24 August 2007

PERADUAN AKU MAHU SAIZ S

Assalamualaikum adik-adik comel semua,

Terima kasihlah sebab sudi menunggu. Kak Ain di JB...sibuk sangat melayan anak-anak saudara. Tu yang terlewat sikit. Maaf ye!

Bagi peraduan AKU MAHU SAIZ S kali ini, Kak Ain nak buat kelainan. Oleh kerana Kak Ain teringin nak berkenalan dengan adik-adik yang hanya Kak Ain tahu nama tapi tak pernah bersua muka...jadi Kak Ain akan adakan peraduan bergambar.

Bergambar? Bergambar macam mana?

Bergambar macam inilah!! ~contoh sahaja ye!~


PERADUAN BERGAMBAR KREATIF BERSAMA BUKU AKU MAHU SAIZ S akan bermula dari 24 Ogos 2007 hingga 24 Oktober 2007. Kak Ain beri masa dua bulan untuk membolehkan adik-adik yang nak UPSR sertai juga pertandingan ini. 10 pemenang yang menghantar gambar paling kreatif dan unik akan menerima hadiah.

Jadi apa tunggu lagi, gambar adik-adik bolehlah dihantar kepada:

~ EMAIL:
maisarah_ain@yahoo.com

~ POS KE ALAMAT :
AinMaisarah
Metadome Sdn Bhd,
Suite 3B-18-6, Level 18,
Plaza Sentral,
KL Sentral 50470, KL

Kak Ain tak sabar nak tengok gambar adik-adik comel semua! Harapnya dengan cara ini Kak Ain akan dapat berkenalan dengan adik-adik secara lebih dekat lagi.

Sampai jumpa lagi,
AinMaisarah

20 comments:

iLa said...

tu pic sis ain ker?
cun gak,,
huhuhu

iLa

Nor said...

wauww !! kak ain skrg dah jd 'Zorro' la..=)

tahniah kpd kak ain sbb berjaya menghasilkan sebuah lagi karya yg begitu bermutu..

Harap kak ain akan terus berkarya..

caiyok..caiyok..=)

-aminah-=)

ainmaisarah said...

dear iLa,

itu mmg pic Kak Ain...ada lagi entri-entri sebelum ni Kak Ain letak gambar di Singapura, dengan Sha Bon Bon (teddybear Kak Ain) dan gambar di hospital Jakarta.

Check it out yer.

Kak Ain ni taklah cun...tapi manis tu adalah! :-) setiap orang bila dihiasi dengan senyuman budi pekerti, InsyaAllah akan terpamer kemanisannya.

Kepada adik nor@aminah@'amie' (betul ke Kak Ain teka ni?)

Kak Ain memang jadi Zorro bila di website...nak kekalkan nampak misteri :-) Kalau adik-adik nak kenal Kak Ain yang sebenar, kena jumpa di Pesta Buku!

Terima kasih Kak Ain ucapkan sebab sentiasa sokong Kak Ain. InsyaAllah buku ke-3 IMPIANA dan buku ke-4 AKU MAHU BULI akan menyusul tak lama lagi.

Ok ye adik-adik..take care!
AinMaisarah

iLa said...

yang tu kureng jelas sket,,,,
yg nie nampak lebih dekat lagi;>
sis ade messenger x?
teringin nak chatting ngan sis ain

iLa

~Sha~ said...

"aku mahu saiz S"??..thats sound like me..hehehehe..congratulation dear..taknak bagi satu copy utk akak baca ke?bagi pree la kasik sign skali ye..hahaha
-=kak Sha@Smartgurl=-

Kak Sha said...

and by the way ILA , she's not just CUN..she's the CUN nest ( sorry broken english jap ) girl in the whole world..ehehe

ainmaisarah said...

kepada ila,

Kak Ain ada YM, tapi amatlah jarang-jarang dan kadang-kadang sangat nak online. Keje byk sgtlah sayang,

walaubagaimanapun, Kak Ain akan selalu jenguk ~rumah pink~ Kak Ain dan selalu juga berbual di ruangan Mari Gossip-Gossip...kalau ada hal penting blh email Kak Ain ye di maisarah_ain@yahoo.com

ok yer dik...Kak Ain nak sambung buat kerja..take care!

ainmaisarah said...

KAK SHA! :p

i miss you...i miss you...i miss you!!

amboi, puja-puji ni ada ape2 ke?? :P

anyway, Alhamdulillah buku ke-3 dan ke-4 pun on the way. Doakanlah Ain terus rajin nak menulis. Ini pun selalu kena gertak dengan rotan..barulah siap satu buku :p

Kak Sha? Bila kita nak jumpa?

Sayang Akak,
AinMaisarah@ain_82

Kak Sha said...

Its not just "puja-puji" u know, u deserved those puja puji..I think u r such a talented writer,cuma nya I'm expecting something more serious..like "impiana" maybe??hehe..Dj said they'll be out around september?hope so..can't wait..tapi mcm nak baca gak "aku mahu saiz S" ni ..even the genre is "malay children reading"..hehe..

elisa said...

kak ain punyer buku smua best gilerr taw kwn sayerr smua minat ngan penulis mcm kak ain....hhhrrrmmmm pic kak ain ttp maintain cunnnn...!!!!

inah_cool said...

kak ain tulis tips untuk jd novelis mcm kak ain...saya nak jadi novelis bila besar nanti laa...kak ain bagi doronganlaa....blehkan???

Siti Nur Farah said...

Hi.Kak Ain.....

Sume buku Kak Ain best2 giler...
Insyallah saya akan beli sume buku karya Kak Ain.Kak Ain jangan luper balas email saya ye...

BaJiEyLaH said...

knape kak ain suka sembunyikan wajah sebenar kak ain?
tringin gak nak tengok wajah cun kak ain tuh...

AinMaisarah said...

Elisa,

Kak Ain maintain cun? Huhuhu.. ini puji nak dapat buku FREE ke ni?
Terima kasih atas doa tu.

Inah_cool,

Nak jadi penulis ke? Bagus tu Ina, sambil duduk di rumah, kurang tekanan kerja, tapi dapat gaji dari royalti setahun sekali. Jadi kena pandai berjimat.

Nanti KakAin kongsi sikit tip untuk jadi penulis.

Siti Nur Farah,

KakAin dah hantar email ke belum? Buku apa yang paling best dan kenapa ianya best? haaa.. boleh jawab tak?

Bajielah,

KakAin tak sembunyilah, KakAin memang suka jadi macam Zorro. Jadi kalau nak jumpa KakAin kena pergi ke Pesta Buku Antarabangsa.. setahun sekali je dapat jumpa. Bulan April nanti tau.

ws
AinMaisarah

ferra_gurl said...

bestnya novel aku mahu saiz s...
saya dah baca sampai 3 kali pun xbosan2..
lagipun novel ni fun....
xboring baca....
keep it up kak ain...

sarah said...

hai kak ain !!

teringin gak nak beli bku dr kak ain...
sbb try cube bli kt bookstore mcm popular tu..
smuanye habis...

tp nnti nak bayar mcm mane ??

bayarannye same x dgn beli kt mane2 bookstore yg lain ??

anyway.. sdh beli dh bku impiana..
mmg best habis lah..
x sabar nak tunggu "aku mahu buli"...

sara..

lieya:) said...

hai kak ain..
i'm ur #1 fan!:)

sy suke sgt buku kak ain.best2 citenye..pandaila kak ain tulis..:)
kak ain,
sy nk tny sesuatu boley?:)

nnt sy kne ikot mak sy keje kt uk,
for 3 years.sy xnk terlepas setiap novel kak ain yg mmg best gile uh.so cmne sy nk dpt novel kak ain nnt?sy pegi dlm 12 jan ni..
buku2 kak ain boley beli online ark?

AinMaisarah said...

Salam,

Ramai yang bertanyakan mengenai harga buku Kak Ain. Kak Ain menjual dengan harga buku yang sama seperti di kedai-kedai. Kelebihan membeli terus dari Kak Ain :

Anda mendapat Tandatangan dan chop eksklusive.

dan

Anda mendapat 1 novelcomel percuma. Bernilai RM5.

Jika hendak membeli dari Kak Ain, hantarkan emel kepada Kak Ain di :

maisarah_ain@yahoo.com

ataupun hantarkan surat kepada :

AinMaisarah
Metadome Sdn Bhd,
Suite 9-1, 9th Floor,
Wisma UOA II,
21 Jalan Pinang,
50450 Kuala Lumpur

intan said...

haluu kak ain...cun jugak kak ain..saya dah ada 2 buah buku kak ain..insyaallah..saya akan beli bnyk2 lagi

intan said...

kak ain nak tahu x...ramai kwn2 saya beli buku kak ain...saya dgn kwn2 saya adlh peminat setia kak ain tau.saya sukeee..... sangatttt bace buku kak ain..sumenye syokkk sangattt.........