12 June 2011

Keputusan Pertandingan Sinopsis Aku Mahu...

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Selamat hujung minggu pada semua! Hari ini pagi-pagi lagi Kak Ain menerima arahan memasukkan entri baru. Entri ini bukan entri biasa-biasa. Entri ini berkaitan 'Pertandingan Sinopsis Aku Mahu' yang diadakan di Facebook AinMaisarah.

Pertandingan ini dijalankan  sepanjang dua minggu cuti persekolahan bagi menggalakkan minat penulisan di kalangan remaja. Kak Ain juga mahu masa cuti pembaca-pembaca AinMaisarah diisi dengan perkara-perkara berfaedah yang membuatkan fikiran berfikir secara kritis dan kreatif.

Namun serius kami tidak menjangka, pada tarikh akhir penyertaan... sebanyak 130 sinopsis diterima! Wah! Memang amat menggalakkan sungguh penyertaan daripada pembaca-pembaca AinMaisarah!

Secara keseluruhan, Kak Ain puji ayat-ayat penuh beserta tatabahasa sempurna yang digunakan oleh setiap peserta. Tiada bahasa SMS, bahasa rojak atau bahasa muda-mudi 'ituewww'... 'u'ollss' dan 'jerrkkk' yang Kak Ain jumpa dalam sinopsis. Bagus! Sejuk hati Kak Ain membacanya!

Kak Ain juga sangat kagum kerana majoriti peserta pertandingan ini menghafal setiap karektor dan jalan cerita terdahulu dalam novel 'Aku Mahu' yang sedia ada. Semua hafal karektor The Wannababes dan nama guru-guru di Sekolah Sri Bangsar. Malah ada yang tahu nama kucing di sekolah yang Kak Ain wujudkan dalam cerita 'Aku Mahu Buli'. =) Memang Kak Ain seronok apabila tahu pembaca Kak Ain mendalami dan memahami setiap cerita yang Kak Ain hasilkan selama ini!

Secara keseluruhan, Kak Ain puji semua penyertaan. Tambah-tambah lagi yang dihantar oleh pembaca muda berusia 10-11-12 tahun. Asas-asas penulisan sudah ada pada semua peserta. Kak Ain rasa dalam 10 tahun lagi... pasti muncul ramai penulis-penulis berbakat yang akan mewarnai dunia buku di Malaysia ini!

Cuma satu teguran Kak Ain, apabila membaca semua penyertaan yang dihantar, Kak Ain lihat ramai yang menghantar cerita bertemakan cinta. Bukan Kak Ain tidak suka kisah cinta, tetapi sekiranya menulis novel untuk remaja.... luaskan skop pemikiran dan idea. Ada banyak lagi kisah kehidupan remaja yang boleh diketengahkan. Kak Ain tidak mahu muda-muda lagi sudah fikir tentang perkahwinan, soal cerai-berai, bermadu dan kahwin kontrak. Itu lebih sesuai ditulis oleh penulis dewasa, bagi kategori novel dewasa juga. Ingat ya... novel AinMaisarah yang sirinya bertema 'Aku Mahu' adalah novel remaja pengkhususannya.

Majoriti penyertaan juga mempunyai jalan cerita dan asas dan bagus, tetapi konflik utamanya tidak begitu kuat. Paling ramai membuat cerita yang boleh dijangka dan penghujungnya tiada kejutan. Bagi menghasilkan cerita yang baik, hujung novel mesti ada kejutan yang tidak dijangka para pembaca. 

Satu lagi yang buatkan Kak Ain tersenyum, ada juga yang meniru bulat-bulat cerita sedia ada. Ada yang buat cerita ala-ala 'Jutawan Gedik', 'Aku Mahu Saiz S' dan 'Aku Mahu Teman Tapi Mesra'. Segalanya sama cuma nama watak sahaja ditukarkan. Tentunya Kak Ain rasa berbesar hati apabila cerita Kak Ain digunakan dan dijadikan contoh dalam penulisan. Tetapi sekiranya adik-adik ingin jadi penulis yang karyanya dibaca oleh orang ramai, perkara ini perlu dijauhi. Ini sudah masuk isu plagiat dan peniruan. Boleh disaman dan dibicarakan di Mahkamah Tinggi! Jadi dari awal lagi, cari kelainan dan kekuatan sendiri ya!

Okey, sekarang tibalah masanya Kak Ain umumkan pemenang. Kawal debaran dada dan jangan ada yang sakit jantung pula! =)

Berikut adalah peserta yang mendapat markah yang tertinggi dalam pertandingan ini :






Tempat pertama baucer buku RM200,  'Pertandingan Sinopsis Aku Mahu' jatuh kepada:

(Sila klik gambar kaver buku di facebook : Pemenang Pertama )

Tempat kedua baucer RM100, dirangkul oleh:

(Sila klik gambar kaver buku di facebook : Pemenang Kedua )

Tempat ketiga baucer RM50, dimenangi oleh: 

(Sila klik gambar kaver buku di facebook : Pemenang Ketiga )

Tahniah! Tahniah! Tahniah! Kak Ain ucapkan tahniah kepada ketiga-tiga pemenang. Semoga ini jadi permulaan dalam menghasilkan idea-idea kreatif akan datang.

Bagi sebarang urusan menukarkan sinopsis kepada novel sebenar, Kak Ain serahkan sepenuhnya kepada Tuan Pengurus AinMaisarah. Sekiranya ada yang menepati ciri-ciri yang dicari, pemenang akan dihubungi oleh Tuan Pengurus AinMaisarah sendiri.

Kepada semua yang menyertai, terima kasih Kak Ain ucapkan. Cuba lagi dalam pertandingan akan datang!

Salam Sayang,
AinMaisarah

-  

17 comments:

Anonymous said...

Ini yang terbaik =)

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
NUR AINA MAISARAH said...

PEMENANG NO.2 SUDAH TAHU......SIAPA NO 1?

NUR AINA MAISARAH said...

akhirnya terjawab siapa yang menang....tahniah diucapkan...

Nurul Syazwana said...

dahsyat lah diorang ni, ada banyak idea, pandai reka kulit depan dia tu... menarik sangat2...

D' Black Writer said...

Saya terlupa nak hantar..dah buat dah... :( tapi apa-apa pun tahniah semua pemenang :)

4amanah said...

x de name pon siape mng..

Ordinary girlz said...

harap harap cuti akan datang ade lagi pertandingan ni... :D

Kamila Husna said...

tahniah kepada yang menang....=)

Anonymous said...

Tahniah kepada sape yg menang tu...
walaupun sy x menang....

ashya binti abdul aiz said...

tahniah saya ucapkan...semoga suatu hari nnt boleh jadi cam k.ain ....kepada orang yang x mng..usaha lagi....bukan ygx mng x berbakat..tetapi anda semua perlu usaha....Good Luck....

NiK MoHaMmAd kHaLiD said...

congrat kat pemenang....
smoga kak ain buat lagi pertandingan cam nihhhh...x sabar nk tunggu

budakclevergirl.blogger said...

cita2 saye pon macm kak ain...

Friendship Girlz said...

Sya suka baca buku Kak Ain. Buku Kak Ain mmg best. Sya hrp Kak Ain trus menulis novel lg. :)

Unknown said...

kak ain saya nak tanya sikit larh, itupon klu kak ain sudi nak menjawabnya. Ok kak ain ada blog and saya nak tanya klu kita buat blog, kita kena bayar ke???? Harap kak ain blh jawab

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

terbaik la kk ain..saya suka sangat idea penulisan kk ain yang kreatif dan best...setiap kali ke kedai buku saya mesti beli buku kak ain..terbaik la kk ain...chaiyok2x la kk ain