16 August 2009

AinMaisarah di Kota Kinabalu : Bhg 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Okey! Entri kali ini Kak Ain sambung lagi cerita tentang lawatan Kak Ain ke Kota Kinabalu. Seperti yang diberitahu, Kak Ain menginap satu malam di Hotel Grand Borneo. Paling Kak Ain suka kerana hotel ini berada dalam bangunan kompleks membeli-belah One Borneo.

Jadi apabila perut lapar berkeroncong, mudah sahaja kami turun ke bawah mencari makanan. Makan tengahari di Penang Village. Pelik juga kerana Penang Village di Sabah ini kosong tiada pelanggan. Kalau Penang Village di KL, penuh sesak tak cukup kerusi!



Kak Ain dan Cik Abang akhirnya dapat juga makan tengahari pada 4.00 petang. Ketika itu perut memang lapar sangat. Rasa macam buka puasa pun ada!



Selesai makan, kami menjelajah kompleks membeli-belah One Borneo. Dengar khabar, ini kompleks membeli-belah paling besar di Kota Kinabalu. Dalam banyak-banyak, Kak Ain tertarik dengan kawasan tempat duduk yang disediakan. Bukan bangku biasa tetapi dihiasi pagar-pagar rumput. Nampak real tapi sebenarnya rumput plastik!

Kak Ain sibuk tanya Cik Abang. Manalah kita nak cari rumput plastik begini. Nak letak di balkoni kondo rumah Kak Ain!



Di One Borneo juga, Kak Ain bertemu jodoh dengan but coklat jenama Charles & Keith. Bila berkenan di hati dan ada saiz 9 muat kaki, terus sahaja Kak Ain beli.



Apabila berjalan di shopping mall, ada satu kedai yang mesti dimasuki. Kak Ain mesti masuk kedai buku dan meninjau sekiranya buku-buku AinMaisarah ada terpamer di bumi Sabah juga. Di Sabah, kedai buku Popular dikenali sebagai kedai buku Harrison memang mempamerkan buku-buku remaja PTS. Ada dua rak di kedai buku ini yang penuh dengan buku-buku remaja PTS.



Buku Kak Ain yang ada di sini hanya ada dua tajuk. Impiana (5 buah buku) dan Tak Bisa Memilihmu (2 buah buku). Lapan lagi tajuk buku AinMaisarah tiada di rak.

Patutlah ramai pembaca Sabah yang memberi e-mel memberitahu bahawa susah benar mereka mahu dapatkan buku-buku AinMaisarah. Rupanya buku-buku Kak Ain memang tiada di rak dan sudah kehabisan stok!

Okey... ini Kak Ain berikan sedikit tips kepada para pembaca di Sabah yang mahukan buku Kak Ain yang lain (seperti Aku Mahu Popular, Aku Mahu Saiz S, Aku Mahu Teman Tapi Mesra, Aku Mahu Buli, Aku Mahu ke New York, Impiana II dan BSB Kini Berwajah Baru)

Pergi ke kaunter dan buat tempahan buku tersebut. Beritahu tajuk buku, nama pengarang dan jumlah buku yang ingin dibeli. Nanti pihak kedai buku akan maklumkan kepada PTS bahawa stok buku yang dimahukan sudah kehabisan dan perlu dihantar stok baru.

Pihak kedai buku juga akan maklumkan melalui telefon kepada pembaca sekiranya stok baru sudah ada di kedai (stok baru mengambil masa sebulan untuk sampai)

Semua ini adalah free of charge dan membuat tempahan buku di kedai buku tidak memerlukan sebarang bayaran tambahan.

Haaa... mudah bukan?

Okey.... selesai menjenguk kedai buku, kami singgah di food court dulu. Mesti makan kenyang-kenyang sebelum balik ke hotel.

Nama food court yang kami singgah adalah SHIOK dan konsepnya sedikit berbeza dengan food court di KL. Mengapa Kak Ain kata berbeza? Ini kerana, di sini.... pelanggan diminta duduk di meja dan diberikan menu yang tebal. Menu ini mempamerkan senarai makanan dan minuman semua gerai yang ada.

Haaa.... inilah menunya!


Kemudian, pelayan berbaju kuning akan mengambil pesanan. Makanan akan dihantar dan dihidangkan. Isk! Terasa macam di restoren dan bukan di food court!

Selesai makan, kami balik ke bilik dan Cik Abang buat persiapan untuk presentation Mobile Content Challenge pada keesokan harinya.

Itulah sebahagian cerita Kak Ain di Sabah. Kak Ain tidur satu malam sahaja di Sabah sebelum bertolak ke Sarawak. Entri selepas ini, tentunya cerita pengalaman Kak Ain di Sarawak pula!

Salam Sayang,
AinMaisarah

9 comments:

Khazinatul Yusra said...

Salam Kak Ain,
wow,bestnya!!

Farahani said...

Salam kak ain!


wah.bestnya kak ain!
kalau farah duduk di sabah,
pun kena buat tempahan di kedai buku la yep?

kalau sarawak pun sama?
ngeee.

harapnya kak ain sihat sejahtera!

nurul hidayah roslan said...

Salam kak ain,

wah! berjalan sakan nampak!=Dheheh

iklansebentarbersamabuku said...

Wah bestnya! :)

Nyna said...

wah,k.ain .. sronok nampak .. bler sy boleh dapat novel aku mahu popular ye k.ain ? sy da byr tapi mase tu k.ain wat jelajah skola ..

Fieza said...

Wow..bestya Kak Ain jln2 kat Sabah
Kak Ain jaga diri baik2 ye..
Good Luck ,Kak Ain!!

RaRa aZHYieRa said...

wow,bestnya kak Ain ke sana!!

RaRa aZHYieRa said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

akak!
sy pnh mkn kat tmpt akak mkn!
kat kdai bku 2 lah sy slalu bli bku kak ain!
tp kdai bku lain ade bku kak ain..