04 May 2012

Pesta Buku Antarabangsa PWTC 2012 - Tinggal 3 Hari Lagi!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alahai! Blog ini tiada entri baru sepanjang lima bulan! =(

Kak Ain mahu minta maaf pun, sudah terlewat. Kak Ain mahu minta ampun, pasti sudah tidak dilayan. Huhuhuh! Memang teruk sangat!

Kak Ain sebenarnya terlalu sibuk dengan produksi buku-buku Blink Book Sdn. Bhd.

Bermula tahun 2012, Kak Ain perlu menukar kaver dan mengemaskini konten TUJUH buku-buku Aku Mahu. Inilah hasilnya!




Pada masa yang sama, Kak Ain mengejar produksi ENAM buku-buku baru Blink Book yang disasarkan dijual di Pesta Buku Antarabangsa PWTC.




ALHAMDULILLAH, semua kerja dapat diselesaikan dan semua buku dapat disiapkan mengikut ketetapan masa yang diberikan.

Dan semua buku ini boleh didapati di Kedai Pink AinMaisarah ketika Pesta Buku PWTC yang sedang berlangsung 27 April 2012 hingga 6 Mei 2012. Malah ketika Kak Ain menaip entri ini, Kak Ain sedang berkampung di PWTC menjaga gerai paling 'pink' dan paling 'gedik' di Pesta Buku! ^____^




Kepada pembaca yang mahu bertemu dengan Kak Ain, sila hafal peta ke Kedai Pink AinMaisarah ya!
Kami berada di gerai bernombor L12 dan L13 di ruang legar PWTC sepanjang Pesta Buku ini. 

Sekiranya mahu mencari Kedai Pink, ia berhadapan dengan Restoran Riverside dan Pejabat Pos. Ia juga selaras dengan pentas utama. Jadi tidak perlu naik lif, naik tangga bergerak atau masuk ke dewan kerana gerai Kak Ain berlokasi di Ruang Legar PWTC (ground floor)




Apa yang paling menarik adalah pada tahun ini, Kak Ain memberikan beg troli yang eksklusif kepada pembaca yang memberi pakej buku-buku baru AinMaisarah. Jadi boleh bawa troli dan tidaklah berat-berat menggalas buku ya!




Inilah pakej lengkap buku-buku terbaru AinMaisarah. Hanya boleh didapati di Kedai Pink AinMaisarah sahaja!



Ada enam novelcomel paling terbaru, button badge terbaru, poster, buku nota dan penanda buku. Paling penting mesti dapatkan buku-buku terbaru:

1) Siri Superhero, Hero Takut Zombi
2) Lawak Sekolah
3) Alakudin dan Lampu Tidak Ajaib
4) SenahWhite dan Wannababes Kerdil
5) Aku Mahu Cincin di Jari
6) Aku Mahu Bunga di Hati




Tahun ini, paling seronok kerana karektor-karektor dalam buku AinMaisarah juga dihidupkan dan direalisasikan. Para pembaca boleh bertemu Gadis Bintang, Super 3G dan Mat Blink. Wah! Memang meriah!



Jadi jangan lepaskan peluang ini, jumpa Kak Ain dan lawatlah Kedai Pink AinMaisarah di Pesta Buku PWTC. Ada tiga hari sahaja lagi!

4 Mei 2012 ( Jumaat)
5 Mei 2012 (Sabtu)
6 Mei 2012 (Ahad)

Kak Ain menunggu di gerai, pukul 9.00 pagi hingga 9.00 malam! Mari kita meriahkan bersama!


Jumpa di sana ya!

Salam Sayang,
AinMaisarah
www.facebook.com/ainmaisarah.novelis

25 comments:

Aina Basyirah said...

Wah! Kak Ain, bolehkah saya bertanya? Di manakah saya perlu membeli pakej RM150 secara online? Saya tidak dapat ke pesta buku. Terima kasih.

unknown said...

Saya dah jumpa dah K.Ain ! happy sangat

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Terima kasih atas ingatan Kak Ain pada Fiezah dan layanan mesra Kak Ain... Tak sangka Kak Ain masih ingat Fiezah :)6 novel tu(tapi novel-novel kecil dah habis baca) Fiezah belum baca, tak sempat nak curi masa... Insha Allah, masa cuti nanti baca sampai abis, hehe...

Kak Ain jaga kesihatan ye...
Ada lagi 3 hari tu :)

KittyKaina said...

Saya insyaallah hari Ahad ni. Umm, Kak Ain. Kalau ada peminat bagi hadiah, kak ain terima tak?

Anonymous said...

Kak Ain ..saya nak datang hari sabtu ni..bersedialah menerima RM 150 daripada saya ..hehe *jokejoke*

Eira 01 said...

saya da pegi... pening jugak lAH nak cari gerai kak ain....

Anonymous said...

hai ain, haritu pergi pwtc tapi tgk ain busy entertain budak2 sekolah, malas nak jengah, sebab terlampau ramai

takde rezeki nak jumpa tahun ni

Anonymous said...

Ish geram tengok sume buku nie

Admin cath said...

Hari ni sy pergi gerai Kak Ain Maisarah!Best btol kat sana!! Tapi sygnya sy pergi sana xde Super 3G dan Gadis Bintang.. tapi sy sempat dpt tgkap gambar ngan Kak Ain Maisarah... Hrp dpt jumpa Kak Ain Maisarah lagi tahun dpn ya!

Admin cath said...

Hari ni sy pergi gerai Kak Ain Maisarah!Best btol kat sana!! Tapi sygnya sy pergi sana xde Super 3G dan Gadis Bintang.. tapi sy sempat dpt tgkap gambar ngan Kak Ain Maisarah... Hrp dpt jumpa Kak Ain Maisarah lagi tahun dpn ya!

Woofer Storm said...

ada nmpak anda kat pwtc ari tu..cantik kedai ,pink ala2 gitu..cool la..

Bintu Qist said...

Sangat seronok berjumpa dengan K.Ain... :)

Pieh Rizfie said...

kak ain..sy suke kak ain...mase karnival buku di zennith hotel kuantan..sy x sempat nak pergi mase slot kak ain maisarah..and sy teringin sgt nk jejakkan kaki di pesta buku pwtc...

Directioner Days said...

Hi dan Assalammualaikum Kak Ain ^^ saya seronok sangat dengan kehadiran kak Ain di SKPP 11(2)^^ klau ade mase lapang,nnti dtng lh lagi ke sekolah SKPP 11(2) ye..? Kak Ain cantik sngat ^^ Kehadiran kak Ain membuat saya dan kawan-kawan teruja sekali walaupun beratur panjang semasa hendak ambil Signature kak Ain^^

Anonymous said...

Assalamualaikum kak Ain. Wahh! Bestnye ;) Saye dapat Autograf kak Ain walaupun adik takde kat sana. Adik pesan je dekat sepupu adik. Humm. Mesti best kan kalau dapat jumpa real kak ain! :D Autograf pun adik dah b'syukur sangat-2!

Chidori Uchiha!^-^ said...

Assalamualaikum Kak Ain, sedihnya saya sebab tak ada rezeki nak pergi Pesta Buku tahun ni. Kalau tak mesti seronok ^-^ <3

Anonymous said...

Kak Ain,ada pertandingan menulis sipnosis aku mahu lagi tak?

Intan Sakinah said...

Wah, banyaknya buku berkaver baru!
Semuanya cantik-cantik! Semuanya dijual di Kedai Pink Ain Maisarah sahaja, ke?

Unknown said...

Kak Ain , Kak Ain buat lah perjumpaan tahunan bersama pembaca di rumah pink sekali lagi pada tahun ini =)

CoffeeStation Mess Cadet Officer said...

Saya dah jumpa kak ain!

fatin aqilah ( qie-lha) said...

assalamualikum kak ain.. boleh kah saya bertanya??
kak ain boleh ke jual pakej RM150 itu secara online??? kalau boleh tolong emailkan kepada qeela.qilla@gmail.com
terima kasih kak ain.. jasa mu amat dikenang...

afiqah n roses said...

i love your book
;)

SahirAnis said...

Kepada Kak Ain Maisarah yang comel(jangan marah..)
Saya merupakan peminat Kak Ain. Nama saya Anis Sahira Binti Rosley.Saya sudah ada hampir semua koleksi2 novel Kak Ain kecuali Tak Bisa Memilihmu, Aku Mahu Cincin Di JAri, Lawak Sekolah(rasanya ni tajuk dia..) serta novel2 comel...setiap kali saya ternampak novel Kak Ain kat kedai buku, rasa macam nak jerit je..tapi, saya kene berlagak cool..lagipun, saya seorang perempuan..suara saya juga boleh tahan kuat...Back to the point/..saya nak beli novel Kak Ain secara online, tapi saya tak tahu..boleh Kak Ain beritahu saya cara-caaranya..thanks..
p/s: Kak Ain jinjia daebak!!Kak Ain Fighting!!!

Modishoppe said...

Assalamualaikum Kak Ain...

Faiz said...

Nak buku Aku Mahu Popular
(edisi kemas kini)