06 August 2009

Peringatan Bersama - H1N1

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pertama sekali, Kak Ain mohon maaf kerana beberapa hari tidak memasukkan entri baru. Sebenarnya Kak Ain sibuk menjaga kesihatan diri dan memulihkan tenaga sendiri.

Seperti mana semua sedia maklum, tiga minggu lepas jadual Kak Ain sungguh padat dengan Program Jelajah Sekolah AinMaisarah. Alhamdulillah, sembilan buah sekolah sudah berjaya dijelajahi.

Sepatutnya Kak Ain meneruskan jelajah minggu ini ke Sekolah Seri Bintang Utara, Cheras pada 4 Ogos - 5 Ogos 2009. Namun sekolah tersebut ditutup akibat virus H1N1. Guru yang menjemput Kak Ain sudah menelefon memberitahu bahawa tarikh jelajah akan dipinda ke satu tarikh lain yang lebih sesuai.

Nampaknya manusia hanya merancang tetapi Tuhan yang menentukan. Kak Ain sendiri demam, selsema dan batuk-batuk sejak minggu lepas. Walaupun demam, Kak Ain kuat-kuatkan diri juga hadir ke sekolah-sekolah yang sudah dijadualkan. Sebaik sahaja tahu bahawa Sekolah Seri Bintang Utara ditutup dan dibatalkan program jelajah, Kak Ain terus ke Taman Desa Medical Centre untuk mendapatkan rawatan dan pengesahan kesihatan. Risau juga terkena H1N1!


Apabila selesai diperiksa, Alhamdulillah Kak Ain hanya mengalami demam biasa. Doktor kata kerana tubuh terlalu penat bekerja. Selsema dan batuk-batuk pula terjadi kerana kualiti udara KL memang teruk berjerebu. Jadi doktor nasihatkan supaya banyak berehat dan kurangkan aktiviti luaran.

Doktor memang minta Kak Ain lebih berhati-hati dengan virus H1N1 ini. Haaaa.... buat makluman semua, inilah rupanya virus H1N1. Macam bentuk buah rambutan, kan? Heheh.


Mengapa Kak Ain perlu berhati-hati? Ini kerana Kak Ain termasuk dalam golongan mereka yang berisiko tinggi boleh dijangkiti virus H1N1:

1) Pesakit asthma
2) Bayi dan kanak-kanak
3) Wanita hamil
4) Menghidapi penyakit paru-paru kronik
5) Individu berimuniti rendah
6) Menghidapi penyakit jantung
7) Warga tua

Doktor beritahu, Kak Ain perlu ambil suplemen vitamin C secara konsisten. Kak Ain juga banyakkan memakan buah-buahan citrus. Satu hari Kak Ain makan 3 biji oren. Tapi mesti yang manis-manis sahaja! Oren masam Kak Ain tak layan!


Alhamdulillah, hari ini Kak Ain bangun pagi dalam keadaan segar. Demam sudah hilang. Batuk dan selsema sudah menjauh pergi. Kak Ain bersyukur sungguh kerana diberi kembali nikmat kesihatan.

Bolehlah Kak Ain melangsaikan BANYAK sangat kerja-kerja tertangguh!

Kepada semua pengunjung Rumah Pink AinMaisarah, jagalah kesihatan ketika suasana kritikal sebegini. Sesungguhnya kesihatan itu nikmat paling berharga dalam kehidupan kita!

Salam Sayang,
AinMaisarah
p/s: Buat makluman, program Jelajah Sekolah AinMaisarah akan berehat sepenuhnya ketika bulan Ramadhan bagi menghormati bulan penuh barakah itu. InsyaAllah selepas cuti hari raya, Kak Ain akan menyambung kembali program tersebut. Jadi, kumpullah duit raya & beli buku PTS ya! =D


15 comments:

-tirah- said...

alhamdulillah,nasib baik k.ain dah sihat kan?kuman2 tu takut k.ain kot,sebab tulah diaorang lari.he,he..just joking...dengan kesempatan ini,atirah nk ucapkan "selamat berpuasa".jgn ponteng tau!=))

ihdinimj said...

kak ain, bila buku latest kak ain akan keluar di pasaran??
saya dah tertunggu-tunggu!

anahasanah said...

harap-harap kak ain sihat selalu

DJ Farahani said...

salam kak ain


alhamdulillah.nasib baik kak ain sihat sejahtera.:)

jaga kesihatan diri ya kak ain!oh ya.fasal asma tu pun cikgu farah dah bagitau jugak.yang kena asma pun sebab sebab dia.:(

Aim said...

Assalamualaikum Kak Ain.

Syukur Alhamdulillah kerana Kak Ain masih sihat! Aim juga sihat. Jagalah diri baik-baik!

Semoga terus sukses!

Salam,
Aim
p/s : Semestinya Aim akan kumpul duit raya banyak-banyak!

fengfk2008 said...
This comment has been removed by a blog administrator.
CaLoN uPsR... said...

mana kak ain dpt gmbr virus H1N1 tue???
x tau plak kak ain ada asma...???

Aida Nursheila said...

kak ain ,jaga diri ya :D

Fatihah Ory said...

Jaga kesihatan..
Guru Besar skola saya mewajibkan semua murid memakai mask. Dikuatkuasakan hari Isnin ini

Activesavage said...

Askum,kak ain..

Alhamdullillah..kak ain cht..;)

Adelah murid sekolah AiN..tapi kene kuarintin sbb abg dye baru balik dari luar negara...Sebaik family dyeorg x kene(trmasuk lah abg dyer jugak)...Alhamdullillah lah..

Sekolah pon terselamat dari H1N1...;)

MIRA said...

Salam kak Ain.
Ini Najwa Amira.(ingat lagi?haha)
Sorry la cause dah tak lama dtg blog akk ni.Lagipun,UPSR lagi 1 month je lagi.

And,apa buku terbaru kak Ain?

♫ ♥ farah ada ♫ ♥ said...

bru saya perasan..
selalunya semua gambar Kak Ain mesti ade spec kan..
kali ni x ada spec la..!
hihi..

alhamdulillah..
semoga Kak Ain terus sihat..
best lah Kak Ain dapat jalan2..
sy x pernah sampai lagi kat Sabah n Sarawak..
InsyaAllah,, suatu hari nanti..Aminnn!!

Nur Farahani said...

hi.kak ain!!!saya nur farahani.saya suka buku kak ain!!!Kak Ain,saya ade buku -AKU MAHU BULI-tetapi saya mahu mendaptkan buku:


1.aku mahu saiz S

dan

2.tak bisa memilihmu.




so,all the best.keep it up,girl!!

Nadhirah said...

Alaa...
Kak Ain...maknernye time Raya baru akak datang skolah sy lar..?
T_T...sedeyh2,,sy punya tk sbar nak tnggu akak dtng..skolah tutop plak..sob..sob..janji taw yme raya datang..!

adlin sofia said...

semoga kak Ain sihat sejahtera selalu...T_T