01 December 2007

AKU MAHU BULI ~ penghujung DIS 2007

Assalamualaikum adik-adik,

Hari ini Kak Ain ada sesuatu mahu dikongsi dengan adik-adik semua. Hanya pengunjung Rumah Pink AinMaisarah sahaja yang dapat melihat sneak preview novel terbaru Kak Ain bertajuk AKU MAHU BULI yang akan berada di pasaran DIS 2007.

Inilah kulit bukunya. Cantik tak? Memang berbeza dan nampak ganas sikit dari kulit-kulit buku sebelumnya yang asyik-asyik warna merah jambu.


Ini pula salah satu ilustrasi dalam buku tersebut.



Dalam gambar di atas adalah enam gadis ahli kumpulan The Wannababes. Mmh...mana lagi seorang? Mana Diana? Yang terlantar atas katil itu pula Mimi Monira. Sesiapa yang sudah baca IMPIANA, mesti dapatkan AKU MAHU BULI. Barulah tahu kisah asal-usul Mimi Monira. Siapa yang sebenarnya dibuli? Kenapa pembulian itu berlaku? Adik-adik nak tahu jawapannya... mesti dapatkan AKU MAHU BULI!

Gambar di bawah ini juga salah satu insiden yang berlaku. Gadis berambut kerinting yang interframe di sisi adalah Sazzy. Yang ketawa terbahak-bahak tak ingat dunia itu pula si kacak Fahrin.


Itulah antara ilustrasi yang bakal diselitkan dalam buku terbaru Kak Ain. Kak Ain juga sudah bersiap-sedia membeli hadiah peraduan AKU MAHU BULI. Hadiahnya akan kekal misteri sehinggalah buku itu berada di pasaran hujung Disember 2007 nanti. Tetapi untuk adik-adik pengunjung setia Rumah Pink AinMaisarah, Kak Ain beri klue sedikit tentang hadiah yang menunggu adik-adik.


Setakat ini dahulu,
Salam Sayang,
AinMaisarah

19 comments:

Syifa said...

walah..huhu aku mahu buli..cantik kover dia...saya suka............hehehe...lawa sesangat...makin banyak akak buat buku......raseyer tambah buku ni + imipiana+aku mahu popular+saiz s=4 buah buuku...fuyooooooooooo

Anonymous said...

Salam Syifa_Cute,

Orang pertama yang komen di sini yer.

Kak Ain selalu juga pergi blog Syifa, sekarang ni ada banyak gambar. Baguslah ada improvement.

Nasihat Kak Ain, cuba cari tema bagi blog Syifa tu. Tema tentang hobi, tentang kucing, atau tentang apa sahaja yang Syifa suka.

Tulislah mengenai tema tersebut dengan lebih mendalam. Jadi rakan-rakan semua akan selalu datang ke blog kita kerana mereka tahu blog syifa akan bercakap mengenai tema tersebut.

Terima kasih kerana selalu datang ke blog KaKAin.

Syifa jangan lupa masuk peraduan Aku Mahu Buli.

ws
AinMaisarah

Anonymous said...

salam kak ain...hadiahnye perfume ke?..sbb kat body shop beli...ke lotion2.hu3...

Anonymous said...

Solehah,

Boleh teka-teka sebelum Kak Ain tunjukkan hadiahnya.

Oleh kerana beg tu brand BodyShop, jadi janganlah teka Teddybear pulak.. hehehe

ws
AinMaisarah

Syifa said...

ok bos!!!thanks 4 nasihat..i wiil do..visit my blog ok??

Syifa said...

kak ain..lupa pulak..g blog saya..komeng sikit..hav change

NA. said...

as'salamualaikum w.b.t kak ain^^
kwn saya tu..nak beli 2 buah buku je..^^
saya beli buku dari kak ain..3 buah je..=D =D
klu mcm tu..blh dpt hadiah ke??
insya-Allah buka skola nanti..saya akan tlng promote buku2 kak ain..^_^
sebelum nii...ramai kwn2 saya beratur nak pinjam buku 'Aku Mahu Popular'..'Aku Mahu Saiz S'..dgn 'Impiana'...^_^

Lucca D Jiwa said...

salam perkenalan,
saje je jenguk blog saudari ni... dapat url dari katalog popular...

Anonymous said...

Hai kak Ain.Lama x sembang ngan kak Ain..Aku mahu buli tu date dia berapa haribulan december ya??Anyway datanglah blog saya selalu tau..

Anonymous said...

Anyway Selamat Maju Jaya nad Selamat Tahun Baru...hahah sayang kak Ain...

Anonymous said...

Lucca D Jiwa,

Selamat datang, KakAin pun belum baca lagi buku popular tu. Kalau ada lebih 1 copy bolehlah bagi satu kat KakAin.

Syifa,

Blog dah ada tema, apa peningkatan. Good work.

Cicakgirl,

Boleh aja kalau mau beli banyak2, Cicakgirl ni duduk di mana di sekitar KL ke? Kalau betul nak beli banyak, KakAin boleh pujuk Cik Abang pergi hantar ke sekolah.

Najwa Amira,

Memang lama tak ke rumah KakAin, ke mana menghilang, sibuk update blog ke Najwa?

Okay semua, tarikh buku di pasaran belum tahu lagi, tapi mengikut kata editor PTS, hujung bulan 12 ataupun awal tahun 2008.

ws
AinMaisarah

NA. said...

salam kak ain...^^
kak ain ingat x lg ade org yg nama nor aminah ade beli buku dari kak ain sebelum nii??=D
tu saya la..hihihih=)

MIRA said...

Sebenarnya saya pergi Kem Smart Solat Dan Motivasi Anak Soleh..Actually,saya selalu dtg blog kak Ain cuma mesej saya x nampak je...

-hanis ushy- said...

memang ganas lar cover dier!
good improvement yer Kak Ain.

Tapi,Hanis nk cmmnt jer.Tulisan AinMaisarah di tepi buku tu kurang menarik.Bagi pendapat Hanis lar.Maaf yer.Mungkin Kak Ain leh pertimbangkan ker?
;)

Anonymous said...

halu k.ain..wow..ganas giler..ni mcm nak buli giler2 nie..akk dpt ilham dr maner ni?msti akk pernah buli org kan?hehe..gurau jek..jgn kecik ati ek?nanti x leh hidup..skali gus x leh nk wat buku..kang kmpunan fan akk include me!!wahwahwah..

p/s:wat buku byk2 tau?nk wat koleksi la..ader x org tmpah kt akk buku2 akk 4 ltk dlm library?

Anonymous said...

kak Ain...
novel impiana best sgt...
aku mahu buli tu sambungan nya ye??
kesian fahrin n farah...baby diaorang dah nak lahir dah...
kejem nye syarikat impiana...

Anonymous said...

najwaamira,

Kongsilah cerita pergi ke smart solat camp tu. Boleh la KakAin kongsi dengan adik-adik yang lain.

-hanis ushy-

KakAin setuju dengan komen tu, dah bagitahu editor KakAin, harapnya mereka tukar tulisan tu sama seperti cover AKU MAHU SAIZ S.

Aini,

KakAin tak pernah kena buli, tapi banyak juga dengar cerita dari Cik Abang mengenai buli-buli ni kebanyakan berlaku di asrama budak lelaki.

Farahaireen,

Aku Mahu Buli adalah cerita sebelum Impiana. Cerita selepas Impiana adalah IMPIANA II. Jadi kena dapatkan ketiga-tiga buku ni untuk tahu kesudahan Fahrin, Ina dan the rest of the Wannababes gang.

IMPIANA II ada Fasha, jeng jeng jeng.. sapa pun tak tahu apa yang berlaku kepada Fasha, ketua Wannababes tu, jadi kalau mahu tahu. Dapatkan Impiana II hanya di PESTA BUKU ANTARABANGSA 2008, bulan April.

wasalam
AinMaisarah

Anonymous said...

halu k.ain..betul ker kena beli buku IMPIANA 2 kat pesta buku jer?ala..kalo kte x dpt pegi cam ner?kat umah pink x der ker??

yang kempunan,
akk tau saper..coz ader namer..hehe..

Anonymous said...

kak ain...
novel aku mahu buli keluar bila????
sy cari kat kedai xjumpa2 pun...
naik stress sy..
hehe..