18 September 2007

BUKU TERBARU AINMAISARAH

Salam Mubarak buat semua pengunjung ~Rumah Pink~ Kak Ain.

Macam mana dengan puasa adik-adik semua? Harap puasa penuh, solat terawih dan jangan lupa pertingkatkan amalan kerohanian sempena bulan mulia ini.

Bulan mulia ini juga sepatutnya buku ketiga Kak Ain bertajuk IMPIANA sudah berada di pasaran. Tapi oleh kerana kulit buku IMPIANA memaparkan imej The Wannababes yang tak bertudung dan mungkin memberi kesan negatif kepada pembaca, maka pihak atasan PTS sudah mengarahkan kulit buku itu ditukar. Sekarang dalam proses merekabentuk semula kulit buku baru. Sedih sangat Kak Ain! :(


Jadi IMPIANA hanya akan berada di kedai-kedai buku paling cepat bulan hadapan. Namun Kak Ain berjaya juga dapatkan 10 buah buku salinan penulis IMPIANA. 10 buku ini hanya untuk pembaca yang membeli terus buku dari Kak Ain. Kak Ain akan tandatangan secara eksklusif, juga dapat NOVEL COMEL secara percuma.

Kalau tak beli dari Kak Ain, kenalah tunggu sebulan lagi baru boleh dapatkan buku IMPIANA di kedai-kedai buku.

Ini pula buku REMAJA@PTSONE. Juga panas-panas lagi macam pisang goreng panas! Baru sahaja Kak Ain ambil hari ini dari stor buku PTS. Buku ini mengandungi kompilasi 24 cerpen juga 6 komik dari penulis-penulis novel PTSOne. Antaranya cerpen Kak Ain sendiri bertajuk AKU MAHU BALIK RAYA.


Apa lagi yang istimewa? Adik-adik akan dapat bonus percuma 2 kad raya PTSONE,


Juga istimewa lukisan karikatur semua penulis-penulis PTSONE. Gambar karikatur Kak Ain pun ada tau! Kartun karikatur Kak Ain kali ini tak ada topeng Zorro, jadi adik-adik dapatlah tengok mata Kak Ain (walaupun secara lukisan kartun) Jadi harapnya gosip-gosip liar yang melanda mata Kak Ain akan terjawab dengan gambar ini :p


Kepada adik Hanis, adik Aminah, adik Najwa, adik Ezadatul, adik NurFarihah, adik Wafa dan adik Rieta....Kak Ain akan usahakan untuk menghantar buku yang dipesan secepat mungkin. Adik-adik semua sabar menunggu ya! Kak Ain akan hantar email kepada semua tentang jumlah pembayaran.

Selamat Berpuasa
&
Salam Sayang,
AinMaisarah

7 comments:

Anonymous said...

kak Ain..biler buku ImpianaIII nak dipasarkan??saya dah lama menunggu!!

Unknown said...

assalamualaikum,kak ain.impiana3 gana kulit buku dia?teringin sungguh saya mahu tengok.

Anonymous said...

salam kak ain..
saya membuat pilihan yang ke-dua..dan
harga nyer saya ambek A...sebab ayah saya membenarkan saya membeli novel PTS RM20.00 ke bawah.


salam sayang,
paris hilton

✦ MiaRith ✦ said...

bagusnya dah dapat bace buku kak ain....kalo bukan impiana ape lagi...nanti kak ain bace kalo buku saye diterbitkan....jike berjaye...baru tulis 29 muke surat...

✦ MiaRith ✦ said...

bagusnya dah dapat bace buku kak ain....kalo bukan impiana ape lagi...nanti kak ain bace kalo buku saye diterbitkan....jike berjaye...baru tulis 29 muke surat...

ElyMiaSarah said...

Assalamualaikum,Kak Ain..Kak Ain buat la novel baru yang lebih SYOK ! Best la novel yang kak buat..Kak Ain buat novel yang macam Impiana jugak. TQ ! :)

ElyMiaSarah said...

Assalamaalaikum,Kak Ain.........Saya suka sangat buku yang Kak Ain tulis lebih-lebih lagi buku Impiana.Cerita tu sangat menarik.Nanti bila buku saya diterbitkan Kak Ain kena baca ok?????x tau lah berjaya tak.Dalam proses.........