09 July 2009

Laporan Program Jelajah Sekolah AinMaisarah SMK Perimbun

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kak Ain baru selesai menjalankan program di SMK Perimbun Cheras.

Ya Allah! Letihnya tak boleh nak cakap!

Kak Ain tiba di SMK Perimbun pukul 6.50 pagi dan diberi slot berbicara tentang kareer penulisan ketika perhimpunan.


Di hadapan 1200 pelajar.... Kak Ain kongsikan bersama segala informasi dan pengalaman Kak Ain selama dua tahun bergelar seorang penulis.


Tepat pukul 9,00 pagi, Kak Ain memulakan sesi bertemu pembaca pula. Seperti biasalah, ketika ini Kak Ain melayani semua pembaca. Kak Ain akan menandatangani buku yang dibeli, bergambar dengan pembaca dan mempromosi sepuluh karya AinMaisarah. Tidak dilupa, Kak Ain bawakan juga novel-novel remaja PTS.


Setakat ini sahaja gambar yang mampu Kak Ain masukkan. Kak Ain perlu tidur awal malam ini kerana esok pagi-pagi akan bertolak lagi ke SMK Perimbun, Cheras.

Kak Ain ucapkan terima kasih kepada Kyna Razak dan Sally Bumblebee@Saleemah iaitu dua orang pengunjung Rumah Pink AinMaisarah yang juga pelajar di SMK Perimbun kerana sudi berjumpa Kak Ain. Esok harapnya kita dapat berjumpa lagi ya!

Kak Ain sudah bergambar dengan Kyna Razak... dengan Saleemah belum lagi =( Harap esok ada kesempatan nak bergambar dan posing-posing bersama.

Okeylah..... Kak Ain nak sangat jumpa tilam dan bantal yang empuk itu!

Salam ZZZZZZZZZZ,
AinMaisarah
p/s: Kepada Cik Adik Miyabi.... bilakah kita akan bersua dan bertentang mata? =D Hope to see you dear!

16 comments:

fashionableSHUHA said...

kak ain,good luck semoga berjaya^_^.

Shahira~Shasha said...

em....kalu saya nak jemput kak ain, tahun depan baru boleh....tahun ni sibuk. Maklum,nak periksa....
insya-allah....tgklah smk mana yang saya ditawarkan dan daftar,smk itulah bertuah kwe kwe kwe
kak ain,saya nak jemput kak ain ke smk bertuah tersebut...hehe

Alyia Farzana said...

Wah,bestnya!!!!Saya harap sangat kak Ain dapat pergi sekolah saya!!

M E Z said...

Jelesnye...

Siti Nabilah Norhisham said...

kak ain , jmpe esk :P
tndatgn lgy bku . hee :D
& blog akak lawa ! kaler pink :)

Anonymous said...

wahh.
makin rmai lak pelajar perimbun kat sini ye.
HAHA.
esok jumpa lagi ya.

Farahani said...

Salam Kak Ain!


Hurm,Farah tak sabar nak tunggu Kak Ain!Tunggu Dayah bagitau Pn Norian dulu!=D

Kak Ain,rehat bebanyak ya!

Fatihah N. said...

hehehe
bestnyer dorang

Sally.Lacroixx™ said...

hai kak,
best ouh jmpa tadi :)
thanks for signing my books :)

Fieza said...

Kak Ain..success selalu...
good luck...

Miss Alisa said...

Yey yey! Kak Ain nk gi SMKTPG. Kakak saya sekola situ :)

Anonymous said...

kak ain!
good luck and success k?!

oh, macam pernah ku kenal je budak yg ambil gambar kat dalam pic tu.. hehe:)

Ameera said...

Kak ain Cpt2 lah dtg kew SMK DATO' AHMAD RAZALI klau bleh dtg arh pde 24 or 25 .. sbb tyme kteorg arie kntin .. ape2 akk email or pegy blog sye

rifiyana said...

hai kak ain...
bez sgt dpt jmpe kak ain smalam..ngan ari khamis...hope kte dpt brjmpe lg..
kak ain cute sgt..

a.t.h.i.r.a.h :) said...

truskan jlajah k.ain..
gud luck..=)

Dina Farzana said...

kak ain dtglah skolah sye.sk bandar tun hussein onn.hahahaha