28 December 2009

Tentatif Program Jelajah Sekolah AinMaisarah 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kak Ain doakan semua pengunjung Rumah Pink AinMaisarah berada dalam keadaan sihat dan ceria-ceria selalu.

Sekarang ini tahun 2009 semakin sampai ke penghujungnya. Kak Ain sendiri bakal memasuki tahun 2010 dengan debaran yang makin menggila. Apa tidaknya, terlalu banyak perancangan dan program yang sudah dijadualkan perlu dilaksanakan. Apapun, Kak Ain sudah berazam sesungguh hati... tahun 2010 mesti menjadi tahun paling produktif AinMaisarah dalam bidang penulisan! Semoga Tuhan mempermudahkan. Amin.

Antara yang paling besar adalah rancangan Program Jejalah Sekolah AinMaisarah yang bakal berlangsung mulai Januari 2010 hingga Jun 2010.



Program kali ini lebih bersifat menyeluruh. Bukan lagi menjelajah sekolah-sekolah di sekitar KL sahaja, kali ini Kak Ain akan pusing satu Malaysia! InsyaAllah, Kak Ain akan berada selama satu minggu di setiap negeri berikut:

1) Selangor
2) Negeri Sembilan
3) Pahang
4) Terengganu
5) Kelantan
6) Pulau Pinang
7) Kedah
8) Perak
9) Melaka
10) Johor

Jumlah keseluruhan sekolah yang Kak Ain akan lawati pada tahun 2010 nanti adalah 40 buah sekolah. Memang banyak. Oleh itu, Kak Ain amat mengharapkan kesihatan berada pada tahap optimum supaya Kak Ain benar-benar dapat beramah mesra dengan pembaca. Kak Ain juga akan berkempen memperkenalkan jenama penerbitan PTS serta buku-bukunya kepada 1200 pelajar sekolah pada satu-satu masa.



Sasaran pihak pengurusan AinMaisarah, sepanjang enam bulan menjalankan misi Program Jelajah Sekolah ini... 52,000 pelajar sekolah seluruh Malaysia akan didedahkan dengan senarai buku-buku AinMaisarah, jenama penerbitan PTS dan buku-buku terbitan PTS. Kak Ain juga akan membuat pencarian bakat-bakat pengarang muda supaya pada masa hadapan boleh menjadi 'penulis dan pengarang bersama' AinMaisarah.

Oh! Tentunya Kak Ain akan gunakan peluang ini juga untuk memberitahu para guru-guru di sekolah tentang kualiti dan mutu bahasa yang digunakan dalam semua buku-buku PTS.



Selain melawat sekolah-sekolah terpilih, Kak Ain juga akan menerima jemputan kedai-kedai buku di setiap ibu negeri yang Kak Ain lawati. InsyaAllah di Kedah, Kak Ain akan melawat Kedai Buku Hasani Edar. Di Johor Bahru, Kak Ain akan bertemu pembaca di Badan Cemerlang. MPH dan Popular juga akan jadi tempat persinggahan Kak Ain untuk bertemu pembeli dan pembaca di lokasi-lokasi terpilih.

Kak Ain harapkan Program Jelajah Sekolah yang akan berlangsung tahun 2010 nanti akan memuaskan hati semua pihak. Kak Ain tahu, selama ini ramai benar pembaca yang meluahkan rasa tidak puas hati kerana AinMaisarah hanya memenuhi jemputan-jemputan sekolah di sekitar KL sahaja.

Jadi kali ini Kak Ain betul-betul pusing Malaysia bagi memastikan pembaca dari segenap negeri dapat berjumpa Kak Ain dan pada masa yang sama berkenalan dengan lebih rapat lagi. Kita boleh bergambar kenangan-kenangan juga! =D



InsyaAllah, harap semua yang dirancang berjalan lancar. Moga-moga tahun 2010 Masihi/1431 Hijrah ini akan menjadi tahun yang lebih baik untuk kita semua!

Salam Sayang,
AinMaisarah
p/s: Bagi para pembaca dari Sabah dan Sarawak, Kak Ain berbesar hati memenuhi jemputan ke sana sekiranya ada pihak yang sudi menaja! Heheheh!

56 comments:

Ғαяαн Ħαиʋм said...

Assalammualaikum
wahh kak ain!! hebatlah..tahun 2010 nih! pusing satu malaysiaa..haraplah tahun dpan dpt berjumpa kak ain..>.<

~Farah Hanum

p/s:Baguslah kak ain sumer org boleh jumpa kak ain..huhuhu

MeZ said...

Assalamualaikum
wow.. memang tak sabar.agak-agak sekolah mez terpilih tak. hehe.

moga kesihatan kak ain baik sepanjang menjalankan aktiviti jelajah sekolah..

ain said...

kak ain dtang skul ain tau.....
huhuhu

Nur Ain Yasmin said...

Assalammualaikum
bagus3...
akhirnya kak ain datang juga ke johor...
tak sabar nak tunggu kak ain

✖Mizz Yasmin✖ said...

Assalamualaikum kak Ain.
Wah, merantau sakan lah kak Ain tahun depan.
:)
apa-apa pon, semoga berjaya.
:)

[Qt~Me0w] said...

salam Kak Ain,
Saya nak menulis dengan Kak Ain..
mesti best..
nnti saya jemput Kak Ain datang sekolah saya..

B U B B L E L O V E R said...

kak ain, kak ain !!

jangan lupa datang Tarcisian Convent, Ipoh..
i'll be waiting for you!!
=D

Yaya said...

salam kak ain..bila dah smpi Kedah tu,singgah sekolah Yaya tau..SMK Sultanah Asma..all the best kak Ain.!!

sweet_teddy:) said...

salam...kak ain.

jemputlah datang ke Sek Ren/Men Hira Shah Alam (Sek 27) sementara akak mengelilingi satu malaysia. saya dan kawan-kawan teringin hendak lihat akak secara live. hehehe... :D

semoga akak dalam keadaan sihat walafiat semasa program ini berlangsung. selamat berjaya!

~MiZz ADiEE~ said...

kak ain...
waa bestnyer kak ain lawat sume skola~~~!!
lawat skola dibah skali tau!
Sk Tasik Damai,Ipoh Perak.

p/s:ramai tau peminat kak ain kat skola dibah!!

NurMaryam said...

Assalamualaikum kak Ain,
dtg la ke sekolah kami,
SMK TAMAN TUN DR ISMAIL.

qilah98 said...

akak ain dtglah sola qilah!!
SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA PILAH..
n9!!
jomlah!
lagipon!guru besar kiterang tukar baru!!qilah calon UPSR taun depan!kalo akak dtg!panggillah qilah nik pentas..hehehehe...;]
[lebey2]dtg ek!!insya-Allah..
kat kuala pilah,n9

Huda Ib said...

Kak Ain,
Datanglah sekolah Huda.
(Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi)
;P. Kedatangan Kak Ain sangat dialu-alukan :)

Huda Ib said...

*SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR BARU BANGI
JALAN 2,SELANGOR YER!

Batrisyia said...

Salam Kak Ain...

ohoho, makin busy Kak Ain, mesti makin lama rumah pink ni bersawang.... >.<

p/s: bila Kak Ain nak update Twitter Kak Ain ?

nuramirahfarzana (bdk ssb) said...

kak ain! thanx! harapan mira utk kak ain jelajah semue sekolah akhirnye dimakbulkan!

jemput dtg ke Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa (2)

maap..name 'kampung' sgt..=D

La Taejun said...

haaaa ?? kenapa sabah dan sarawak tak termasuk dalam list ??

aifaa said...

datang kedah mai SMK Bandar Baru Darulaman ;D

iqahhaziqah said...

assalammualaikum....

kak ain,apa khabar?diharap sangat pada tahun depan akak boleh datang sekolah saya(sek. keb. gemereh).

saya menjemput akak kerana ingin mendedahkan pada semua warga sekolah tentang penting membaca dan untuk memperlihatkan penulis yang cantik jelita ini....

*bodek nampak...

miss virgo said...

nanti kalu kak ain datg terengganu, jgan lupa singgah kat smk sultan ahmad tau

The Writer Of This Blog said...

kak ain.. tour skola menengah skali tak??
harap kak ain tour jugak..
nk jgak jmpe kak ain!

~aQiLaH~ said...

salam,akak..sy ske sgt bce bku2 kluaran pts..akak dtg la skola sy kt sg ptani,kdah..
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI PETANI..
dtg tau akak..sy taun dpan calon2 upsr..sy nie FANS akak..hope dpt jmpe akak..see ya

~aQiLaH~ said...

akak dtg la yer..tp skolah sy xcntik la..

syaZANA a.k.a CA-a said...

kak ain..bla kdai pink nk bukak? sy dah lama antar duit..mk pon agk bsing

AinaChubby said...

kak ain datanglah sekolah saya tau..
SMKA Baling,Baling Kedah

mesti best dpt jumpa kak ain,my idol

marjan said...

Salam Kak Ain,

Kak Ain kan datang Melaka..
apa kata Kak Ain datang Sekolah Tinggi Perempuan Melaka?
harap Kak Ain sudi!! huhu

Aka_ahmar said...

kak ain dtgla SMK Sultanah Bahiyah,Kedah....
saya nk jgak jumpa kak ain

Nina Cool Gurl said...

Assalamualaikum..

huhu... pusing-pusing satu Malaysia Kak Ain... I hope can see you in Johor!

p/s: Kak Ain, kenape SSB tak boleh bukak?

Hasanah Najiihah said...

Salam...
ala kak ain nie tak pernah nk dtg ptrajya..
org ptrajaya pon nk jmpa kak ain,.
bengang tul larh..uhh/..!!!

Gh0sT R!d3rZz... said...

Assalamualaikum
Yeah !! Kaki Ain nk jelajah satu Malaysia niyhh..
bagosla...
harap2 Kak Ain dapat 'menjelmakan' diri di SMK Shahbandaraya ,Klang..

p/s: Good Luck on the tour around Malaysia !! =DD

ezatty said...

kak ain !
dtg laa skul zatty !!
hehee..
tringin sgt nk jupe kak ain...
dtg trg mai ar skul SMK dATO` rZAli ismail ye....

happynyew kak ain nk dtg trg :)

sweet ladies said...

kak ain datanglah smkur.n9..x sabar nak tengok kak ain datang..

WaNiE..! said...

assalamualaikum kak ain..
kak ain nak datang hasani edar dekat sg. petani ke?
kalau betul.. harap saya dapat pergi.. ( saya duduk hostel )
selamat menjelajah kak ain..

p/s : good luck:)

siti fatimah said...

assalamualaikum
waa...
kak ain...
kat badan cemerlang yang kat angsana tu kan...bila tu kak ain..
saya slalu gak g situ...

n...popular n mph tu yang kat mana ea...???

fazlin said...

salam kak ain...

lame faazlin x komen post kak ain...
juz tinjau2 jer..
kak ain law amri kelantan mari akt sekolah fazlin erk...
kat kb...

tak sabar nak jumpa kak ain...

salam.

IeRaZ's said...

salam kak ain

kak ain dtg r skoola sye
smk tmn semarak

memang teringin nk jumpe kak ain

hek3!

Aimi Liyana Binti Raja Dolah said...

Assalamualaikum,
wahh,kak Ain,datang lah SMK Seremban 2 ye , =) ,
aimi berharap snagat-sangat =) ,
dapat jumpe kaka Ain =)

nur ain sufi binti baharozaman said...

hai kak ain!eventhough kak ain selalu lawat sekolah kat k.l,kak ain x pernah lg dtg sek ni:sekolah menengah kebangsaan seksyen 5,wangsa maju,53300,kuala lumpur!!!dtg la kak ain...dtg la!!!teringin nk jumpa kak ain tau...pleaze!!!many of my friends suke giler bace buku kak ain!!!mayb cite2 kak ain nk jd mcm meg cabot will be reality!!!anyway,the point is,please come to my school!!!i hope you will!!!dtg la!!!

[ NUR ] said...

salam .
bestnye kalau akak dapat datang sekola iqa , hee ;D

Nay said...

kak ain pergi sklh sy jgk taw,
tp SBP boleh ke ?

-violette-nur arina said...

assalamualaikum Kak Ain,
kita orang semua sedang menunggu kedatangan Kak Ain kat sekolah kita orang..dari tahun lepas lagi Kak Ain..Harap-harap sekolah saya tersenarai dalam 40 buah sekolah tu..kalau tak pun,Kak Ain singgah la sekejap..
SMK Taman Tun Dr. Ismail,K.L..
harap Kak Ain sudi la singgah sekejap pun tak pe..

-violette-nur arina said...

SMK Taman Tun Dr. Ismail,
Jalan Leong Yew Koh,
K.L..
ingat tak?
Kak Ain pernah cakap nak datang sekolah saya..
hehehhe..
saya tunggu tau..

h0neY.h0neY.h0neY said...

waa~ nnt kak ain dtg pahang,kak ain dtg ler skolah kite.. SK Bukit Setongkol..

AD said...

Salam Ain Maisarah.

Adakah lawatan ke sekolah-sekolah sudah ditentukan sekolahnya atau sekolah boleh menjemput Puan Ain? Bagaimana caranya dan apa syarat-syaratnya?

Sekolah saya akan mengadakan majlis pentauliahan Pengawas Perpustakaan dalam masa terdekat. Terdapat permintaan untuk menjemput Puan Ain untuk merasmikan majlis tersebut di samping berkenalan dengan Puan Ain dan buku-buku Puan Ain dan buku-buku PTS.

Harap dapat hubungi saya segera. Terima kasih.

azween :) said...

Kak Ain,
Datanglah sekolah rendah pula,
Asyik sekolah menengah aje..
Bagilah peluang budak sekolah rendah pula yang jumpa,
Kak Ain datanglah ke Sekolah Kebangsaan Raja Muda,Seksyen 4,Shah Alam,Selangor!!

lliyana said...

kak ain dtang skul yana tau.....
huhuhu

najwa bt ismail said...

assalamualaikum kak ain...
saya baru jer dpt peluang bukak blog kak ain..

bestnyerrr kak ain nak dtg kelantan...
hope kak ain dpt dtg skull saya.. smu(a) maahad muhammadi perempuan kota bharu.....

>wais<

Lady girL said...

kak ain dtg larh skolah sy plak!!
membermember sy rmai skew novel kak ain termsk sy, :)



sekolah menengah kebangsaan taman desa,
bandar country homes,
48000 rawang,
selangor.

coKLat LolipoP said...
This comment has been removed by the author.
gossip girl said...

ala nape kak ain x jelajah kl ..
sekolah say7e kat sk seri tasik .. kat permaisui ..

Kiromie said...

assalammualaikum kak ain...

inilah yang dinanti-nantikan oleh pelajar sekolah saye...haha jangan lupa datang ke Jasin,Melaka ke sekolah......

SMK ISKANDAR SHAH...ingat ye kak ain!!


salam sayang buatmu
Nasuha...

Nuraina Fathinie said...

Salam..wah! 1Malaysia nak round hehe..kak Ain jemput datang ke sekolah sye ek..Kak Ain tau kan Alyia Farzana..same sekolah aje :D

jelly_fara said...

kak ain saya harap sangat sekolah saya akan dilawati oleh kak ain...
SK AIR MERAH,KULIM,KEDAH.
datang jangan x datang tp masa tu kak ain kenalah panggil saya ke atas pentas kerana saya telah jemput kak ain...aku mahu popular....this is serius...u must come..hope to be a author like u...
doakan saya dapat 5A dlm UPSR...

sincere & love,
farrah wahida

Nisya said...

kak ain dtglh SK LKTP BELITONG.sbb kt skolh sy ramai yg suke buku aku mahu kak ain

!gadeslolipop! said...

assalamualaikom..
kak ain dtglah sekolah fil.
Skolah Kbangsaan Taman Midah (1)..
harap kak ain dtg~

Insyirah said...

Assalamualaikum kak ain..Wow ure just the best as best as The Wannababes..Kk Ain kalaulah Kak Ain ada kesempatan atau masa terluan saya minta sangat kat kak Ain utk jelajah sekolah saya..Walaupun jelajah tue utk tahun 2010 and skang dah 2011 saya harap sngt KAk Ain dapat datang
Im just ure no 1 fan..
(SMK TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA)
KAT KULAIJAYA JOHOR.
i hope u read this comment