14 November 2007

Senarai Pemenang Peraduan Bergambar AKU MAHU SAIZ S

Assalamualaikum adik-adik,

Seperti yang dijanjikan, entri kali ini Kak Ain nak umumkan pemenang PERADUAN BERGAMBAR KREATIF BERSAMA BUKU 'AKU MAHU SAIZ S'

Tiga hari tiga malam Kak Ain menilai. Kak Ain juga telah meminta pendapat 3 orang juri bebas lagi profesional bagi menentukan senarai 10 pemenang. Setelah kata sepakat dicapai, inilah dia keputusan muktamad lagi mutakhir dari AinMaisarah.

HADIAH UTAMA jatuh kepada:

Adik Hanis Solehah.

9 HADIAH SAGUHATI jatuh kepada:

Adik Wafa
Adik Intan
Adik Shafizah
Adik Nurul Maizura
Adik Umi Qistina
Adik Sharifah Nabila
Adik Aminah (amie)
Adik Irdayu Maslina
dan
Adik Nur Aisyah

Kesemua nama di atas akan menerima email pemberitahuan daripada Kak Ain. Hadiah yang dijanjikan akan dipos ke rumah adik-adik. Inilah hadiah yang akan diterima oleh adik-adik yang bertuah,

~HADIAH UTAMA~


~9 HADIAH SAGUHATI~


Kepada yang sudah menghantar penyertaan tetapi kurang bernasib baik, jangan gusar dan jangan risau. Banyak lagi peraduan yang akan Kak Ain anjurkan. Peraduan yang paling hebat hadiahnya adalah peraduan AKU MAHU BULI. Jangan ketinggalan dapatkan buku AKU MAHU BULI yang akan berada di pasaran Disember ini.

Tahniah sekali lagi kepada pemenang-pemenang.

Adik-adik yang tak sempat nak masuk dan tak berpeluang nak menang, jangan lupa masuk peraduan seterusnya. Jangan putus asa dan teruskan mencuba.

Sampai Jumpa Lagi,
Selamat Malam,
AinMaisarah

4 comments:

gbaiduri said...

Mengapa tak paparkan gambar-gambar pemenang ?

NA. said...

as'salamualaikum w.b.t kak ain..

apa kabar??
kak ain..saya nak beli buku dr kak ain untuk kawan saya boleh x??
da lama dia menunggu..sbb nak dptkan novel comel kak ain skli...

Anonymous said...

salam kak ain...kak ain ade kuarge kat johor ek? tp kat daerah mane? klu saye dok kat jb...ade kampung kat muar...

Anonymous said...

gbaiduri,

Gambar pemenang utama pernah KakAin paparkan, tetapi pemilik gambar tak mahukan gambarnya di paparkan.

Ada 2-3 orang adik-adik pula menghantar gambar peibadi tanpa bertudung, jadi KakAin mengambil keputusan untuk tidak menyiarkan.

Sekiranya Cik Abang boleh editkan gambar tersebut, mungkin boleh siarkan.

Cicakgirls,

Nak beli untuk kawan mestilah boleh.. KakAin akan bagi hadiah kalau Cik Adik Cicak boleh beli 5 buku ke atas. Haa.. promotelah kepada rakan-rakan sekarang.

Solehah k,

Kak Ain ada keluarga di Senai Johor. Orang sebandar lah kita ni... selamat berkenalan.

wasalam
AinMaisarah