Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Kak Ain doakan semua pengunjung berada dalam kesihatan, kesejahteraan dan keceriaan ya!
Lama berdiam, Kak Ain sebenarnya sibuk sangat dengan Program Jelajah Sekolah AinMaisarah. Jadual kalendar Kak Ain penuh sungguh, hingga terasa seperti pelajar pula!
Alhamdulillah, walaupun sibuk dengan program promosi... Kak Ain masih aktif menulis. Setiap hari, Kak Ain disiplinkan diri... mesti tulis sekurang-kurangnya 3 mukasurat cerita. Dan hasilnya, kini novel terbaru AinMaisarah akan dipaparkan di dalam suratkhabar Berita Harian. Sekiranya pembaca ingat lagi, sebelum ini Kak Ain tampil dengan penceritaan 'Jutawan Gedik'.
Alhamdulillah, kontrak disambung lagi dengan Berita Harian dan kini Kak Ain menulis cerita baru. Kali ini lebih dewasa dan bergenre 'chiclit'.
Tajuknya adalah: Mr. Right Selebriti.
Ini pula sinopsis ceritanya, kisah Nana The Wannababes yang sudah dewasa =)
Nana Ilyana binti Yusman, dahulu popoular sebagai The Wannababes di Sekolah Sri Bangsar. Kini usianya di penghujung 20-an. Masih seorang tiada berteman. Tiada calon suami boleh dibawa bertemu keluarga dan diperkenalkan.
Mencari teman hidup bukan semudah memilih kasut. Itu motto Nana bila bercerita tentang jodoh. Lalu dia cuba membuka mata luas-luas. Hasrat hati mahu memilih lelaki yang paling setia dan paling menghargainya. Namun hakikatnya, itu misi mustahil kerana pada usia sebegini, lelaki-lelaki baik kebanyakannya sudah berkahwin dan beranak dua!
Ramai mengesyorkan carian jodoh di Facebook dan medium internet. Namun Nana sendiri tidak menyangka jodohnya melalui jalan berbeza. Bukan Jalan TAR yang sesak sentiasa, tetapi melalui jalan menyertai program realiti TV yang terkemuka. Nana dipilih memasuki program mencari jodoh di TV. Dan tanpa disangka, hatinya betul-betul terpaut pada seorang selebriti. Selebriti yang turut direbut oleh 12 orang gadis!
Mampukah Nana jadi suri hati pilihan selebriti itu? Atau ada rahsia besar yang bakal merosakkan segala harapan hidup bersama? Ketahui kisah Nana dalam novel bersiri nukilan AinMaisarah, setiap Sabtu di Berita Harian.
Haaa... sekiranya mahu tahu kisah selanjutnya tentang Nana yang masuk rancangan realiti TV demi mencari Mr. Right, dapatkan suratkhabar Berita Harian setiap Sabtu ya!
Paling utama... mulai minggu hadapan, 5 November 2011, setiap siri akan diletakkan keratan bagi pembaca mengumpulnya. Akan ada hadiah khas buat pembaca yang mengumpul keratan-keratan di suratkhabar.
Jangan lupa baca nukilan AinMaisarah di Berita Harian!
Salam Sayang,
AinMaisarah
24 comments:
wahh !!
tak sabarnya nak tunggu .
sejak saya sekolah menengah sampai dah masuk u .
saya tetap setia baca kisah pasal the wannababes .
Kak ain :( . buat la novel tjuk semua nie kat buku . kalau surt khbar ni mcm susah sikit nk beli .
wahh, mcm best je ! tak sabar :D
wahh , besnye...5 november tu befday saya tau ! hehe :) special punyaa
saya ade semue buku kak ain ! tapi cume yang novel comel je la tak..hehe..
setuju ngan syaara. wat lah kt buku. please.. :) ;)
wah kak ain,akhirnya ade citer psal ahli the wannababes!tp kak ain,wat la novel jgak psal the wannababes,lg seronok dan happening!:D
Hari ini, jangan lupa pula beli newspaper BH.
kak ain, nk tanye kalau novel mini tu ade x jual dkt kedai2 buku ? sbb dh cri tpi x jumpe jgk
err..silap2! bkn novel mini tpi novel comel..nk dpt kt mne kak Ain? kene bli dgn Kak Ain ke atau kene pgi bli kt kedai buku??
novel comel hanya boleh dibeli dari Kedai Pink Ain Maisarah sahaja..
Kak Ain, nanti buatlah jugak dlm bentuk novel.. sbb ayah saya memang tak beli BH untuk hari Sabtu.. terlepas citer2 tu..
salam. kak ain... kenapa x buat dalam bentuk novel????
Lama kak ain tak update blog!
salam, kak ain.. cerita mr right selebriti akan dibukukan macam jutawan gedik ker? Saya tak sempat nak beli berita harian lah.. :)
Wah, bestnya!!!!!tapi kak ain, boleh x bukukan citer ni?x smpt lah nak beli surat khabar?boleh ye?harap kak ain pertimbangkan.
Kak Ain , nape x buat dlm bentuk novel ? Tak best la baca dm surat khabar .. Kalau Kak Ain buat dalam novel , InsyaAllah saya akan beli..tapi,surat khabar tu pun dah lepas..akak tulis la semula untuk dimuatkan dalam novel .. please ! saya teringin sgt nk baca..:)
kak ain , buad lhah dlm bentuk novel. baru puas bace ;D
boleh tak nak beli dengan akak.. tak jumpe la dekat kedai buku.. :(
kak ain buku mr.right selebriti ni akan dijadikan novel ke...
Hi!!! Imma big fan of yours!! I really like "Mr. Right Selebriti'!!!!
But, why don;t you want to publish it in a novel?? I missed alot of the 'Siri'...... :'(
kak ain kalau terlepas episod die nk bce kt mne?
salam...di mana saya boleh dapatkan mr.right koperat dgn mr.right.berkopiah..lama dah saya tunggu buku baru tu keluar..dah tak sabar nak baca nie...
Post a Comment