimenangi adalah satu set minyak wangi dari The Body Shop. Baunya memang wangi. Untungnya Cik Hazira kita ni.



Tidak lupa juga hadiah juri khas yang dimenangi oleh Cik Adik Nur Amalina Farhana. Kak Ain sudah menyampaikan sendiri hadiah ini kepada Amalina kerana kebetulan berjumpa di Pesta Buku tempohari.


Kak Ain juga menyediakan 9 hadiah saguhati. Masing-masing akan mendapat 1 botol minyak wangi comel The Body Shop. Kak Ain ucapkan tahniah kepada yang adik-adik yang akan mendapat hadiah ini. Kak Ain telah menyediakan kad-kad yang cute untuk semua.


Kepada mereka yang telah menyertai pertandingan, Kak Ain ucapkan terima kasih kerana sudi bersusah payah menyertainya. Kak Ain akan simpan semua surat tersebut sebagai cenderahati dari adik-adik kepada Kak Ain. Itulah hadiah untuk Kak Ain pula.

Banyak lagi pertandingan yang akan dianjurkan pada masa hadapan. Oleh itu selalu-selalulah ke Rumah Pink Kak Ain ini.

Wasalam
AinMaisarah

7 comments:

nurul hidayah roslan said...

salam kk ain,

wow,lawanye winyak wangi tu!!!:)

-hanis ushy- said...

Salam,
Wah!Seronoknya!
Kak Ain,Hanis dah terima NovelComel dan Profail 6ixthSense.Best sangat!
Hanis menunggu buku Impiana III.

sayalah! said...

Salam Kak Ain, saya anggap hadiah ini sebagai hadiah ulang tahun saya yang ke-15 daripada Kak Ain. 1st May. (;

Thanks Kak Ain!

AinMaisarah said...

Salam Dayah,

Memang wangi semerbak baunya. Kak Ain harap semua suka wangiannya.

Kepada Hanis,
Esok Kak Ain poskan hadiah semua pemenang. Harap sabar menunggu. Hanis dah tunggu IMPIANA III? Kak Ain cadang nak hantar cerita hujung tahun 2008. Boleh sabar menunggu? :D

Kepada Hazira,
Harijadi Hazira 1 Mei? Nak Kak Ain poskan hadiah Hazira lambat-lambat supaya sampai tepat pada tarikh tersebut? Heheh... Itu bisa diatur!

Salam Lewat Malam,
AinMaisarah

MIRA said...

Bestnya hadiah tu..Exitednya nak dpt!!!Kalau kak Hazira birthday dia bulan 1 mei,saya pula 15 April.Jadi boleh dpt jugalah present birthday Mira!

Anonymous said...

bestnya hadiah-hadiah ni..
fatin ada masuk..
tp x dpt..
tapi x pe..
mungkin x ada rezeki..
=(

yang sedih..
fatin hanani..

AinMaisarah said...

Salam Mira,

Happy Belated Birthday to you!
Semoga menjadi anak yang solehah,
Dipanjangkan umur,
Dimurahkan rezeki,
Dan diberkati amalan.

Itu doa Kak Ain untuk Cik Adik Najwa Amira atau lebih senang dikenali sebagai Mira :-D

Kepada Fatin,
Memang ada bermacam hadiah kepada para pembaca novel AinMaisarah. Lepas ini jangan lepaskan peluang sertai ya!

Wassalam,
AinMaisarah