31 August 2007

CORETAN MERDEKA!

Assalamualaikum adik-adik...

Lama rasanya Kak Ain tak tulis sebarang entri. Sibuk melayan email dan pertanyaan adik-adik di YahooMail. Ada yang bertanya bagaimana gaya bergambar yang sesuai untuk sertai peraduan buku AKU MAHU SAIZ S. Satu contoh Kak Ain dah tunjuk iaitu gambar Kak Ain sendiri. Satu lagi contoh yang kreatif adalah gambar di bawah ini (dihantar oleh adik amie)


Adik Amie & kawan-kawannya patut selitkan buku AKU MAHU SAIZ S dalam gambar ni.. :p kalau ada buku AKU MAHU SAIZ S sahaja, Kak Ain dah kira sebagai satu penyertaan.

Jadi kepada adik-adik lain yang tak tahu cara upload gambar dari kamera digital, tak tahu cara buat attachment fail gambar ke email dan tak tahu cara nak berteknologi...inilah masanya belajar dari abang, kakak atau kawan-kawan di www.ainmaisarah.com yang lebih tahu. Kak Ain galakkan adik-adik hantar gambar melalui email. Ini masanya nak jadikan adik-adik lebih cerdik IT. Contoh yang bagus ialah adik amie (hantar gambar melalui email), adik najwa amira (buat CBOX sendiri walaupun umur baru 10 tahun), adik syifa (cantik blog banyak gambar) dan adik iman (ada blog yang sentiasa dikemaskini)

Sekarang ni Kak Ain sibuk siapkan cerita AKU MAHU BULI. Walaupun rasa nak terpeleot urat-urat otak nak siapkan cerita ni…tapi Kak Ain kuatkan juga semangat (tambahan pula cik abang asyik pegang rotan, takutlah!) Harapnya buku ini akan keluar mengikut jadual iaitu bulan Disember 2007.

Ingat lagi tak Kak Ain ada beritahu Kak Ain ada menulis cerpen AKU MAHU BALIK RAYA? Kompilasi cerpen raya PTSOne dah nak keluar di pasaran InsyaAllah pada 7 September 2007. Di bawah ini kulit bukunya. Tajuknya REMAJA@PTSONE


Adik-adik jangan lupa dapatkan ye…ada cerpen Kak Farihah (penulis buku Dear Yayah) ada juga coretan Kak Aizam (penulis buku My Hero & My Angel) ada pengalaman Aliff OIAM (penulis buku Bagai Sejuta) dan banyak lagi cerpen-cerpen best!

Sampai jumpa lagi adik-adik, Salam Merdeka!
AinMaisarah

10 comments:

iLa said...

macam pernah ku lihat tapi di mana ya?

iLa

ainmaisarah said...

siapa yg ila maksudkan dgn...
'macam pernah ku lihat tapi di mana ya'?

bukunya kah? ...atau orangnya kah?

:p

iLa said...

buku la sis....
huhuhu
saye klik kat arkib tu le...
saye tengok mane buke novel remaja baru....
last last sesat and jumpe la pic tu....
klu orang nye...
sis ain buang la jauh jauh topeng yang tutup mate sis ain tu...
nak tengok mate sis tu lawa ke cun..
ade gaye doremon ker...
spongebob ke...
huhuhu

iLa

ainmaisarah said...

dear ila...

:p permintaan ila yang ini Kak Ain tak boleh nak tunaikanlah...soo sorry ye!

ini imej Kak Ain dalam website :p nak kekalkan misteri nusantara!

nak tengok orangnya kena jumpa di Pesta Buku!

:P

~iLa~ said...

ok lah sis..
saye hormati keputusan sis ain tu..
pesta buke kat mane ek?
saye kat kamunting nie...
teringin nak tengok sis x de pakai topeng purple tu...
klu ade jodoh kite bertemu gak ek..

~iLa~

ila said...

sis ain...
bleh tanye sket x?
cik abang tu sape?
bf(boy fren) ke bf(bes fren)?
ke b(bos)?
perkenal kan la kat rumah pink sis ain tu...
taruh la pic die...
huhuhuhu
;p

~iLa~

SYIFACUTE said...

hai kak ain..buat cerita aku mahu buli erk..kak ain gud luck!!kalo buntu dah tak taw nk ltk nm sapa ltkla nm saya..hehehe

Siti said...

kak ain,Bestlah cerita aku mahu saiz s. Buatlah lagi cerita macam tu. Best. Biler saya baca "aku mahu saiz s" maser first2. Macam dapat je sayer lepaskan geram dekat budak2 gedik dekat kelas sayer. Ok Bye2

ainmaisarah said...

dear adik siti,

Kak Ain mmg byk perancangan nak tulis mcm-mcm siri lagi untuk buku AKU MAHU.

AKU MAHU BERCINTA, AKU MAHU JADI ROMEO, AKU MAHU BERTUDUNG...adoi...banyak sangat yang Kak Ain nak buat!

InsyaAllah, Kak Ain akan paksa diri untuk rajin-rajin menulis. Adik-adik pun kenalah terus beri semangat pada Kak Ain ye!

Kepada Adik Syifa,
Adik Syifa nak jadi watak baik atau watak jahat dalam cerita Kak Ain? :)

farrah said...

hye k.ain...sy neyh org bru kt cneyh...so neyh firts cment sy hntar...dh byk bku yg k.ain tls sy dh bc..tmbh2 aku mhu popular n aku mahu size s..bezt gyler....nk tny ckit r..asal suma bku k.ain start "aku mahu"jer ek????trademark ker????cmna nk msk sma prtndgn r???sy tgk hdiah dia sma bezt2....