07 October 2009

Selamat Menghadapi PMR + Doakan AinMaisarah Sihat!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pertama sekali, Kak Ain mohon maaf kerana terlewat mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan kepada semua pembaca AinMaisarah yang menjadi calon PMR'09.

Kak Ain doakan semoga semua tenang dan diberi kemudahan menjawab soalan-soalan yang tentunya mencabar minda. Paling penting, mesti jaga kesihatan supaya sentiasa alert sepanjang peperiksaan.

Janganlah jadi macam Kak Ain yang sedang teruk dilanda demam selsema. Ini semua angkara virus yang dibawa oleh Cik Abang. Mulanya Cik Abang demam selama dua hari. Selepas itu, berjangkit kepada Kak Ain pula.

Sekarang sudah empat hari Kak Ain asyik bersin achooom-achooom tak henti-henti. Hidung juga memerah macam badut sarkas. Paling membimbangkan, demam tak surut-surut walaupun Kak Ain makan panadol soluble, setiap enam jam sekali.

Akhirnya petang semalam Kak Ain bersetuju dihantar menjalani pemeriksaan H1N1 di Taman Desa Medical Centre.


Sebaik berjumpa doktor dan memeriksa suhu badan, Kak Ain disarankan membuat pemeriksaan nasal swab test. Sedikit cecair dalam hidung perlu diambil untuk diujikaji.


Adoi! Sakit betul bila jururawat sesuka hati mencucuk dalam-dalam ke rongga hidung Kak Ain! Berpinar rasanya!


Setelah mendapat cecair hidung yang dikehendaki, Kak Ain diminta menunggu sehingga 3 minit sebelum mendapat keputusan pemeriksaan.


Akhirnya, doktor menunjukkan keputusan pemeriksaan. Hanya ada satu garis petanda yang kelihatan. Sekiranya seseorang itu menghidap influenza A H1N1, empat garis petanda akan ditunjukkan. Ini mengesahkan bahawa Kak Ain bebas dari penyakit berbahaya itu.

Alhamdulillah! Secara rasminya selsema yang Kak Ain hidapi ini adalah selsema biasa. Cuma mungkin lambat sembuh kerana Kak Ain kurang mengambil makanan berupa buah-buahan dan sayur-sayuran.

Sekarang ini Kak Ain sedang berehat di rumah. Harapnya selsema dan demam ini akan menjauh pergi secepat mungkin. Doakan Kak Ain cepat sihat ya!

Salam Sayang,
AinMaisarah

23 comments:

farihah said...

kesian kak ain..
kak ain tgh buat novel baru ya?
lama tak update blog
:D

Mimi said...

salam kak ain, belom sihat lagi ke...kciannyer kak ain selesema...makan ubat byk2 taw!!!kak ain, bila impiana 3 nk kluar??

MeZ said...

Cepat-cepat sembuh ye Kak Ain. MeZ dah dapat kad raya Kak Ain. Comel la..

pRiNcEsS yAnIe said...

Moga2 Kak Ain cepat sembuh...
amin

DJ Farahani said...

Salam Kak Ain,

Semoga kak ain cepat sembuh ya ! ;)

Hehe Farah dah terima dah kad raay daripada Kak Ain.Terima kasih banyak2 ya kak ain! :D

• Alya • said...

oh ya kak ain!

tq for the kad raya. hehehe :)

fieka weirdo said...

smoge cpt sembuh eyh kak ain ?
;)

btw , thnx 4 da kad
nice ;)

♥Nurul Aqilah Binti Suhaizam♥ said...

Semogga brjaya candicates PMR!
Kak AIn,semoga cepat sembuh ye.Sayang Kak Ain =)

NurMaryam said...

semoga Kak Ain cepat sihat ya!

Diyana said...

Salam Kak Ain,
Semoga Kak Ain cepat sembuh.

nurul hidayah roslan said...

Slaam kak ain,

Dayah doakan semoge kak ain cepat sembuh. Makan sayuran and buah-buahan banyak ye=D

Take Care,
~dayah~

Ain said...

kesiannyer kak ain
ain doakan semoga
kak ain sihat...amin...

Batrisyia said...

Salam Kak Ain,

Setahu saya, kalau penyakit Influenza A, tak byk bersin.... Apapun, semoga cepat sembuh ye...

Tak lupa jugak, good luck 4 PMR candidates!

Dah lama jugak tak komen entri Kak Ain guna akaun ni...hehe.. ada la akaun lain!! :D

Fatihah Ory said...

Jaga kesihatan dan kebersihan ye akk...
Kalau sakit2 suruh CIk Abang urutkan k.. Hehe :)

Semoga cepat sembuh!

dAyah said...

ala kesiannya T___T
rajin2 makan ubat ok.
i'll pray for u.

- Hidayah Aziz
http://mynameisdayah.blogspot.com

nurulhidayahzulfakar. said...

kak ain, get well soon :)
rehat baik2 yer..

Irfah Ilhami said...

salam....

kesian kak ain, tapi saya pun macam kak ain jugak, tak sihat. huhu...:(. takpelah, sakit itu kan penghapus dosa...:)

Irfah Ilhami said...

Salam...

kesian kak ain, tapi saya pun sama jugak, tak sihat. huhu...:(.. takpelah, sakit itu kan penghapus dosa...:)

banyak2 kan berehat...

✖Mizz Yasmin✖ said...

Alhamdulillah selesema biasa saja.
Semoga cepat sembuh!

mimmy beckett said...

moga cepat sembuh .
umi mimi pun batuk dah sebulan .
xsembuh2 . isk3

Fatimah said...

Semoga Kak Ain sihat sejahtera...bilalah kak Ain nak siapkan IMPIANA 3..

RaRa aZHYieRa said...

Lepas sembuh buat novel baru tau!!!

RaRa aZHYieRa said...

kak ain,saya pun pernah kene cucuk hidung..sebab saya demam 3 minggu!dah sihat tu sakit baleq tu yang geram tu kene dok umah tak leh keluar.dah la stok buku novel kak Ain dah habis baca.maknanya kene kirim ajela..and semoga kak ain sihat selalu