Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Semoga semua pengunjung Rumah Pink berada dalam kesihatan dan keceriaan berpanjangan. Itu doa Kak Ain untuk semua. Kak Ain sendiri kurang sihat dan membuatkan keadaan bertambah stress apabila terpaksa melalui waktu sibuk sebegini. Sibuk buat apa?
Kak Ain sibuk memenuhi jemputan bagi Program Jelajah Sekolah yang berjalan dengan giatnya! Malah Kak Ain sudahpun menjelajah hingga 100 sekolah sepanjang program ini dijalankan! Alhamdulillah!
Semua sekolah yang menjemput juga mahu memastikan program dilakukan sebelum Ramadhan. Ia membuatkan sepanjang dua minggu lepas, hari-hari Kak Ain seperti hari persekolahan! Bangun pukul 5.00 pagi dan 7.20 pagi sudah ada di tapak perhimpunan. Kak Ain akan memberikan ceramah di perhimpunan selama 20 minit mengenai kempen membaca dan menulis serta memperkenalkan buku-buku PTS.
Selepas itu, Kak Ain akan bertemu pelajar ketika waktu rehat. Waktu ini... bersiap-sedialah mahu tandatangan berpuluh-puluh buku dan beratus-ratus kertas kosong. Ada ketika perlu tandatangan atas duit, telapak tangan dan t-shirt! Pada waktu yang sama, Kak Ain mesti bersiap-sedia mahu beramah mesra dengan barisan beratur murid-murid yang panjang.
Haaa.... selesai semuanya, Kak Ain bolehlah menarik nafas sekejap. Tetapi kerja belum selesai! Ini kerana Kak Ain bertanggungjawab menjalankan bengkel penulisan selama satu setengah jam secara percuma kepada pelajar-pelajar yang berminat.
Habis bengkel, barulah Kak Ain boleh meninggalkan sekolah pada pukul 1.00 tengah hari. Waktu itu sudah lembik seperti sayur! Hehehee.... tetapi selalunya Kak Ain ambil tenaga kembali dengan minum kopi. Yeay! Kita minum dahulu! =)
Waktu petang pula adalah masa Kak Ain menyiapkan kerja-kerja penulisan. Kak Ain perlu mengejar produksi buku-buku di bawah penerbitan Blink Book Sdn. Bhd. Setakat ini ada dua buku baru yang sudah siap diedit, dimasukkan dalam layout dan menunggu ke mesin cetak bertajuk:

Aku Mahu Saiz XL
dan Aku Mahu Lawan Hantu (kulit novel ini belum lagi yang final)
Selepas siap dua buku itu, Kak Ain belum boleh bersenang-lenang kerana ada manuskrip-manuskrip baru yang menunggu. Kak Ain akan mula mengerjakan manuskrip 'Aku Mahu Cincin di Jari' dan turut sama pecah kepala memikirkan cadangan kulit novel yang terbaik.
Aduh-aduh-aduh... sekiranya boleh, Kak Ain mahu selesaikan manuskrip ini sebelum Ramadhan menjelma. Mampukah mengejar masa? Kak Ain sendiri akan cuba sedaya upaya!
Paling-paling-paling sibuk dalam kalendar AinMaisarah adalah apabila diberi peluang menyertai Pesta Buku Negeri Sembilan di Seremban. Ianya bakal berlangsung 19 Julai 2011 hingga 24 Julai 2011. Gerai akan dihias ala-ala pink-blink-blink seperti di PWTC juga.
Teringatkan bebanan kerja menghias gerai sahaja sudah buatkan Kak Ain pening kepala bercampur teruja! Harapnya ramailah orang Negeri Sembilan yang akan datang memeriahkan Pesta Buku di Jaya Jusco Seremban 2 ini ya!
Selain berada di Pesta Buku Negeri Sembilan, Kak Ain juga akan menjelajah sekolah-sekolah sekitar Negeri Sembilan sepanjang minggu hadapan. Seminggu Kak Ain jadi orang Nogori dan duduk di sebuah rumah homestay supaya tidak perlu berulang-alik ke KL.
Memang jadual kerja Kak Ain padat betul sekarang ini. Namun harapnya apabila Ramadhan menjelma, Kak Ain sudah boleh menarik nafas lega. Lebih-lebih lagi tahun ini Kak Ain merancang mahu mengerjakan umrah bersama keluarga. Jadi semua kerja-kerja penulisan mesti selesai sebelum pergi. Di sana Kak Ain mahu fokus buat ibadah sahaja. Kak Ain harap sangat semua pembaca Kak Ain dapat doakan Kak Ain selesai tugasan menulis, diberi keluasan masa bekerja dan kesihatan tubuh badan yang optima.
InsyaAllah selepas ini Kak Ain akan masukkan entri baru berkaitan info Pesta Buku Negeri Sembilan ya!
Salam Sayang,
AinMaisarah
p/s: Kredit gambar di PWTC buat Puan Asniza. Terima kasih kerana sudi memberikan gambar yang cantik sekali.
24 comments:
Sibuknya Kak Ain .
Betul tu. Kesian, kak ain! :(
Takpe Kak Ain. Chaiyok!!!
wah, kak ain adew bku baru. x sbr nk bace !
Hanu suka jilat orang ya, Kak Ain?
hai,kak ain nanti kak ain ade buat pesta buku kat seremban kan?saye nak pergi......tapi tak dapat...sorry...
yang sedih,
tasha sufyan,kawan di facebook kak ain.
nape kak ain tak datang sekolah saye?!merajuk!saye nak sangat kak ain datang sekolah saye!peminat setia nii..saye harap kak ain balas coment saye ni...
tq kerana membace! -___-
Assalamualaikum,Kak Ain..
Saya Nurul Izzah yang menjadi peminat setia Kak Ain sejak 2009(semasa saya tahun 4)...saya harap Kak Ain akan menjadi penulis novel remaja yang terbaik sepanjang tahun...-Ini doa saya untuk Kak Ain ye...
P/S:Terima kasih datang ke sekolah saya...SK BANDAR TEKNOLOGI KAJANG..Sekolah yang ke-93... :)
kat mane saye nak dpt novel ni ?
k.ain lepas seremban datang la terengganu pulak...saya teringin nak jumpa k.ain...plezz..
Esok Kak Ain datang ke sekolah saya. Yeay! hehe :P
Sekolah kat Kedah Kak Ain pergi tak? Nak juga tengok Kak Ain secara 'live'...saya pernah tengok Kak Ain secara 'live' dalam mimpi je...
hah .. terima kasih akak krna dtg skolah sye !!! di sk Kanchong darat ... semoga akak berjye .. di mse yg akan dtgg !!! nsib baik syex cuba projek diet jus lemon huahua !!
sian k.ain...sekali dengar jer cite k.ain nih...saye rase saye plak yg kena...
Askum, Kak Ain. Saye Zuhayra. Nk tanye skit nih, novel Aku Mahu Popular ade lagi tak kat pasaran? Dah cari kat kedai buku tpi tak de. Kalau nk beli dgn Kak Ain boleh tak? Agak2 ade lgi tak?
Nanti saya mahu beli kedua-dua novel berkembar ini, saya sudah tidak sabar, terutamanya Aku Mahu Saiz XL, sekurang-kurangnya bertambah semangatlah orang kurus macam saya yang kepingin badan berisi huhu :D
They're nice & awesome !
http://hanimansor01.blogspot.com/
follow me..
Alahaiiiii.. Sian nye kak ain...
Kak Ain , saya dah beli buku kak ain aku mahu saiz XL dan aku mahu LAWAN HANTU . tapi saya tak jumpa pun buku aku mahu CINCIN DI JARI . bila buku tu nak terbit ?
harap sangat. kak ain g skola Ali !!!!
aku mahu lawan hantu mempunyai unsur-unsur kelakar, seram dan saspen. apabila digabungkan, novel yang kak ain hasilkan memang seronok. terima kasih kak ain.
Aslmkm Kak Ain , kenapa dlm Kedai Pink Kak Ain Online x da Diari Gadis Bintang ? #sory kak klu soalan ini tidak patut saia tnya . .
Kak ain memang hebat..
Post a Comment