11 July 2009

Laporan Program Jelajah Sekolah AinMaisarah: SMK PERIMBUN II

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Semalam selesai juga Program Jelajah Sekolah AinMaisarah ke destinasi kedua iaitu SMK Perimbun, Cheras.

Memang Kak Ain cukup seronok berada selama dua hari di sana. Pengetuanya begitu prihatin. Guru-gurunya cukup peramah. Para pelajarnya pula aktif bertanya itu dan ini. Selain berucap sewaktu perhimpunan tentang kareer penulisan, Kak Ain juga turut diwawancara oleh sidang redaksi Majalah SMK Perimbun bagi mengisi slot Bicara Tokoh.

Sesungguhnya Kak Ain amat menghargai layanan baik yang diterima. InsyaAllah ada rezeki, Kak Ain akan ke SMK Perimbun lagi ya!

Kak Ain juga mahu ucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Puan Massritah selaku Penolong Ketua Kokurikulum SMK Perimbun kerana sentiasa menjenguk dan bertanya keperluan Kak Ain sepanjang dua hari di situ.


Dua anak Puan Massritah juga adalah pembaca buku AinMaisarah. Nabilah dan Hazimah juga selalu datang ke gerai dan berbual dengan Kak Ain. Kak Ain harap Nabilah dan Hazimah enjoy membaca buku Impiana I dan Impiana II ya!


Kak Ain juga sempat bergambar bersama Hafiz, Tokoh Nilam SMK Perimbun. Banyak sungguh buku yang pernah dibaca oleh Hafiz. Kak Ain turut berbangga apabila tajuk buku-buku AinMaisarah ada terselit dalam laporan Nilam oleh Hafiz =D Teruskan usaha ya!


Ini pula gambar Kak Ain dengan seorang lagi pelajar lelaki yang membaca buku AinMaisarah. Namanya juga Hafiz. Hafiz sangat berminat dengan bidang penulisan. Hafiz tak kekok bertanya Kak Ain bermacam soalan. Sempat juga menunjukkan cerpen yang ditulisnya bertajuk 'Permulaan Alam Persekolahan'. Kak Ain harap Hafiz berjaya menjadi seorang penulis pada masa hadapan ya!


Seorang pelajar lelaki berbangsa Cina turut membeli buku AinMaisarah. Adik Ming Chuan membeli buku bertajuk 'Aku Mahu Buli'. Hope you enjoy reading the book!


Okey.... sekarang kita lihat wajah-wajah cantik berseri pembeli perempuan pula! =D

Terima kasih kepada Marliana dan Balqis kerana sudi datang bertandang ke gerai Kak Ain. Comel dan bubbly sungguh anda berdua!


Begitu juga dengan Aida dan Farhana. Soalan-soalan Aida kepada Kak Ain semuanya tentang dunia penulisan. Aida ada bakat jadi wartawan! =D


Dua pelajar bercermin mata yang comel ini namanya Athirah dan Aina. Kak Ain suka cermin mata anda berdua. Kak Ain pun sebenarnya sudah lama teringin nak bercermin mata. Tapi Kak Ain tak suka tudung jadi terganggu lipatannya =( Hmm... kena dapatkan tips bertudung tetapi bercermin mata daripada Athirah dan Aina!


Ini pula gambar Kak Ain bersama Amirah. Amirah tidak beruniform sekolah kerana Amirah bukanlah pelajar SMK Perimbun. Amirah belajar di SMK Bandar Tun Hussein Onn. Datang ke sekolah kerana ibunya seorang guru di sini. Kak Ain juga akan ke SMK Bandar Tun Hussein Onn. Ia salah satu sekolah yang masuk dalam senarai Program Jejalah Sekolah AinMaisarah. Nanti kita jumpa lagi di SMK Bandar Tun Hussein Onn ya!


Kak Ain juga sempat berposing dengan Cik Adik Syahirah. Orangnya bertahi lalat di tepi bibir. Manis sangat!


Apabila berada di sesebuah sekolah, Kak Ain akan datang pukul 9.00 pagi dan selesai bertemu pembaca pukul 4.00 petang. Ini kerana, Kak Ain perlu menunggu sesi rehat pelajar sebelah petang juga. Antara pelajar sesi petang yang Kak Ain jumpa adalah Qamarina dan Syahirah.


Ini pula Hasreen. Hasreen ada bertanya Kak Ain. Adakah Kak Ain akan datang lagi ke SMK Perimbun pada tahun hadapan? InsyaAllah, sekiranya panjang umur dan dapat jemputan, tentu Kak Ain datang!


Ada banyak lagi gambar-gambar pembaca buku AinMaisarah yang Kak Ain akan masukkan dalam entri selepas ini. Kak Ain tak sempat masukkan semuanya kerana selepas ini Kak Ain perlu bersiap ke PKNS Bangi. Ada acara buku di sana pula.

Jadi kepada semua para pelajar SMK Perimbun yang datang berkunjung ke Rumah Pink AinMaisarah ini...........


.....tunggu entri selepas ini pula ya!

Salam Sayang,
AinMaisarah

14 comments:

-tirah- said...

k.ain,cepat tengok blog sayaaa..he,he..ada surprise nih!

marliana_faraleeya said...

yeye..gmbr ngan kak ain da msuk..

#Farah Hanum said...

Assalammualaikum..
wah!!bestnyer...kak ain tak gi skolah kebangsaan ke??ermmm...tappi nampak best sangat larrr..buku terbaru apa yang kak ain akan terbit?buku aku mahu bergaya dah kuar?jawab nyer..kak ain.kalau ader masa kak ain dtg blog sayer.

wassallam.
farah hanum

~t-ra~.. said...

wa..
meriah ler..
jeles seyh..
llk pon bce bku k.ain..
ingt pomp jek ske bce bku cmnie..
nway gud luck k;)
hope dpt jmpe k.ain..

me as me ;) said...

urm , assalamualaikum kak ain.
saya nak tanya , SMK subang ada tak termasuk dalam senarai Jelajah Sekolah AinMaisarah ?

macam mane nak menyertai program ni?

MeZ said...

Bestnye... teringin la nak jumpa Kak Ain dekat sekolah sendiri..

DJ Farahani said...

Assalamualaikum Kak Ain!

Wah!Bestnya!=D Kak Ain jumpa peminat!:DD

Err.. Sekolah Farah ada tak dalam senarai Jelajah Sekolah Ain Maisarah?

sweet mairah said...

kak ain kat smk bandar tun hussien onn2 x der ker??

sweet mairah said...

balas kat blog mira tau..

♫ ♥ farah ada ♫ ♥ said...

salam kak ain..
nak tanya..
sekolah kat negeri terengganu tak termasuk dalam program jelajah sekolah ain maisarah ke?

by the way, saya ada bagi award untuk kak ain..
harap kak ain terima..
boleh ambil award tu kat blog saya..
lastly,,
stay cute okay!

nabilah said...

salam kak ain :)
buku tanpa da siap ke blm ?
excited ni :D
klau tk siap lg ,
kak ain siapkanla cpt2 ea . hee

nabilah said...

salam kak ain :)
buku tanpa da siap ke blm ?
excited ni :D
klau tk siap lg ,
kak ain siapkanla cpt2 ea . hee

adlin sofia said...

K.Ain tengok blog Fia.....pleasssseeee.....

adlin sofia said...

ye...saya sokong Farah...nape tak datang skolah kebangsaan??nape??napppee???