11 July 2009

Laporan Program Jelajah Sekolah AinMaisarah: SMK PERIMBUN III

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Seperti dijanjikan, entri kali ini Kak Ain menyambung cerita lagi dengan mempamerkan gambar-gambar kenangan di SMK Perimbun.

Alhamdulillah, kedatangan Kak Ain ke sekolah ini membolehkan Kak Ain berjumpa dengan tiga orang pengunjung laman web AinMaisarah. Kak
Ain memanglah tersangat-sangat menghargai para pembaca buku yang turut mengikuti perkembangan di laman web www.ainmaisarah.com

Salah seorangnya adalah Ain @ Miyabi. Hari pertama, Ain tak beritahu pun bahawa dialah pengunjung Rumah Pink yang pernah memberi komen di laman web Kak Ain. Hari kedua barulah bocor rahsia. Haaa.... sengaja nak buat Kak Ain tertungu-tunggu ya!


Kak Ain juga tentu ingat dengan Kyna Razak. Dua kali dapat berjumpa. Harapnya Kyna terus setia mengunjungi laman web Kak Ain ini! =D


Ini pula gambar Kak Ain dengan Saleemah @ Sally Bumblebee. Orangnya kecil molek tetapi peramah! Hope to see you again dear!


Kak Ain juga selalu berpesan kepada para pembaca yang menemui Kak Ain. Masuklah dan jenguklah Rumah Pink ini selalu kerana Kak Ain akan bercerita dan meletakkan pelbagai entri tentang hidup Kak Ain. Nak tahu informasi terbaru buku-buku AinMaisarah, mesti masuk Rumah Pink!

Inilah wajah-wajah pembaca buku AinMaisarah di SMK Perimbun. Terima kasih semua!






Ini pula gambar-gambar gelagat pelajar SMK Perimbun sepanjang dua hari Kak Ain di sana. Khusyuk sungguh meneliti dan membelek-belek buku remaja PTS. Kak Ain rasa cukup bertuah kerana dapat mempromosi buku-buku di sini.







Tak lupa juga.... sesi bergambar beramai-ramai! =D



Inilah keseluruhan koleksi gambar AinMaisarah di SMK Perimbun. Memang sedih rasanya Kak Ain nak berkemas meninggalkan sekolah tersebut pukul 4.00 petang, pada hari Jumaat yang lalu. Tapi Kak Ain pasti akan kembali sekiranya ada peluang dan rezeki nanti.

Sehingga kita jumpa lagi. Sayonara!

Salam Sayang,
AinMaisarah

10 comments:

DJ Farahani said...

Assalamualaikum Kak Ain!


Wah,banyak betul gambar Kak Ain bersama peminat ya!:D

Lupa Farah nak cakap semalam,Sek.Keb.Jalan 3 ada tak termasuk dalam Jelajah Sekolah Ain Maisarah?

✖Mizz Yasmin✖ said...

Syoknya...
Yang lelaki tu datang tengok je ke?
hahaha..

ramai betul peminat kak ain..

S a l l y Bumblebee(:™ said...

woah, ada gmbr (;
hahaha kak, come to our shool again okay (:

#Farah Hanum said...

assalaammualaikum..
erm cemburunya...jumpa kak ain kat sekolah sendiri boleh sembang2 lama-lama(boleh ke?)hehehe pernya taan yg sama buku aku mahu bergaya x kuar agi ke kak ain?ermmm i'm waiting.

wassallam.
farah hanum

Nuraina Fathinie said...

Salam Kak Ain..
Saya Peminat akak...
Sya minat sgt buku akak...
Rakan kelas kami nk ajak akak tuk dtg ke sekolah kami...
Kalau boleh akak add la list nme sekolah kami ke Jelajah Sekolah Ain Maisarah..

Dari Nuraina fathinie,SMK Panchor

nur said...

Nuraina fathinie,SMK Panchor
awak pun sekolah menengah panchor ke??
dekat kampung panchor??

kak Ain,
nanti kalau kak Ain pergi sekolah saya buat lah permainan ...(boleh ke?)

kami M.A.K.N.A. ;) said...

salam kak ain,

teima kasih sesgt sbb masukkan gmbr saya.
hope to see u again.

kyna razak

MeZ said...

Bestnye. Tak sabar nak tunggu Kak Ain nak main Skolah MeZ pula..

Nuraqilah Izzati said...

salam kak ain..
kila nak tanya niey..
k.ain ade x rancang nak p
smk permpuan kapar,klang??
saje jer nak tanye..
sebab kat sek ade dengar cite
kak ain nak datang....

anahasanah said...

Kak Ain Tahun Depan Ada Lagi tak Jelajah Sekolah Ain Maisarah?????