Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Tiga bulan lalu, Kak Ain telah membuka pendaftaran Sekolah Sri Bangsar dalam majlis pelancaran Novel BSB - Kini Berwajah Baru.
Kini, Sekolah Sri Bangsar telah mempunyai 3000 orang pelajar yang terdiri daripada pembaca-pembaca buku AinMaisarah. Kak Ain tersangatlah gembira dengan perkembangan ini. Kak Ain tak sangka, pembaca Kak Ain akan berkumpul seramai ini dan aktif secara online di laman web Sekolah Sri Bangsar. Jumlahnya pula semakin bertambah dari sehari ke sehari.
InsyaAllah, jika ada rezeki nanti.... Kak Ain akan membeli sebuah bangunan yang boleh dijadikan Sekolah Sri Bangsar. Amin!
Kak Ain mahu Sekolah Sri Bangsar ini menjadi sebuah sekolah yang sangat BEST-TRENDI-COOL. Seronok betul apabila Kak Ain pasang angan-angan ini sambil berbincang dengan pengurus Kak Ain.
Kak Ain terbayangkan sebuah bangunan rumah banglo yang amat besar di sekitar Bangsar [tapi Cik Abang cadangkan Bangi] Rumah ini Kak Ain akan ubah menjadi sebuah sekolah tetapi masih lagi mempunyai identiti rumah. Ala-ala konsep Home Sweet Home gitu.
Kak Ain terbayangkan ruang utama banglo ini ditransformasi menjadi ruangan butik buku. Bila berangan-angan ni, tak seronoklah kalau berangan tapi tak ada gambar. Jadi Kak Ain sertakan sekali angan-angan AinMaisarah tentang Sekolah Sri Bangsar secara bergambar.
Kak Ain mahukan ruangan butik buku sebegini:
Mesti ada WiFi percuma bagi membolehkan para pembaca akses internet juga:
Rak-rak buku mestilah yang berbentuk stailo-mailo juga:
Di butik buku ini, semua pelajar Sekolah Sri Bangsar yang berdaftar boleh datang membaca buku di ruang utama sambil baring-baring atas sofa jenis bean bag:
Anda juga dibenarkan berguling-guling gaya bebas sambil baca buku di atas permaidani tebal yang macam tilam.
Apabila para pembaca sudah penat membaca, bolehlah singgah pula ke kafe yang disediakan. Makanan di kafe itu nanti adalah makanan-makanan ringan yang sesuai dimakan ketika membaca buku. Kak Ain peminat kek, jadi kafe itu mestilah menjual pelbagai jenis kek:
Tentu sedap makan semua jenis tart-tart yang comel bentuknya ini sambil baca buku Aku Mahu Saiz S, kan? Huhuh! Rosak diet!
Brownies coklat juga wajib ada di kafe butik buku itu nanti. Ini makanan manis favourite Kak Ain!
Okey.... kita pergi ke bahagian ruang terbuka di tengah bangunan Sekolah Sri Bangsar ini pula. Di ruang paling tengah, Kak Ain mahu ada sebuah kolam renang di situ. Nanti bolehlah Kak Ain buka kelas belajar berenang (memang besar angan-angan sebab Kak Ain sendiri tak pandai berenang!)
=(
Tak apa. Tak apa. Angan-angan masih boleh diteruskan. Kita boleh panggil seorang jurulatih renang untuk mengajar kita. Ada sesi untuk pelajar lelaki. Ada juga sesi berasingan untuk pelajar perempuan. Nanti bolehlah AinMaisarah dan para pelajar Sekolah Sri Bangsar pandai berenang cara kuak lentang, kuak kupu-kupu dan kuak katak!
Swimming pool ini pula dikelilingi oleh 10 buah bilik tidur seperti chalet. Setiap chalet ini boleh menempatkan 4 orang pelajar. Jadi bolehlah Kak Ain aturkan kelas photoshoot, kelas penulisan kreatif, kelas buat blog popular, kelas hias cupcake, kelas solekan, kelas mengenalpasti bakat, kelas personaliti, kelas public speaking, kelas penampilan diri dan pelbagai lagi kelas yang memerlukan pelajar tidur 1 malam di situ.
Kak Ain bayangkan chalet tempat tidur pelajar mempunyai dekor moden juga. Chalet coklat ini tentu sesuai untuk pelajar lelaki.
Chalet berwarna ungu dan pink pula tentu untuk para pelajar perempuan Sekolah Sri Bangsar! Haaa... cantik tak?
Dewan pembelajaran pula lokasinya berdekatan dengan swimming pool. Kerusi belajar mesti selesa. Kak Ain sukakan kerusi-kerusi yang berwarna ceria. Barulah semangat nak belajar, kan?
Dewan pembelajaran ini boleh ditukar kepada mini cinema dalam masa dua perpuluhan tiga saat. "Mari kita saksikan geraklaku perlahan." Heheheh, macam cerita GABAN tukar baju tahan api!
Jadi ada masa kita boleh bersantai sambil tengok wayang percuma!
Setiap pelajar juga akan dibekalkan dengan sebuah laptop SONY VAIO yang kecil molek ini sepanjang mengikuti kursus kendalian AinMaisarah di Sekolah Sri Bangsar.
Boleh pilih warna yang menjadi idaman hati. Tapi Cikgu AinMaisarah chop laptop warna merah dulu ya!
Lebih kurang begitulah angan-angan AinMaisarah apabila membayangkan masa depan Sekolah Sri Bangsar. Doakanlah Kak Ain berjaya menjadi penulis yang jutawan. Jadi dapatlah Kak Ain merealisasikan impian dan angan-angan mahu tubuhkan Sekolah Sri Bangsar yang ada bangunannya sendiri.
Kepada semua pelajar Sri Bangsar, mari kita berangan-angan di hujung minggu begini. Kongsi bersama bayangan anda tentang Sekolah Sri Bangsar yang sempurna di ruangan komen ya!
Salam Sayang,
AinMaisarah
p/s: Kak Ain tak mahulah mendaftar di Syarikat Impiana demi untuk menunaikan impian Kak Ain ini. Kak Ain perlu kerja keras menulis buku. Harapnya duit royalti buku-buku Kak Ain di masa hadapan akan mencukupi bagi Kak Ain merealisasikan angan-angan Sekolah Sri Bangsar! Amin.
47 comments:
Wah!Hebatnya!Seronoknya kalau Sekolah Sri Bangsar betul-betul wujud!Saya bayangkan sekolah tu macam ni..
1-Dipenuhi warna biru!
2-Ada perpustakaan komik
3-Ada kolam renang macam yang Kak Ain nak.
4-Ada perpustakaan yang menempatkan semua buku-buku Ain Maisarah.
5-Setiap kelas ada aircond!
6-Uniform yang comel!
7-Ada kelas melukis untuk sesiapa yang berminat
8-Bilik asrama yang sempurna dari semua sudut.
Saya rasa tu je lah.Pasal laptop tu saya nak warna biru!Hihi!
Saya sentiasa doakan agar Kak Ain murah rezeki spy dapat tubuhkan sekolah ini satu hari nanti.Amin!
WAh KAk AIn....
best nyew....
SYiqn nak semua WARNA BIRU MCM CHIDORI KTEW KAn....
LAPTOP PON smew....
SAYA NK SEMUA MCM KAK !!!!
SORY>>>YG LAST TUH>..MCM KAK AIN EK!!!!
Salam,
wahhh...bestnyee!!!
..o_O!!...
wah!!bestnye!Kak Ain..Najwa nak Laptop yg warna putih la...cantik..bersih..
Salam Kak Ain!
Wahh!3000?Macam tak percaya!:D
Farah pun terbayang macamana sekolah tu nanti.
Kalau realiti,lagi best!XD
Farah hijau!Hijau!:D
waah.sem0ga angan-angan KakAin menjadi kenyataan.erm,Aqilah setuju cakap cik abang KakAin"Buat di Bangi"sebab nanti aqilah,farahani dan dayah b0leh daftar sek0lah tu:P
bestnyer.....
wuhuu......... jom berangan lagi! Riha nak tambah sikit... dekat butik buku ada pewangi aromaterapi lavender, muzik instrumental yang menenangkan minda...hahaha.... nak lagi best dan umph, 'play'kan muzik sampe macam Aku Mahu Ke New York. wah... mesti mahal yuran sekolah ni! Mewah sungguh! Riha nak laptop biru! Blue blue blue (rumah sukan Tengku Affin)
hebat laaa kak ain...
sayer ske part yunk sumer plaja ader laptop 2
pergh best nyer....
sayer doa kan kak ain erjaya k...
Amin...
Kak Ain, laporan 2 Jelajah Ain Maisarah SMK Bukit Sentosa Kak Ain taknak postkan ke?
Alah....yang Riha datang masa hari tu..
Kak Ain tak postkan lagi ek?
.:Curious:.
Postkan cepat cepat ye Kak Ain!
Riha tak sabar sabar nak tengok klip video dengan gambar Riha promosi buku Kak Ain.Hehe....
:p
Kak Ain tak marah kan?
:.:.:.:.:. jangan marah ya... kak ain kan always HAPPY!!
Kak Ain dah sihat? Tak kena H1N1 kan?
Salam kak Ain,
yang laptop tuh saya pilih warna hitam yerk!!tapi kalau boleh saya nak warna pink,hahahahahaha...Tapi kak Ain, masatuh kitaorang dah dewasa kut n then masuk sekolah semula...mesti bestkan??Tapi kak Ain sekolah tuh jangan jauh sangat yerk kak Ain....Bye!!
Salam sweet,
alyiafarzana
salam...
kak ain.
dora harap direalisasikan angan angan tu...
tp hrp pergaulan diantara lelaki ngan pompuan dijaga batas pergaulannya...
haram kalo terlalu bebas pergaulan tu...
saya harap sgt kkalo disiapkan skkola tu...
ameen..
nak laptop warna hitam...
baru bergaya...
salam ingatan
thedoraemon...
Salam Kak Ain.
Bestnya kalau ada sekolah macam tu.
Kalau macam tu lah sekolah,tak balik rumah alamatnya,Kak Ain.
Perhimpunan sekolah start pukul 7:30 pagi,pelajar-pelajar semua dah tunggu depan pagar sekolah dari pukul 5:30 pagi sebab nak guling-guling kat galeri buku tu.
Tapi memang bestlah angan-angan Kak Ain.
Dapat gred A++++++++++++++++++
Manalah tahu,tiba-tiba jadi realiti lagi bagus!!
Anyway,iEm nak laptop VAIO yang comel-molek yg warna HIJAU!
Save one for me,Kak Ain!
Kak Ain, aduhaaaaai, baca entri ni bagaikan fantasi yang sangat membahagiakan! Ecece hehe. Semoga fantasi ini menjadi relaiti.
Amin ya Rabbal 'Alamin! :))
wahwahwah!
indah sungguh angan-angan kak ain. :)
tapi dalam banyak angan-angan kak ain tu, satu je yang membuatkan imah ikut berangan melebihi segala-galanya. haha!
laptop vaio itu! ohhh!
idaman kalbu! x)
nanti asingkan imah punya warna putih ye. huehue~ x)
wah...bestnyerk!!!soooo coooll....
wah... canteknya...kalau anahasanah jadi jutawan...anahasanah nak sedekahkan duit tu bagi dekat kak ain
salam kak ain...
saya nak tyer ape syarat2 nak masuk skolah sri bangsar....saya andaikan klu impian kak ain tercapai ia akan jd sekolah yg menjadi rebutan...mesti golongan elit je kan yg mampu...camne erk...terasa segalanye terlalu mewah...tp amat menyeronokkan..
Assalamualaikum Kak Ain!
Bagaimana pula KANTIN?
Apakata...
Kak Ain buat perkhidmatan TOUCH & GO di KANTIN!
Mesti best!
Tak payah susah-susah beratur di barisan siput sedut setiap hari!
Tahniah kak Ain , pelajar Sri Bangsar telah mencecah 3000 orang !
Wahh,
angan-angan kak Ain memang membuatkan saya teruja :D
Bestnya !
Kalau chalet girls macam tu kan , so sweet !
Laptop tu saya nak chop warna putih :D
Kak Ain pilih warna merah :D
Tapi tak pelah tak sama pun terima je la.
Tapi bestlah angan-angan kak Ain tu.
Semoga menjadi kenyataan ya !
Amin!
Salam !
WAh...semoga segala impian KAk Ain tercapai..Amin.najwa cop warna merah..kalau ade warna ungu atau pink ..najwa nak cop dulu =P
wah!!sememangnya angan2 kak ain mmg tip top!!!yana pun selalu terbayang..ah!!alangkah bahagianya kalau SSB menjadi sekolah yg realiti!!!!
wah kak ain.. bestnya kalau betul-betul ada Sekolah Sribangsar.
Saya nak chop laptop colour hitam.
Kak Ain x baik tau berangan sampai camtu skali...
bestnya..........
setuju buat kat bangi!! kalau buat kat seksyen 3, lagi setuju!! daftar free...
Wah kak ain..mmg syok la..kalu bilik tidur cam tu...tu bukan sekolah kak ain...tapi perpustakaan..hihi..bestnya..ade kafe..ishh bestnya..saya pun dh terbayang-bayang..mmg best..ade kolam renang...gillll..bestnya..saya doakan kak ain buat sekolah tu..nnti saya jadi pengawas kat sekolah tuu
Bestnya kalau sekolah sri bangsar betul -betul wujud
oh,buku BULETIN BSP-KINI BERWAJAH BARU saya sudah ada buku itu...buat pengetahuan kak Ain,sejak lima tahun saya suka baca buku kak Ain sehinggalah sekarang...
kalaulah BSP itu wujud ,kak Ain kena buat kat Melati tau!!!nanti boleh daftar.he..he..he..
harapnya angan2 kak ain tu jadi knyataan ;)
huhu , best jugak angan2 akk tuhh , iqa pun bole trbayang kseronokn & manfaatnya .
deco yg mnarik , byk kmudhn & suasana tnang & nyaman .
mnyeronokkn rsenye kn .
hehe gudluck utk akk dlm bdng ni ye .
keep it up dear sis ;)
truly,
iqa
bestnya!
bestnya...terbayang kalau wujud betul..kak ain, saya cadangkan buat la ala2 summercamp,kak ain peruntukkan 1 hari utk belajar indoors,1 hari explore hutan ke...last day..SANTAI NGAN KAK AIN....
P/s: saya cop laptop tu warna putih...memang dah lama menginginkannya..anyway, saya akan sentiasa mendoakan kakain berjaya merealisasikan impian kak ain yang satu nie...
fulamak... hebat laaa... my dream school.. amin... mintak2 kak ain bleh bukak skolah 2 satu ari nanti..
fulamak...
gempaknye skolah ni..
boleh la sye nak jd salah seorg plaja nye nanti...
sye nk tmbah sesuatu..
kn best kalau skolah 2 ade sebuah taman...
taman yg byk bunge...
yg indah..
boleh jadi ruang bersantai kalau xde aktiviti..
fulamak... hebat laaa... my dream school.. amin... mintak2 kak ain bleh bukak skolah 2 satu ari nanti..
wawawaw!!! bestnye klu ssb dibina..saye cadangkan ahli berdaftar x pyh bayar yuran..cume bawak duit sendiri nk beli mknan..
yg mane nk masowk tapi x daftar kene bayar yuran..tapi yuran bape erk ?? klu camni kene beli buku ainmaisarah banyak2 biar kak ain cpat jadi jutawan..hahaha
kalau mimpi kak ain capai,kak ain mesti ckp kat 1 malaysia tau....
n lgi 1 saye cadangkan buat la klas menari n menyanyi......
then saye pon nak masuk gak.........
luv ur idea kak ain !
klau sye, sye nk cop laptop kaler putih! ^_^
saya pun macam kak Ain.saya pun ada daftar kat SSB.id saya nurulfatin.
hebat betul angan kak ain saya nak anggan 2 jugak
sekolah sri bangsar
1.Tak ada buku latihan guna pendrive je
2.Setiap orang dibekal kan lap top vaio
3.Ada perpustakaan yang bebas duduk,meniarap macam macam lagi ada
4.Semua bleh sewa rumah berdekatan dengan sekolah sri bangsar khas untuk pelajar sahaja
5.Rumah sewa tu ialah rumah banglo cam Fasharina Binti Tan Sri Hisham
6.Harga sewa ialah rm 5 untk lima tahun.
7.Setiap rumah banglo ada kolam renang
8.Koperasi sekolah setaraf Kedai Buku Popular
9.Makmal sains setaraf Petrosains
10.Ada cikgu pfofesional
11.Perpustakaan sebesar rumah teres 2 tingkat
12.Laptop nak warna hitam
13.Tapi saya umur 9 thn
14.Ada pemandu cam Pak Mat {pemandu Fasha}
15.Ada aircon setiap kelas dan setiap koridor
16.Pasang kabus palsu {cam yang Fasha sewa}
17.No uniform
18.Setiap hujung minggu ada bufet {cam kat hotel 10 bintang
19.Setiap bulan ada rombonggan ke {contoh}Bali,New York,kalu ada negeri cake kan best ha ha
waahh kalau cm2 saya pown nk skolah kat ssb..mesty bez...
Wah! best nye! tapi, sblm tu, sye nk tau, mcm mne nk join SSB?
Wah ! Bestnyaaaaaaa ..
Post a Comment