26 November 2009

Inilah Hadiah 'Peraduan Baca & Menang PTS' Minggu Pertama

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Huh! Rumah pink sudah berhabuk kerana tuan empunya sibuk di Facebook!

Walau apapun, entri kali ini adalah entri yang wajib dibaca kerana ada sesuatu yang SANGAT PENTING mahu Kak Ain kongsikan bersama semua pembaca. Kak Ain sudah war-warkan sebelum ini... tetapi Kak Ain mahu hebah-hebahkan sekali lagi.

Jangan ada yang terlepas. Jangan ada yang ketinggalan.

Kak Ain mahu tunjukkan kepada para pembaca semua hadiah-hadiah lumayan yang mungkin dimiliki sekiranya memasuki 'Peraduan Baca & Menang PTS'

Dengan ini Kak Ain mempersembahkan, hadiah minggu pertama......



WAAAAAA..... HEBATNYA!

Mari kita zoom supaya nampak lebih dekat lagi. Biar nampak terang dan jelas segala jenis barangan elektronik yang menjadi idaman semua!




Tengok tu. Ada PS2. Ada kamera LUMIX. Ada telefon bimbit NOKIA. Ada macam-macam lagi! Kak Ain difahamkan, untuk hadiah pemenang mingguan pertama ini, kesemuanya ada 18 hadiah mewah yang menanti iaitu:

  • iPod Touch 8GB - 1 unit
  • iPod Nano 8GB (model baru) - 2 unit
  • PSP2000 - 1 unit
  • PS2 - 2 unit
  • Nintendo Wii - 1 unit
  • Nintendo DS - 2 unit
  • Kamera kompak Panasonic Lumix FS6 - 2 unit
  • Kamera kompak Panasonic Lumix TZ11 - 1 unit
  • Telefon Nokia 5130c Xpress Music - 2 unit
  • Telefon Nokia 5800d Xpress Music - 1 unit
  • Telefon Sony Ericsson W205 - 2 unit
  • Acer Netbook Aspire One D250 - 1 unit

Isk.. Isk... Isk! Bahagia sungguh sekiranya dapat memiliki hadiah-hadiah tersebut, kan?

Ini baru hadiah-hadiah untuk pemenang minggu pertama! Peraduan PTS ini berlangsung selama enam minggu. Selain hadiah mingguan, ada juga hadiah utama yang lebih-lebih lagi lumayannya!

Di sini Kak Ain kongsikan bersama jadual pertandingan dan tarikh-tarikh pemilihan pemenang buat rujukan semua. Jangan sampai terlepas masa dan tarikhnya!



Memang ada peluang dan masa lagi untuk menyertai peraduan PTS ini. Jadi apalagi.... jangan bertangguh. Beli buku PTS bernilai RM25 dalam satu resit dan isikan borang peraduan. Sebelum menghantar borang, doa dan tiup-tiup sedikit supaya mudah-mudahan boleh terpilih jadi pemenang! =D

Nak tahu maklumat lanjut, klik sahaja www.pts.com.my ya!

Kak Ain sudah sertainya (nak sangat menang IPOD NANO!) ... Anda bila lagi???

Salam Sayang,
AinMaisarah


18 comments:

BalqisBasri (^^,)v said...

Auchhh.. Balqis belum beli lagi apa apa buku..
Teringin nak sangat Nokia 5800 Express Music tu..
Hadiah minggu pertama dengan minggu minggu yang lain lebih kurang sama kan Kak Ain?

anisyazazlin said...

mau camera tuuu!!!
nk sgt2 ..
tpi mak kte kne tunggu buku kak ain kuar dulu..
bru boleh beli yang baru..

N --- said...

wow , bestnya ! Herm ,

Kak Ain , Nur nak tanya sikit , Nur dah sertai peraduan ini dan sudah hantar borang penyertaan bersama resit , tapi Nur hantar sebelum 21 November . Adakah penyertaan itu sah ? atau borang itu tidak diterima ?

-Nur

Misz Purplez said...

salam kak ain...

perrrggghhh! bez nya hadiah-hadiah tu !!! kalau boleh , nak sangat kamera tu... =D senang sikit, tak payah nak kongsi dengan adik-beradik lain ! handphone nokia tu pun bez... hrmmm, berangan je la...=,=

Fatihah N. said...

Wah
bestnya~
memang teringin sangat nak masuk contest nie tapi lupa nak amek borang peraduan mase beli buku Aku, Dia dan Coklat hari tu :(

Sedih~

Anonymous said...

memang nak. Nak sangat nintendo ds. Tapi bukannya cukup duit nak beli nintendo ds tu. Nak masuk pun Bukan tentu menang

Farahani said...

nak iPOD tu :(
tpi nanti nak pujuk mak beli buku la nanti :)
tak saba nak tunggu buku Kak Ain!]


p/s; eh lama tak masuk sini kan? ehemehem =D

Anonymous said...

Nak sangat sangat laptop dengan handphone sony ericsson tu.tapi macamlah boleh menang. =.=

Anisz Syy said...

Salam kak ain !
kak ain ingt lgi tak dgn Anis Syairah a.k.a. spies_girlzz ? Skrg ni,anis dikenali debagai Miss Anis.
Alhamdulillah ,anis dpt 5A' dlm UPSR..

pom-pom solehah said...

kak ain...ari tu saye pergi mph dkt ou tapi die kate x de peraduan tu...saye dah beli buku cukup2 RM25...

Farihann :) said...

kak ainnn!
bila nak keluar kan novel Impiana III? bosan lahh macam ni. dah lama sangat saya dan kawan-kawan saya tunggu impiana III. tak keluar keluar pun. saya dan kawan-kawan saya kecewa betul dengan kak ain. kak ain kata Impiana III keluar April 2009. sekarang dh nk masuk disember 2009 dah. tolong lah kak ain. saya dh tak sabar nak baca novel Impiana III ni. saya memang suka dengan novel impiana. tolong ye kak.

salam,
AIN FARIHAN :)

Hasanah Najiihah said...

xde pown borang peraduan neyh kat syabab kedai buku kat bangi tu!! dye punya kertas promote ngn kotak letak borang ade larh! huh..hampa nk masuk..huhuh,,,nk fon tu...nice gile!

Me Tomei said...

Kak Ain,
Saya rahmah..
Saya suka cangat ngan kak ain nyer buku...
Tapikan Kak Ain....
Cam mana nak menyertai peraduan baca & menang Pts..

maryam said...

salam kak ain :)
saya betul2 nak masuk pertandingan ni.
haritu saya ada beli buku pts
dah lebih 40 ringgit
tapi resit dia just macam resit biasa je.
takde tulis pun kat resit tu yang saya beli buku PTS
sayang sangat.
ayah saya dah tak bagi beli buku lain
boleh tak saya masuk pertandingan ni juga ?
please pertimbangkan

wanie :) said...

assalamualaikum kak ain..
saya nk tanya..
bila impiana III nk kluar..?
x sbr nk bca..!
lma lgi ker kak ain..?

Unknown said...

Assalammualaikum Kak Ain.

Saya x beli apa-apa buku novel harga RM25 ke atas.Kebanyakan novel RM25 ke atas novel dewasa.Bleh x Kak Ain senaraikan buku novel remaja@kanak-kanak berharga RM 25+??

Unknown said...

Assalammualaikum Kak Ain!!!

Saya windu nak bace entri Kak Ain yg seterusnya.Lame Kak Ain tak tulis entri baru.

Erma Fazira said...

best bgt hdiah2 tu..wow