Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Apa khabar semua? Kak Ain doakan semoga sihat sejahtera dan seronok bercuti di hujung minggu.
Wah! Rasa tidak percaya! Seminggu yang lalu, pada tarikh inilah Kak Ain sedang berdebar-debar menanti kehadiran pembaca yang sudi memeriahkan Majlis Perjumpaan Pembaca AinMaisarah di Banglo Pink Titiwangsa.
Pada hari Sabtu yang lalu juga, novel Jutawan Gedik selamat dilancarkan dan secara rasminya boleh dibeli oleh orang ramai. Pelancaran dilakukan dalam keadaan santai tetapi sangat meriah. Hingga penuh banglo, tidak muat pengunjung mahu duduk di kerusi pink yang Kak Ain beli di IKEA!
Inilah video pelancaran novel Jutawan Gedik. Kak Ain menggunakan perkhidmatan vblogger terkenal iaitu Aman Wan. Kak Ain hanya berlakon di hujung video, tetapi itu pun setelah hampir 10 kali cut-action. Hahaha... memang terbukti, AinMaisarah tiada langsung bakat berlakon dan hanya boleh menulis sahaja. Harapnya masih boleh dikategorikan sebagai gedik, sepertimana permintaan pengarahnya iaitu Aman Wan.
Mesti tonton video ini kerana ianya begitu mencuit hati! ^________^ Klik jangan tidak klik!
Ketika pelancaran novel itu juga, Kak Ain secara rasminya mengumumkan bahawa bagi setiap pembelian buku 'Jutawan Gedik'... RM 1 akan didermakan kepada badan-badan kebajikan. Jadi mari membeli buku ini dan beramal juga!
Selain pelancaran novel 'Jutawan Gedik'... perjumpaan di Banglo Pink juga dipenuhi pelbagai aktiviti. Ada pameran 1000 buku PTS yang lain. Ada stesen-stesen kecantikan yang membolehkan remaja melakukan aktiviti facial spa, rawatan kuku manicure, hiasan indah inai di tangan, menjalani makeover dan kemudian berfoto di white studio. Bagi pembaca lelaki, boleh bermain paint ball di luar banglo!
Kak Ain sekali lagi ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Aman Wan kerana sempat membuat video dan merakamkan aksi-aksi sepanjang majlis. Mahu harapkan Kak Ain, memang sudah terlalu sibuk melayan pembaca dan ibubapa, tim Berita Harian dan kumpulan penulis PTS yang sama-sama memeriahkan majlis. Aduh! Memang terasa seperti jadi ibu pengantin!
Inilah yang berlaku di Banglo Pink berlokasi di Titiwangsa pada hari Sabtu lepas:
Alhamdulillah! Segalanya sudah selesai. InsyaAllah, kita berjumpa lagi tahun hadapan!
Salam Sayang,
AinMaisarah
p/s: InsyaAllah blog seterusnya, Kak Ain ceritakan segala persiapan banglo pink. Kak Ain dan krew tidak tidur hingga pukul 2.30 pagi bagi mempersiapkan setiap perincian majlis! Tunggu entri seterusnya! =)
23 comments:
Aloo.rugii je adek tak pergi tengok akak Ain aritu :/
Owh, saya rugi tak join hari itu!
Kak Ain, terima kasih sebab buat perjumpaan tu. Saya memang puas hati sangat! :)
Kak Ain.. Novel Jutawan Gedik ada dijual di kedai buku seperti MPH ataupon Popular tak?
Terima kasih kak ain kerana sudi tandatangan buku buku yang saya beli!
Best dapat jumpa Kak Ain! ^__^
Kak Ain,
Semoga usaha ini sentiasa dalam rahmat Allah. Semoga Kak Ain dan tim Blink Book Sdn Bhd terus berjaya!
yeh!
Salam manis,
Hanna Johan.
Alhamdulillah...
saya pun gembira dapat jumpa Kak Ain... sejak dari form 4 mula baca novel Kak Ain, umur 21 tahun ni baru dapat jumpa... Insha Allah, jumpa tahun depan pula, hehe~
tahniah kak ain :)
alaaa ,,mcm rugu je tak pg ,,nak pg jaoh ,,oarents tade mase:(
novel tu ad jual kat kedai buku tak?
kak ain maisarah saya harap kAK ain sudi lah tengok pages yang saya buat khas buat kak ain and peminat kak ain ok ???? www.facebook/syazwaninajwa99 name pages ain maisarah novelis >>> khas buat kak ain & peminat
sudilah tengok and jgn lupe like ye kak ain and peminat :)
Wah mesti seronok kawan-2 yg lain tapi takpelah insyaallah nanti mesti saye berkesemoatan berjumpe dengan kak Ain :D
kak ain..ada kerat triangle kat bwh paper 2 kn..boleh x guna keratan 2..utk paste dkt blkg buku pts yg ada borg 2?harap kak ain bley jwb kerunsingan sy..
suka baca buku kak ain
Hmmm .. terlepas ... Nanti klau ada apa-apa plancaran bagi tahu saya , okey ? Akumahu Cincin di Jari dan Aku Mahu Bunga di Hati telah habis dibaca .. Hehehe .. Saya suka
rugi yerr x dapat pergi.:(
Rugi betul tak dapat pergi ni... Kalau tahu mesti pergi... Tapi tu pun kalau mak kasi lah.. 😉😉😆😆😅😅😅😅😅😣😣😣😣😣😣. But kak ain memang best..
Rugi betul tak dapat pergi ni... Kalau tahu mesti pergi... Tapi tu pun kalau mak kasi lah.. 😉😉😆😆😅😅😅😅😅😣😣😣😣😣😣. But kak ain memang best..
Rugi betul tak dapat pergi ni... Kalau tahu mesti pergi... Tapi tu pun kalau mak kasi lah.. 😉😉😆😆😅😅😅😅😅😣😣😣😣😣😣. But kak ain memang best..
Post a Comment