30 November 2007

AKU MAHU BERTAPA

Assalamualaikum adik-adik,

Lama Kak Ain menghilang. Sebenarnya Kak Ain bertapa. Tidak ke Mid Valley. KLCC pun tak jejak. Pavillion jauh sekali. Asyik-asyik duduk menghadap komputer dan melihat skrin dan mencipta ayat dan berpinar mata.

Itulah yang Kak Ain alami sepanjang bulan ini. Ini kerana Kak Ain perlu menyiapkan dua manuskrip. Diulang sekali lagi ~ DUA MANUSKRIP! Satu adalah AKU MAHU TEMAN TAPI MESRA untuk PTSOne. Manuskrip kedua adalah buku IMPIANA II untuk PTSSyok. Kenapa Kak Ain sakit kepala nak siapkan dua manuskrip serentak? Ini kerana mahu mengejar dateline yang sudah ditetapkan bagi memastikan dua buku itu diterbitkan pada bulan Mac 2008, ketika Pesta Buku, InsyaAllah.

Sudahlah minggu hadapan Kak Ain akan ke Singapura. Jadi kerja-kerja menulis tentu tertangguh lagi. Itulah sebabnya Kak Ain perlu lipatgandakan usaha menulis sekurang-kurangnya 20-30 muka surat sehari demi menyiapkan cerita untuk adik-adik. Sampaikan hadiah 10 pemenang peraduan AKU MAHU SAIZ S pun baru sahaja Kak Ain poskan semalam kepada semua pemenang. Kak Ain minta maaf banyak-banyak kerana terlewat menghantar hadiah adik-adik semua.

Jadi sekiranya AinMaisarah senyap senyi tanpa berita, harap adik-adik dapat memahami situasi yang melanda.

Tengoklah sendiri buktinya. Gambar kali ini... Kak Ain tunjuk mata tapi tutup mulut pula.


Mata memanglah tersangat bengkak tak cukup tidur. Muka naik 3 biji jerawat sekaligus sebab stress melampau. Kasihan tak pada Kak Ain? Kalau adik-adik kasihan, doakanlah Kak Ain dapat siapkan cerita dengan tangkas lagi perkasa. Amin.

Wassalam,
AinMaisarah

6 comments:

Syifa cute said...

jgn tesen erk....sy harap akak dapat siapkan secepat mungkin...sy doakan akak sentiasa sihat.......

iLa said...

sian sian...
x pe...nanti ade gak yang masuk kan?

AinMaisarah said...

Salam,

Kak Ain tak tension-lah. Cuma terlalu banyak benda nak buat dalam satu masa.

Memang kasihan, tetapi kalau kita mahukan sesuatu, kenalah berusaha betul tak?

Terima kasih atas doa-doa kalian.

Yang Sibuk Menulis,
AinMaisarah

ila said...

chewa...cam nak lawan blek lak...
hakhak

nur zaidahtul aliah said...

a'kum k.ain...x jwb salam berdoseeee...k.ain sihat ker???k.ain,sye nk no. phone k.ain leh tak???sye nk sbb sng nk wat pesannan buku...

p/s:ok lah bye...malas nk ckp bebanyak coz k.ain kn bz...........

aini said...

halu k.ain..wah kagum betul la ngan akk..snggup mnghadapi tension n beusaha semata2 nak siap kan buku2 tu..

GOOD!!sikap itu la yg ptt dicontohi...kan??kan??kan??akk dari U aper ye??