12 December 2009

Perubahan Imej AinMaisarah di Rumah Pink

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kak Ain mengharapkan semua pengunjung Rumah Pink berada dalam keadaan sihat dan sejahtera.

Kak Ain pula sihat dan baik-baik sahaja. Walaupun tidak memasukkan entri di blog, Kak Ain rasa semua para pembaca sudah tahu perkembangan Kak Ain di Facebook. Alhamdulillah, sudah ada 1434 orang pembaca yang berkumpul di sana (setakat pukul 3.45 petang, 221209)

Pada entri kali ini juga, setelah berbincang lama dengan Cik Abang... kami sepakat mengambil keputusan. Sudah sampai masanya satu perubahan dibuat di laman web Rumah Pink ini. Apakah perubahan itu?

Jeng... jeng... jeng...

Perubahannya adalah... mulai entri ini dan mulai detik ini, Kak Ain TIDAK akan memakai lagi spek mata hitam PRADA yang dulunya begitu sinonim dengan imej AinMaisarah di Rumah Pink.

Bye-bye spek kesayangan. Ianya akan tersimpan dalam sejarah dan lipatan kenangan =(

Keputusan ini perlu diambil kerana selepas ini blog Rumah Pink AinMaisarah akan memaparkan entri blog yang diberi label:

1. Projek Fesyen AinMaisarah
2. Projek Diet AinMaisarah

Ianya selaras dengan dua buah buku yang akan terbit hujung Disember ini tulisan bersama novelis terkemuka Kak Lily Haslina Nasir dan Kak Rose Harissa.



Dalam Projek Fesyen AinMaisarah nanti, selain berfesyen dan bercerita tentang aksesori... Kak Ain juga akan tunjukkan beberapa tips make over. Ada beberapa solekan pada mata yang boleh membuatkan penampilan tampak berbeza.



Jadi sebagai orang yang menjalani ujikaji fesyen, mata Kak Ain perlu ditunjukkan. Maka tidak bolehlah Kak Ain menggunakan imej cermin mata PRADA lagi.

Banyak sangat tips menarik yang akan Kak Ain kongsikan bersama dalam buku fesyen tersebut. Buku Projek Diet pula memuatkan cara-cara Kak Ain berdiet. Kak Ain kononnya nak ikut gaya Beyonce yang berdiet dengan jus lemon.


Kak Ain juga cuba-cuba bersenam untuk menguruskan badan.

Heheh... sesungguhnya macam-macam eksperimen yang AinMaisarah perlu lakukan untuk menjayakan Projek Diet AinMaisarah dan Projek Fesyen AinMaisarah!

Banyak elemen kelakar dan mencuit hati dan Kak Ain berharap dua buku siri terbaru ini akan berjaya menambat hati pembaca semua!

Tunggu kemunculannya di penghujung Disember 2009 ini ya!

Salam Sayang,
AinMaisarah

20 comments:

Ihdini said...

salam kak ain.
wah, syukur dapat meng-komen yang pertama. kak ain, jika ada masa, kunjungilah blog saya. http://ihdini.blogspot.com

Farah Hanum said...

assalammualaikum
owh bestnyerr kak ain akan jadi bertambah kiut laa nnti..huuhu
sya x sabar nk tunggu...
kak ain comeiii

~farah hanum`

p/s:komentar yg keduaa =)

w said...

salam kak ain..wah,x sabar nak tunggu buku2 tu keluar..:D:D:D:D:D..x sabar jugak nak tengok muka kak ain tanpa spek PRADA tu..Mesti comey kan???:)

Fatihah N. said...

tak sabar nak tunggu

Mujahidah Solehah said...

Kak Ain xsabar rasanye nak tgk kak AIN buku Kak Ain....

ain soofiyah said...

wahh...
nnti sye bli ek
lpas 2 sye promote pd k'kwan sye tau
haha
akak dtglh blog sye ple,
http://ain-girl96.blogspot.com

PuteriAmira ❤ said...

yess !
memang itu yang saya nantikann :D
buku terbaruu darii kak ain ;)

NadZeyl said...

can't wait 4 the books...

Anonymous said...

kak ain memang cantik kalau ta pakai cermin mata tu...

kalau ada masa lawatlah blog saya..
http://lollimoon-light.blogspot.com

Batrisyia said...

Salam Kak Ain...

Dah lama Kak Ain tak update blog Kak Ain ni. Wohha, cun la Kak Ain tak pakai cermin tu...

Alyia Farzana said...

Salam Kak Ain!
Akhirnya kak Ain nak ambik keputusan membuka cermin amta kesayangan kak Ain itu iaitu PRADA!
Tahniah dan jangan sedih2 ats kehilangan cermin mata PRADA kak Ain yer!
;p

wanie :) said...

new book..
yes..
x sabar nk tunggu dan baca..

Bintu Qist said...

x sbar nk tnggu buku baru!!!!

Farahani said...

salam kak ain =D
wah! buku baru ^^
Taksabarnya nak bca.
Hehe
Sekali dengan Buku Perang Rumah Sukan. =)

Riha J said...

Kak Ain!

Waduh waduh... lama tunggu novel Kak Ain, baru nak keluar. Riha tunggu ni!

p/s: Riha pun sudah ikut jejak langkah Kak Ain menuju bidang penulisan PTS. =D Yay! Sukanya! Tahun depan pesta buku boleh jumpa lagi sebagai 'rakan penulis', bukan lagi 'pembaca penulis'. Alamak, syoknya!

*Riha*

Anonymous said...

kak ain ! bagus la tak pkai spek ! cute ckit ! eh bkn , KIUUT SGT ! and kak ain nmpk kurus ar dlm gmbr tu ! comey sgt2 !

btw~ jom la ke blog sy

HERE

kkun. said...

kak ain comel.....

Raudatul Asyikin said...

kak ain comel dan lawaa laaa.... sye suka akk ! akk, followlah blog saya :
http://mizzasyikin.blogspot.com
sye mmg tgh kumpul buku akk !

Anonymous said...

hai kak ain !! saya dah baca buku projek fesyen kak ain .. kadang-kala apabila ibu tiada style tudung untuk dipakai , saya akan tunjuk buku cerita kak ain kepada ibu .. ibu juga memilih salah satu fashion tudung yang diperagakan oleh kak ain ....... TRIMAS kak ain ... saya nak bermimpi seperti Hanness juga ... saya harap saya dapat mimpi kak ain .. ttapi , saya tak mahu mimpi cartoon yg pelik2 ! MAY GOD BLESS YOU kak ain maisarah :D !!

KPOP said...

tak saba nk beli projek fesyen ain maisarah... projek diet dah ada... BEST!!! saye bgi 1000000000000000 utk buku kak ain!