09 February 2010

Novel Perang Rumah Sukan & Juara Rumah Sukan Siap Dicetak!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Fuh! Fuh! Fuh! Kak Ain tiupkan terlebih dahulu laman web AinMaisarah yang bersawang ini! Hehehe.... Kak Ain minta maaf banyak-banyak pada para pengunjung Rumah Pink sekalian. Kak Ain sudah lama tidak memasukkan entri baru kerana setiap masa yang berharga, Kak Ain salurkan untuk menyiapkan manuskrip Impiana III yang mencabar sekali proses penulisannya.

Oleh itu, Kak Ain lebih senang memasukkan gambar baru di dalam akaun Facebook AinMaisarah dan meletak caption yang pendek-pendek sahaja. Haaa... siapa belum sertai, mari-mari bersahabat dengan Kak Ain di Facebook ya!

Okey, entri ini sebenarnya ditulis bagi mengumumkan secara rasminya kemunculan buku AinMaisarah yang ke-11 dan ke-12.



Akhirnya! Penantian Kak Ain mahu melihat buku berkembar Perang Rumah Sukan dan Juara Rumah Sukan terlerai petang tadi. Sebaik mengetahui dua buku tersebut siap dicetak dan sudah masuk stor PTS, Kak Ain terus ajak Cik Abang ke Batu Caves pada ketika dan saat itu juga. Mujur jalanraya pun lengang, bagaikan memberi laluan mudah kepada kereta kami. Dada langit pun cerah. Angin turut bertiup sepoi-sepoi bahasa. Seperti seluruh alam turut menyambut kelahiran buah tangan AinMaisarah yang terbaru ini =D Ceh! Over!



Sebaik memasukkan stok 100 set berkembar dalam kereta, Kak Ain terus bergambar dengan dua buku terbaru ini. These are my babies! Kembar gitu!

Inilah hasil penat lelah Kak Ain menulis dan setiap kali terbitnya buku baru, Kak Ain memang akan tersenyum panjang satu hari satu malam!

Haaa... buat pengetahuan semua pembaca, pakej buku berkembar Perang Rumah Sukan & Juara Rumah Sukan berharga RM30. Apabila membeli pakej set box ini, para pembaca akan mendapat item berikut:

1) Novel Perang Rumah Sukan



2) Novel Juara Rumah Sukan



3) Buletin Sri Bangsar Jilid 02 (percuma)
~ Inilah buletin bulanan yang dihasilkan oleh Betty dan kumpulan sidang redaksi. Boleh baca 16 mukasurat laporan kejadian sepanjang sukan Sekolah Sri Bangsar



4) Kipas tangan Sekolah Sri Bangsar (percuma)
~Boleh dipakai untuk berkipas ketika bersukan di sekolah. Ala-ala tujuh The Wannababes yang tidak tahan panas tuuu ;D



5) Sticker Sekolah Sri Bangsar (percuma)
~Ini pertama kali Sekolah Sri Bangsar ada sticker lencana dan empat lambang rumah sukannya sendiri. Kak Ain suka! =D


Ada 5000 set terhad yang diberikan item-item percuma di atas. Setelah habis set box, maka buku perlu dibeli secara berasingan pada harga RM15 setiap satu. Tetapi tiada lagilah item percuma!



Jadi mesti rebut cepat-cepat 5000 set terhad ini!

Kepada para pembaca yang mahu membeli terus buku ini dari Kak Ain secara online, Kedai Pink AinMaisarah akan dibuka semula pada hari Jumaat. Nanti Kak Ain akan masukkan satu entri khas tentang hal pembelian buku ya!

Kepada para pembaca yang mahu dapatkan di kedai buku MPH dan POPULAR, Kak Ain difahamkan bahawa dua buku baru ini akan mula diedarkan minggu hadapan ke kedai-kedai buku seluruh Malaysia.

Jangan lupa dapatkan buku sambungan kisah Betty, Wilma serta warga Sekolah Sri Bangsar! Kumpulkan kesemua 12 siri ya!



Okey semua, sampai sini dahulu perkembangan alam penulisan AinMaisarah. Jumpa lagi!

Salam Sayang,
AinMaisarah

26 comments:

♥Yanie♥ said...

Saya mesti beli!!.. Wah, tak sabarnye.. :)

Riha J said...

Wah, bagusnya Kak Ain!

Nanti Kedai Pink sudah dibuka, tolong reserve kan satu boxset untuk Riha. Riha beli dari Kak Ain ya ~

shhh. said...

Mesti beli punyaaa !
Jangan risaoo Kak Ain,
saya akan bawak satu kampung beli XDD

AinMaisarah said...

Yanie,

Kak Ain pun pernah hilang sabar.. sekarang sudah tenang.

Riha,

SeMUSTInya di reserve.

Shila,

Satu kampung tu berapa orang.. Kak Ain nak simpankan buku ni untuk kampung Shila.. hehehe.

Dayu M. Selim said...

Tahniah Adinda Ain! Teruskan menulis beribu-ribu perkataan. Kak Dayu pun teruja nak mendapatkannya. Kalau boleh Kak Dayu nak Ain poskan sekali dengan Impiana II yang stok telah kehabisan tempohari. Tak sabar nak tunggu nie.

Unknown said...

salam , kak ain .

wah , cantiknya cover dia . tak sabar pula nak membacanya :)

oh ya . saya nak tanya , rasanya , bila saya akan dapat NovelComel yang tertangguh hari tu ?

kalau boleh dapat , saya akan belik buku ni secara online laa :D

Farah Hanum said...

salam kak ain...
haha akhirnya kluar pun buku kak ain..dah lama menantiii.. >.< nk belii.Perang sukan tuh mcm skola saya jerr kuning (rumah sukan saya),hijau,merah,biruu

Hanietwisties said...

okie!!harap2 sempat beli larh..tapi macam mana nk beli dari kak ain??mcm riha tuh??takut2 dah habis hu3

αииɛ ƨαм said...

Salam Kak Ain.
saya nak beli set punya..
menarik sangat pakej dia..
saya nak beli terus dari Kak Ain..

Aina Yasmin said...

Yeay!
Yeay!
Yeay!

M E Z said...

cayalah..dah kuar minggu dpn.=D.
patutla pergi kedai buku haritu tak jumpa bku kak ain. rupa²nye tak kuar lagi. hahaha

M E Z said...

Assalamualaikum Kak Ain,
MeZ pinjam 2 gambar buku baru Kak Ain & letak dekat blog mez..Kak Ain kunjungla bloh MeZ ye. =D

marjan daud said...

Misz nk bli!! kak Ain..popular kat mlake da ade kn?

Wan Fatimah said...

kak Ain, saya kurang faham lar, saya baru ada 1 siri buletin sri bangsa . tapi kak Ain dah buat berapa siri?? takut ada yang ketinggalan!!

AQILAH said...

Assalamualaikum kak Ain :)
tolong reserve kan satu boxset untuk saya tau :) nanti bila kedai pink dah di buka , saya akan order :D

terima kasih <3

anisyazazlin said...

yea!!! sye igt dh kuar..
dua minggu sye crik rpe2 nye minggu dpan bru kuar.;;.....

Fatihah N. said...

Bestnyaa !
Tak sabar nak beli ...
5000 je eh? tk boleh lepas nieh .. :p

Anonymous said...

Kak Ain , buku ni nanti dibekalkan ke MPH Jusco Seremban 2 atau Popular Jusco Seremban 2 tak ? saya harap ada , sebab saya selalu beli kat situ :)

AinMaisarah said...

Kepada yang ingin membeli, sila bayar sebelum tarikh akhir yang dipaparkan iaitu 7 Mac.

Selepas dari tarikh itu Kak Ain sudah mula sibuk dengan Pesta Buku, jadi Kak Ain tidak sempat melayan penghantaran buku.

Qilazati said...

da 2 kali saye p mph..nak tunggu novel ney..tapi x sampai2 lg..
Akhirnya....
muncul juge...
HAHAX.....

Unknown said...

kak Ain , nanti di Pesta buku , set ni ada lagi tak ?

Hasanah Najiihah said...

kak ain hasanah harap kak ain smpan kan ye..plez..nnty hari klhamis hasanah suruh mummy g bayar kat bank k !! plez smpan kan..untuk hasanah 1..ye. plez

Cuya said...

aduh kak ain..saya nak juga buletin tu.. takde jual dekt pasaran ke?? heheh... ayah kasi saya beli tapi saya kene kumpul duitlah..payah pula...boleh tak kalau buletin tersebut dijual di kedai dan harganya murah..hehehe harap- harap cadangan say dipertimbangkan..

Budiboo said...

yeye saya dapat!!=D

dah ade 3 buku latihan sekolah sri bangsar.seronoknyaa!!=)

Unknown said...

kak ain, majalah buletin sri bangsar jilid 01 mana nk dapat???

Aqilah Suhaizam said...

first day buku ni keluar dekat MPH di Alamanda terus beli :D