01 April 2010

Pakej RM100 dan Pakej RM50


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca Rumah Pink AinMaisarah.

Kak Ain ada menyimpan 80 naskah novel IMPIANA 3 versi manuskrip asal. Memang sengaja Kak Ain tidak menjual 80 naskah IMPIANA 3 ini di Pesta Buku tempohhari. Kak Ain tahu ramai pembaca Kak Ain yang tidak dapat hadir ke Pesta Buku tetapi masih mahu memiliki IMPIANA 3 ini.

Pihak pengurusan AinMaisarah sudahpun membuat dua pakej dengan harga yang menarik untuk para pembaca yang ingin memiliki ketiga-tiga buku terbaru AinMaisarah ini.


Ini adalah Pakej RM100.

Ini pula Pakej RM50.


Kak Ain cadangkan supaya membeli pakej RM100 kerana ianya lebih berbaloi kerana Kak Ain masukkan semua koleksi cerita novelcomel yang Kak Ain ada di dalam pakej tersebut. Sila lihat perbandingan barangan yang dibeli melalui pakej RM50 dan pakej RM100.


Jika sudah membuat pilihan pakej mana yang mahu dibeli. Sila ikuti langkah-langkah berikut. Dapatkan bantuan orang dewasa untuk membuat pembayaran.

LANGKAH 1 : BUAT PEMBAYARAN DAHULU

1) Jika anda memilih membuat bayaran secara bank-in, sila ke kaunter Maybank ataupun cari mana-mana ATM Maybank. Masukkan wang ke dalam akaun ini :

Rev Teen Enterprise - No Akaun Maybank : 514712301053

2) Jika anda memilih membuat bayaran online atau melalui Maybank2u. Masukkan wang online ke dalam akaun ini :

Rev Teen Enterprise - No Akaun Maybank : 514712301053

Wang Pos? Kali ini pihak pengurusan AinMaisarah tidak menerima bayaran melalui wang pos ataupun kiriman wang. Terdapat beberapa kes, wang pos tidak sampai dan kami terpaksa menanggung kerugian penghantaran buku.


LANGKAH 4 : HANTAR EMAIL KEPADA syaizul@meta-dome.com

Selepas membuat pembayaran, anda perlu menghantar emel kepada kami di syaizul@meta-dome.com

Ini maklumat yang kami mahukan di dalam emel tersebut. Pastikan semua maklumat betul.

1) Nama sebenar anda :
2) Nama yang mahu di tulis di atas novel :
3) Alamat penuh rumah anda :
4) Poskod rumah anda :
5) No telefon :
6) Berapa jumlah bayaran yang telah anda buat :
7) Kaedah pembayaran anda : Melalui ATM atau melalui online.
8) Bilakah masa dan tarikh anda membuat pembayaran :
9) Jenis pakej. Pakej RM100 atau Pakej RM50

Kak Ain akan kumpul dan menghantar tempahan pada setiap Isnin dan Khamis. Tarikh tutup pembelian adalah pada 15 April 2010. Kak Ain mengucapkan terima kasih kerana sudi membeli terus dari Kedai Pink AinMaisarah.



Hanya ada 80 naskah IMPIANA 3 di dalam tangan Kak Ain, oleh itu jangan tunggu lama-lama. Siapa bayar dahulu, Kak Ain hantar dahulu. Kali ini tidak boleh buat tempahan.

Wasalam
AinMaisarah

ps :

Kak Ain juga akan mula menghantar tempahan-tempahan lain terutama novelcomel dan pembelian lain mulai minggu hadapan. Jika ada telah membuat pembayaran tetapi belum menerima buku, sila emelkan ke syaizul@meta-dome.com

30 comments:

IzzhRsln said...

salam kak ain .. boleh x kalau sye nak beli buku projek diet ain maisarah je? sebab hari tu gi PWTC KEDAI PINK KAK AIN x jumpe buku tu... boleh x???

AinMaisarah said...

Izzah,

Emelkan permintaan tersebut kepada syaizul@meta-dome.com

Rasanya harga akan berbeza.

M E Z said...

Fuh..x sangka ada dua pilihan..
ingat kak ain buat order dekat kedai pink tu. hehe

M E Z said...
This comment has been removed by the author.
wafiywary said...

salam kak ain. saya nak beli pakej 50 sbb x ckup bajet nak beli yg 100. sye nak tau 12 novel comel tue akan dijual x di kedai pink kak ain?

wafiywary said...

lg 1, mama sye tanye klu beli buku dr kak ain, dpt resit x?

Anonymous said...

please kak ain! saya nak sangat.
boleh tak booking dulu?
skrg ada bbrapa mslh klau nk order awl2.

siti fatihah mohd ali said...

Kak ain saya nak beli novel comel je boleh tak?

αииɛ ƨαм said...

Salam Kak Ain.
Wahh..
menarik sungguh pakej yang Kak Ain tawarkan.
Tetapi ketiga-tiga novel terbaru Kak Ain saya sudah beli.
semua saya dah khatam.hehe.
Kak Ain buat novel baru cepat sikit ye.

Saya nak beli novel comel la.
Macam mana nak beli?
Kak Ain tak buat pakej untuk novel comel ke?

mimi girls said...

kenapa mahal ''SANGAT''kak Ain?

Anonymous said...

salam kak ain,

buku projek diet dan aku mahu superbibik tu ada di jual di kedai buku biasa tak?

rasanya mcm tak mahu beli yg manuskrip impiana3 sbb nak trs bace buku yg sebenar dia. boleh ke kak ain?

Farahani said...

Salam Kak Ain,


Boleh simpankan untuk saya satu?
Sebab saya nak beli, InsyaAllah.
Mungkin, lepas ibuayah saya balik umrah. :]

Boleh ya Kak Ain?

Unknown said...

assalamualaikum kak ain. sye nie terigin k bli buku impiana 3. mse sye pergi pwtc hari tu, saya x jmpa mne rumah pink kak ain. mcm mne sye nk dptkn bku tu???

Fiza d'Zul said...

ala rugilah x bgtau awal2 kak ain.... huhu... kalu tau bli online je x yah susah2 bsesak kat pesta buku tu... ble dpt brg2 lain skali.... huhu....

btw cyg kak ain...

izzah imanina said...

assalamualaikum kak ain,

sy nak tny kalau yg 'BOX LIMITED EDITION' tu dye isi ape?ke kalau kak ain anta dye ltk dlm tu?

Anonymous said...

salam kak ain....syahirah pown nk jugak...pakej yang RM100 tu....kak ain simpankan satu ye untuk syahirah...tengah tunggu persetujuan ayah nie sama ada boleh atau tidak...tapi kalau xboleh pown nk jgk..

Naymz said...

salam.. kak ain, sy dh byr tuk pkej rm50.. bleh x sy nk tau.. ble sy bleh dpt bku tu? ;)...

Anonymous said...

salam kak ain...saya dah bayar untuk pakej rm100 tu..boleh saya tahu bila saya akan dapat pakej tu??

Anonymous said...

salam kak ain...saya dah bayar untuk pakej rm100 tu..boleh saya tahu bila saya akan dapat pakej tu??

Anonymous said...

salam, saya dah bayar dan order pakej rm 50 tu.. bila ye boleh dapat pakej tu.. bayarnya smlm, order nya hari ni..

Dalilah.Ghaffa said...

salam kak ain..
ermmm..
kak ain,bley ke klau na 0rder pakej rm100 tpi x ade n0vel aq mahu super bibik??

shida ♥ said...

adek da bli <333 :)

-eLla- said...

SALAM KAK AIN ,
SAYA DAH BAYAR RM100 PADA HARI INI ,
AGAKNYA BILA SAYA DAPAT PAKEJ RM 100?
KAK AIN SAYA ADA BUAT ORDER NOVEL COMEL TAPI BELUM SAMPAI ,SAYA BAYAR MELALUI WANG POS...
TAPI PAKEJ YANG RM 100 INI SAYA BAYAR MELALUI ATM...
HARAP KAK AIN BOLEH HANTAR SECEPAT MUNGKIN ...
DAN SAYA SUDAH EMAILKAN BUTIRAN DIRI SAYA ...
APA - APA URUSAN KAK AIN
BOLEH EMAIL KE sitizahidah21@yahoo.com..

Иʋяιиα Ħαʏαиι:) said...

Salam Kak Ain

saya nak beli yg pakej 100 tuh.. tapi kebanyakan novel comel tuh saya dah ada.. boleh x saya beli tapi x nak novel comel?

Ain said...

Kak Ain ,
Saya nak pakej RM 30 tuh .
Ade lagi tak ?

Saya cuma tgh tunggu duit je nih
;)

Jannah Idy Razlan said...

assalamualaikum kak ain..saya dah buat pembayaran tadi kat maybank dengan mak saya..bila kak ain nak buat penghantaran?ada lagi tak stok untuk saya?saya beli stok RM50.kalau stok dah habis..,duit saya 50ringgit tu macam mana?:)

~jannah idy razlan~

halim said...

kak ain..
ima tau tarikh akhir dh lepas..
but then ima nak beli;(
kalau ade stok lg..ima nak beli boleh??
ima akan try byr secepat mungkin..
hrp2 ade stok lg;(

Cik CT said...

just found out this pakej..ala,dh telepas date nye..dh abis ke k.ain???

ice~cream said...

kak ain, impiana 3 agak-agak bila boleh keluar?

Syafira Saufi said...

salam kak ain,
pakej RM100 tu masih ada lagi tak?
baru hari ni saya tahu ada pakej tu
(hehe ketinggalan betul)
sebab saya duduk asrama