10 September 2010

Perutusan Aidilfitri AinMaisarah


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Sempena Syawal yang bakal menjelma, Kak Ain ingin memohon maaf kepada semua pengunjung Rumah Pink AinMaisarah, para pelajar Sekolah Sri Bangsar dan rakan-rakan di Facebook. Sepanjang kita berkomunikasi, tentu ada salah silap yang terselit di sana sini, mungkin ada kealpaan Kak Ain dalam mencoret kata-kata samada di Facebook, blog atau laman web Sri Bangsar ini.

Paling Kak Ain mohon maaf sekiranya tidak sempat membalas mesej, e-mel atau pertanyaan para pembaca. Kak Ain sememangnya tidak cukup tangan mahu membalas ribuan mesej yang Kak Ain terima. Yalah, AinMaisarah hanya seorang diri... pembaca pula sudah menjangkau 30,000 orang yang berkumpul di medium internet ini. Setiap hari ada lebih kurang 300 mesej dan emel yang Kak Ain terima.

Oleh itu, Kak Ain mohon maaf teramat sangat sekiranya terkurang layanan dan terlepas pandang mesej-mesej yang dihantarkan.

Kak Ain cadangkan agar semua pembaca berkumpul di Facebook kerana AinMaisarah lebih senang berinteraksi melalui Facebook. Silalah klik laman Fanpage AinMaisarah di sini :


InsyaAllah Kak Ain cuba sedaya upaya melayan para pembaca dan pada masa yang sama menulis buku-buku remaja yang sudah banyak tersusun dalam jadual penerbitan.

Menyentuh tentang jadual penerbitan buku-buku AinMaisarah... ramai pembaca bertanya, apa judul buku terbaru Kak Ain yang akan menjengah pasaran? Oh, minta maaf ya! Dalam perutusan mesej meminta maaf di Aidilfitri ini pun Kak Ain selitkan cerita tentang buku. Nama pun seorang novelis, kan? ;D

Okey, buat pengetahuan semua, dua buku terbaru Kak Ain yang akan menjengah di pasaran adalah buku berkembar Impiana III dan Impiana IV. Ianya kesinambungan yang membongkar misteri Syarikat Impiana. Siapa sudah baca novel Impiana I dan Impiana II, jangan ketinggalan dapatkan Impiana III dan Impiana IV ya!

Jadual dua buku ini terbit adalah sekitar bulan 10 atau bulan 11. Kak Ain sendiri tidak boleh berjanji kerana ianya bergantung kepada proses cetakan pihak penerbit PTS. Apa yang Kak Ain boleh pesan, simpan duit raya anda untuk membeli Impiana III dan Impiana IV ya! ;D

Kak Ain akan membuka jualan online istimewa untuk buku berkembar ini selepas raya nanti. Kak Ain akan pastikan sesiapa yang membeli terus dari AinMaisarah menerima sesuatu yang istimewa berbanding yang membeli dari kedai-kedai buku.

Selain bercerita tentang buku, Kak Ain juga harap sangat silaturrahim kita di medium internet ini boleh dirapatkan lagi apabila kita bertemu di dunia realiti. Banyak perancangan reunion yang ada dalam kepala. Mahu buat camping. Mahu buat gathering. Mahu buat perjumpaan terbesar semua pembaca AinMaisarah.

Namun setakat ini, apa yang terealisasi adalah perjumpaan para pembaca di Pesta Buku Antarabangsa PWTC. Tahun 2010 Kak Ain sudah jumpa ratusan pembaca di Kedai Pink AinMaisarah. Harapnya pada bulan April 2011 nanti, Kak Ain ada rezeki bertemu mata dengan lebih ramai pembaca lagi. Jadi tandakan di kalendar masing-masing. Tahun hadapan, bulan April 2011 mesti jumpa Kak Ain di Kedai Pink AinMaisarah PWTC! =D

Akhir kata, selamat menyambut hari raya mulia. Selamat makan lemang dan ketupat yang ada.

Jangan lupa bawa buku AinMaisarah ke kampung atau semasa melawat rumah saudara mara. Ambil gambar raya bersama buku AinMaisarah dengan suasana Hari Raya.

Kak Ain akan umumkan pertandingan "Bergambar Hari Raya Bersama Novel AinMaisarah" pada hari raya pertama nanti, tarikh tutup 1 Oktober 2010. Hadiah menarik menanti pemenang yang paling kreatif!

Selamat dan berhati-hati apabila berada di atas jalan raya! Jaga diri ya!

Salam Sayang,
AinMaisarah

6 comments:

M E Z said...

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin Kak Ain. Mez mohon maaf sekiranya mez ada buat silap dekat Kak Ain. :).
Mez sure beli buku secara online dekat Kak Ain. Haha. susah sikit kalau beli dekat Kedai biasa. ;P

Syaima' Mohd Noor! said...

Selamat Hari Rya kak Ain! semoga happy bersame keluarga terchenta! berhati-hati di jln raye k! love you!

-Syaima' Noor-

aisyahssss said...

kakak ain saya x puas hati pasal penghantarang 300 orang yg menirima kad dari kakak ain
akak tahun depan bagi la banyak sikit 600 ke 700 ke 800 ke 900ke 1000 kalau macam tu mesti x de la peminat akak semuanya hati akan terguris


SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR
DAN BATIN

I LOVE YOU ,
SARANGHE ,LOVE FOREVER,
YOU BOOK SO BEST

izzati said...

Selamat hari raya, kak ain! kak ain tolong simpankan buku tu untuk saya bley tak?? hehehe..


=D

Unknown said...

Selamat hari raya Kak Ain..Terima kasih sangat-sangat sebab kak ain bagi kad raya kat Amni..Amni dah pun terima kad tersebut..terima kasih!!

grayorgrey said...

Assalamualaikum Kak Ain, hari ini sy baca 1 entri Kak Ain yg dah siap gambar kad raya Kak Ain. Sy juga sedang melihat, adakah aku bakal mendapat duit raya daripada Novelis yg ku sukai lg ku sayangi? tekan satu klik! melihat kertas kedua, sy sdah terbeliak biji mata. OMG!!! Jeritan saya menggangu ayah sy tido. Sy lompat tak bertempat! Saya lompat kerana:

~Dapat duit raya Kak Ain
~Nama 'Afiqahhanis' tersenarai di situ

Betapa riang ria hati saya sampai mcm nk meletup! Saya syukur skali apabila menerima kad raya Kak Ain. Sy janji akan simpan selagi sy buka dan baca di blog Ain Maisarah!