02 August 2009

Laporan 2: Program Jelajah Sekolah AinMaisarah: SMK Bukit Sentosa, Rawang

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini Kak Ain memasukkan laporan kedua bagi Program Jelajah Sekolah AinMaisarah di SMK Bukit Sentosa. Ini ada sedikit sedutan pendek video ceramah kerjaya penulisan AinMaisarah di SMK Bukit Sentosa. Video penuh akan dikeluarkan apabila Cik Abang selesai mengeditnya.




Di SMK Bukit Sentosa, ribuan terima kasih Kak Ain ucapkan kepada Puan Rofidah. Puan Rofidah adalah guru yang bertanggungjawab menjaga kebajikan dan mempermudahkan urusan program sepanjang dua hari Kak Ain berada di sana. Segala budi baik beliau sememangnya tidak dapat Kak Ain balas. InsyaAllah sekiranya ada rezeki, harapnya dapat berjumpa Puan Rofidah lagi.


Selain itu, pada hari kedua di SMK Bukit Sentosa juga.... Kak Ain berjumpa dengan seorang pembaca setia buku-buku AinMaisarah. Namanya Farihah atau lebih mesra dikenali sebagai Riha. Ini kali ketiga Kak Ain berjumpa dan bertentang mata dengan Riha.


Riha sebenarnya bukanlah pelajar SMK Bukit Sentosa. Riha pelajar darjah enam di sekolah rendah berhampiran. Tetapi rumah Riha hanya sekangkang kucing dari SMK Bukit Sentosa sehinggakan Riha dapat mendengar ucapan Kak Ain ketika perhimpunan! Jadi pada hari kedua, Riha datang ke SMK Bukit Sentosa bersama ibunya.

Riha merupakan antara pembaca buku AinMaisarah yang paling awal. Mula membaca sejak darjah empat dan buku yang mula dibelinya adalah Aku Mahu Popular. Riha juga pemenang tempat ketiga Tokoh Nilam Peringkat Kebangsaan! Kalau nak tahu, Riha sudah menulis lebih 1000 ulasan buku dan majoriti buku-buku yang diulas adalah terbitan PTS One.

Oleh kerana kebanyakan buku PTS sudahpun Riha baca, Riha secara sukarela jadi promoter buku membantu Kak Ain pada hari itu. Nak lihat Riha beraksi, klik sahaja video di bawah ini.



Kepada Riha, terima kasih daun keladi. Lain kali promosilah lagi =D

Seorang lagi pelajar yang banyak sangat membantu Kak Ain adalah Farahein.


Farahein sudi berdiri di sebelah Kak Ain sambil menolong mengipas-ngipas menggunakan buku yang dipegangnya tatkala Kak Ain dikerumuni oleh para pembeli buku yang menyerang bagaikan garuda! Berkat kipasan Farahein, Kak Ain dapat bernafas dan dibekalkan dengan oksigen yang secukupnya. Kalau tidak, ada kemungkinan Kak Ain boleh pengsan kerana suasana sangat sesak, panas dan melemaskan!

Seorang lagi pelajar yang sudah berbudi pada Kak Ain adalah Fasya Rimi.


Fasya membantu Kak Ain menjadi cik cashier ketika waktu solat Jumaat. Kalau Fasya tak ada, memang tak tahulah Kak Ain nak mengawal para pelajar yang menyerbu ketika itu. Dua pembantu Kak Ain pergi solat Jumaat, meninggalkan Kak Ain keseorangan. Terkontang-kanting Kak Ain menerima bayaran buku, mengembalikan baki bayaran, menandatangan buku, memasukkan buku dalam plastik dan melayan permintaan bergambar. Memang Fasya superwomen of the day! Penyelamat AinMaisarah yang sebenar! TQ again Fasya!

Ketika di SMK Bukit Sentosa juga, Kak Ain menerima hadiah dua keping kek coklat yang sedap sekali. Adik Syakira menyambut harijadinya bersama rakan-rakan.


Sungguh Kak Ain tak tahan godaan melihat kek coklat yang mencair di mulut. Makanya, Kak Ain makan kek itu di situ juga!


Ini pula gambar Kak Ain bersama Syakira & the geng. Kami berbincang dahulu bagaimana mahu berposing depan kamera =D Biasalah! Orang perempuan!


Seronok sungguh Syakira kerana harijadi disambut bersama rakan-rakan rapatnya. Kepada Syakira dan rakan-rakan, terima kasih kerana sudi memberikan Kak Ain kek coklat yang sedap sekali! =D


Kak Ain juga tentu ingat dengan Adik Ezlan. Inilah pembaca buku AinMaisarah yang menerima Anugerah Pembaca Paling Comel Sekali!


Tengoklah. Kak Ain siap tangkap gambar Ezlan sampai dua kali! (sebab muka Ezlan ada iras-iras wajah Cik Abang waktu kecil dulu!) Huhuhu!


Kak Ain juga ingat sekali dengan adik Anuwar dan Azli. Dua pembaca ini sudah membaca semua buku AinMaisarah. Anuwar sedang tertunggu-tunggu Impiana III. Dua lagi sahabat Anuwar adalah Aina dan Afina.


Ini pula Asyraf. Membeli buku Aku Mahu Popular dan Janji Anak Yatim. Semoga seronok membacanya!


Di SMK Bukit Sentosa, guru-gurunya juga begitu sporting bergambar dengan Kak Ain.



Puan Mas Nura contohnya banyak betul memborong buku AinMaisarah.


Ketika waktu petang pula, sempat membawa anaknya yang bersekolah rendah iaitu Adik Mira Syaira berjumpa Kak Ain. Apabila ditanya, buku apakah yang Adik Mira Syaira pernah baca.... jawapannya adalah Aku Mahu ke New York 1 dan Aku Mahu ke New York 2. Terima kasih Mira!


Puan Roziah juga adalah salah seorang guru di SMK Bukit Sentosa yang mengenali Kak Ain melalui anaknya. Sayang sekali Kak Ain tidak berkesempatan berjumpa dengan anak Puan Roziah.


Kak Ain juga ingin ucapkan terima kasih kepada Puan Roziah kerana menjadi MC ketika majlis perhimpunan dan memperkenalkan Kak Ain dengan begitu bersemangat sekali. Ini video yang sempat merakamkan suara Puan Roziah.





Kak Ain juga terharu kerana ada guru yang sanggup membawa anak-anaknya yang bersekolah rendah untuk berjumpa Kak Ain.


Ini pula gambar Kak Ain bersama pembaca bernama Fairuza. Kak Ain berkenan sangat tudung Fairuza. Cantik!


Ini pula gambar bersama pembaca-pembaca 1Malaysia.

AinMaisarah juga bergambar dengan hero SMK Bukit Sentosa iaitu Adzri (kanan) dan Syafiq (kiri)


Sempat juga bergambar kenang-kenangan dengan Cik Adik Hazmin (kawan baik Farhana)


Ini pula tiga pembaca pingitan yang sungguh mengkecohkan suasana!


Sekiranya tak percaya cakap Kak Ain, silalah lihat video ini:





Seperti biasa juga, Kak Ain akan bergambar lagi dan lagi dan lagi apabila sahaja ada permintaan bergambar bersama.

~bersama Hanis dan rakan-rakan~


~bersama Nur, Safiyyah dan Syahirah~


~bersama Lynn dan Farhana~


~bersama Hanum, Hidayah dan rakan-rakan~


~bersama Fatin Dalila dan Atikah~


~bersama Amelia, Fairuza (yang bertudung kelabu cantik itu) dan Khadijah~



Ini pula gambar-gambar terhad yang sempat dirakam ketika para pelajar lelaki mengunjungi meja pameran. Seronok sungguh Kak Ain kerana dapat memperkenalkan buku-buku PTS kepada sasaran pembaca remaja lelaki.


Harapan Kak Ain, semoga lebih ramai lagi pembaca remaja lelaki membaca buku PTS, Amin!


Fuh! Selesai juga laporan bergambar yang panjang lebar ini. Kepada pelajar-pelajar dan warga pendidik SMK Bukit Sentosa, terima kasih atas kebenaran memberikan ruang untuk AinMaisarah mempromosi buku.

Sekiranya terjumpa dan terserempak Kak Ain di mana-mana, jangan lupa tegur-tegur ya! =D

Salam Sayang,
AinMaisarah

19 comments:

Khair said...

cool~!!

[khair_zawawi@yahoo.com]

farihah said...

Hehehe........

Kak Ain... cool lah
glamor jugak riha kan (perasan)
Huhu... masa riha promosi buku tu tak jelaslah....

tapi apapun, memang best!

Nurul 'Atiya said...

sronoknya..
sy kalau tgk novel PTS banyak-banyak boleh histeria kot..
hehe
mesti rasa nak beli semua

FaFa_Mye said...

way..
gmba kite ade
iLOVe u kak ain :)
-fasya rimi

EyRaH said...

kak datang la kt ipoh pulak....

yana saaudi said...

kak ain,
kalau sudi,
promosi lah buku2 kak ain tu
kat skolah sy.
tp skolah sy jauh.

SMK (A) Kuala Abang

dkt Kuala Abang, Dungun, Trg.

kalau sudi, dtglah.
kteorg hepy sgt sgt sgt kalau
kak ain sudi dtg.
kay.

=']]

anyeong!~

aim said...

Assalamualaikum Kak Ain!

Wah.. kecoh sungguh 3 anak dara tu!
memang kecoh betul!

Aida Nursheila said...

wahh , bestnya kak ain .
nak buku-buku PTS tu.
dah lama aida tak beli.

clever girl said...

Wah..bestnye..Kak Ain datang la pula Kuala Kangsar..mesti best jumpa Kak Ain.. =P

Nadiee said...

Salam,

Kak Ain bila nk dtg sekolah kita plak?
SMK SS17 ,Subang

fengfk2008 said...

MOTEL
seo
居家看護
法拍屋
白蟻
seo
隔熱紙
高雄縣旅遊
墾丁旅遊
網路行銷

-tirah- said...

wee...bangganya lencana sekolah sendiri ada dlm blog k.ain(gambar mira tu..)

Batrisyia said...

cantik la baju kak ain!

Activesavage said...

Fr0m:AiN/Activesavgae

BeSt..BeSt..

Jealous nier!!!;(

Wow..Kak AiN datang lah sekolah AiN(KLIA)....;)

Kalo Kak AiN nak pi airport..singgah lah sklah ain...dkt jer..;)

SK KOMPLEKS KLIA..Cehceh KLIA konon(huahuahua)..

Buku PTSONE..

Dah lamer AiN x beli..yelah mak AiN x bagi sbb nak dkt UPSR(takutnyer)......Help!!!

Mak AiN kater,''Lps UPSR,nak beli buku tuh satu lorry pon boleh...!!''

AiN kater''Yer ker tuh.''

-Macam x cayer jer tuh-
-Mak AiN gurau jer tuh-
-Kalau nak beli pon 2 buku(Termasuk buku adik AiN)

Ok..lah tuh asalkan dapat beli..kankankan..



To:Kak AiN

girls said...

kak ain jealous lah nengok diorang . kak ain dtg lah skolah kite plisssssssssss ni alamat nye SK Rumbia, 78000, ALOR GAJAH, MELAKA. DTG TAU kak ain saya harap dapat nengok kak ain dengan mata kepala saya sendiri tau kak ain nampak nengok seciput pon jdilah name saya mirza huda athirah bte mokhtar tau kak ain saya darjah 4A tau kak ain . i love you kak ain babai........

adlin sofia said...

ramai giler kak ain punya peminat..he..he..he...

tErabithia gurlz said...

thank kak ain sebab datang sekolah saya...harap lain kali sudi lah datang lagi...

siti fatimah said...

kak ain x nak dtg sekolah saya ke???????????

siti fatimah said...

kak ain x nak dtg sekolah saya ke???????????