21 July 2009

Laporan 2 : Program Jelajah Sekolah AinMaisarah SMK (P) Kapar

~ENTRI INI SUDAH DIKEMASKINI DENGAN ULASAN~

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah! Selesai juga Program Jelajah Sekolah AinMaisarah selama dua hari di SMK (P) Kapar. Ucapan ribuan terima kasih Kak Ain tujukan khas buat Puan Hasnah, guru Pusat Sumber yang sudi menjemput Kak Ain ke sana.

Puan Hasnah begitu prihatin bertanyakan perkembangan dan keadaan Kak Ain ketika berada di SMK (P) Kapar. Terima kasih, Puan. InsyaAllah ada rezeki kita berjumpa lagi ya!


Sebenarnya Kak Ain dijemput ke SMK (P) Kapar pada 20 dan 21 Julai 2009 bagi mengisi slot aktiviti Minggu Pusat Sumber. Ianya minggu yang begitu meriah apabila dirasmikan sendiri oleh Puan Pengetua iaitu Yang Berbahagia Puan Hajah Rosnah bin Ali.


Selesai majlis perhimpunan dan perasmian, Kak Ain diberi ruang menyampaikan ceramah kerjaya. Selama 20 minit, Kak Ain berbicara tentang kerjaya penulisan di hadapan para pelajar yang mengambil jurusan sastera.


Selesai memberi ceramah kerjaya, tepat pukul 9.00 pagi Kak Ain bersiap-sedia pula di meja pameran.

Pengunjung pertama yang menjenguk meja adalah guru-guru SMK (P) Kapar sendiri. Mereka begitu peramah dan sporting. Terasa bagaikan sudah lama berkenalan pula. Kak Ain ucapkan terima kasih kerana para guru sudi membeli buku AinMaisarah yang bertajuk Aku Mahu Popular dan Aku Mahu Saiz S.


Di SMK (P) Kapar juga, Kak Ain telah berjumpa dengan dua orang pengunjung setia Rumah Pink AinMaisarah. Seronok sangat rasanya! Pertemuan Kak Ain dengan Aqilah Izzati dan Afiqah Izzati, dua beradik yang membaca buku AinMaisarah adalah sesuatu yang sangat berharga. Inilah antara keseronokan Kak Ain apabila dapat menembusi pasaran sekolah melalui Program Jelajah Sekolah AinMaisarah.


Selama ini Kak Ain hanya membaca komen-komen yang ditinggalkan oleh Aqilah dalam Rumah Pink. Kali ini apabila bertentang mata dan beramah mesra, Kak Ain berpeluang berkenalan dengan orangnya pula.


Pada hari terakhir Kak Ain berada di SMK (P) Kapar, Aqilah menyerahkan surat cinta pada Kak Ain =D Thank you so much dear!


Di SMK (P) Kapar juga, para pelajarnya berbilang bangsa. Jumlah pelajar Melayu, India dan Cina kelihatan seimbang. Melihat keadaan ini, Kak Ain tak lepaskan peluang berbuih-buih mulut memperkenalkan dan mempromosikan 10 novel AinMaisarah kepada bangsa lain. Harapnya mereka mula membaca dan menyukai novel AinMaisarah juga!


Di sekolah yang semua pelajarnya perempun ini juga, Kak Ain menerima sambutan hangat yang tidak disangka-sangka! Sebaik sahaja loceng menandakan waktu rehat berbunyi, semua pelajar menyerbu meja pameran buku PTS.


Kak Ain sendiri tersepit di tengah-tengah pelajar yang berasak mahu membeli dan meminta tandatangan!


Terima kasih kepada para pelajar yang sudi beratur dan mengikut giliran mahu mendapatkan tandatangan. Kak Ain hargai kesabaran anda semua!


Tetapi semakin lama, keadaan makin tidak terkawal. Makin lama, makin ramai datang mengerumuni. Lihat sahaja gambar di bawah. Kak Ain sudah menunduk untuk menandatangan buku kerana para pelajar menghimpit Kak Ain di kiri, kanan dan belakang!

Aturan buku juga sudah bersepah kerana terlalu ramai yang mahu melihat dan membeli. Jadi susunan buku sudah tidak dipeduli! Begitulah hebatnya sambutan di SMK (P) Kapar!



Sampai satu ketika, Kak Ain terpaksa meminta sedikit ruang untuk bernafas. Kak Ain memang tak cukup oksigen apabila dikerumun sebegitu rupa!

Akhirnya, apabila keadaan sudah reda.... Kak Ain dapat melihat sendiri buku-buku yang sudah terbalik dan tersenget-senget susunannya. Macam kena langgar todak pun ada! Huhuh!

Sebagai rekod, ini gambarnya ketika buku-buku kelihatan tersusun di meja pameran:


Ini pula gambar selepas kejadian meja pameran buku PTS sudah dilanggar todak! Memang menakutkan!


Sebaik habis waktu rehat, susunan buku diperbetulkan kembali. Ketika itu juga, barulah Kak Ain dapat penuhi permintaan bergambar. Ini kerana sudah tidak ramai pelajar yang mengerumun Kak Ain.

Kak Ain sempat bergambar dengan pembeli bertuah buku Tak Bisa Memilihmu. Mengapa Kak Ain kata bertuah? Lihat buku yang dipegangnya itu. Ada tandatangan AinMaisarah dan anggota kumpulan 6ixth Sense! Buku yang ditandatangani oleh kumpulan 6ixth Sense ini hanya ada 10 naskah sahaja bilangannya!


Kak Ain juga sempat bergambar dengan barisan pengawas SMK (P) Kapar yang berkaliber. Mereka pelajar sesi petang, tetapi datang awal ke sekolah.


Amboi! Macam-macam gaya bergambar yang dipamerkan oleh cik adik kita! Sempat buat formasi LOVE di belakang ya!


Kak Ain juga tentu tak akan lupa Cik Adik Aisyah. Aisyah merupakan pembeli yang paling banyak membeli buku AinMaisarah. Rasanya hampir 7-8 buah buku yang dibelinya serentak!


Ini pula Cik Adik Sakinah. Sakinah juga membeli beberapa buah buku AinMaisarah. Siap belikan untuk rakan-rakannya lagi! Thank you soo much, Sakinah!


Cik Adik ini pula beli buku Aku Mahu Teman Tapi Mesra. Buku ini sangat limited kerana sudah habis di stor PTS. Buku Aku Mahu Teman Tapi Mesra sedang menunggu giliran diulangcetak. Kak Ain sendiri hanya ada 30 naskah stok simpanan sahaja.


Selain menandatangan buku, Kak Ain juga menandatangan berpuluh-puluh kertas yang dibawa oleh para pelajar. Contohnya untuk Cik Adik Nur Azmira di bawah ini. Pesan Kak Ain, jangan hilang kertas tersebut sudahlah ya!


Cik Adik Azazuzana pula tentu terpahat di hati Kak Ain kerana keunikan nama yang dimilikinya. =D I really like your name dear!


Kak Ain juga sempat bergambar dengan kumpulan Cik Adik Nur Liyana. Liyana turut melaporkan kisah perjumpaan dengan Kak Ain di blognya. TQ Liyana!

Ini antara sedutan tulisan di blog Liyana:

ary ni ain maisarah dtg sekolh ,
besh dpat jumpa ain maisarah ,
sellu nye bce buku novel ain maisarah je ,
ni dapt jumpa depan2 ,
t'kejut gak , dia dtg sekolah kitowg ,
isshh ,
rase mcm batak jew ,
hahhaha ,
sebenarnye akk ain maisarah comel sngat ,
kecik jew owgnye ,
cute sangt2 .
happy laa ary ni .
:)

Pelajar-pelajar yang membeli lencana Sekolah Sri Bangsar juga terus tanpa membuang masa menyemat lencana pada tudung mereka. Terima kasih kerana sporting berposing dengan lencana Sri Bangsar. Ramai yang puji lencana itu smart desainnya! Haaa... Kak Ain nak ucapkan terima kasih kepada Cik Abang yang mencipta lencana yang disukai ramai itu!



Selama dua hari di SMK (P) Kapar, Kak Ain rasa sangat bertuah dapat berjumpa para pembaca dan pelajar di sana. Kak Ain harapkan anda semua terus menyokong buku PTS. Kak Ain juga selalu berdoa, ramai lagi pembaca yang akan tersangkut dan terpaut dengan karya AinMaisarah.


Kepada semua pembeli dan pelajar yang sudi berjumpa Kak Ain, ribuan terima kasih Kak Ain ucapkan. Harapnya ada rezeki kita untuk berjumpa tahun hadapan pula.


Sebelum mengakhiri entri ini, silalah cuci mata dengan koleksi pembeli buku yang sempat dirakam oleh lensa kamera. Thank you all!








Terima kasih atas semua kenangan manis di SMK (P) Kapar!

Salam Sayang,
AinMaisarah

14 comments:

Anonymous said...

wah,,,sooo bessttt..nk pegi jugak!
k.ain,buatlah pesta buku kat dungun.pleaasee..i'm beg you=(

Qilazati said...

troknyer gambar saya kak ain...
biaselar

Qilazati said...

daa teruje kak ain datang..
huhux

Nur amieLa said...

Assalamualaikum,,k.ain..
iela rasa happy sgt3 dpt jumpa k.ain semalam & hri ni...iela h0pe lepas ni dapat jumpa k.ain lg..
n0vel k.ain semuanye best..ser0n0k..iela d0akan k.ain akan terus b'jaya dlm bidang yg k.ain ceburi..
terima kasih,k.ain..

Farahani said...

salam kak ain,


macam best je!hehe.

insya-allah,nanti farah ajak kak ain ke sekolah farah!:D

chaiyokk kak ain!

wn'a said...

best nye ade beg yg warne ijau tue....nk jgak...x jual kt rumah pink ker??=)

Faizal Dzasrik said...

hai Ain,
Mantaplah! Siap buat roadtour lagi! Semoga dimurahkan rezeki lebih lagi pada masa akan datang. Saya dalam proses utk comback! For the start...koleksi USAHAWAN CILIK akan disiapkan dulu. Doakan saya berjaya ok. Cai Yok!

iklansebentarbersamabuku said...

Assalamualaikum Kak Ain!

Wah.. sukses juga program ini
di sekolah SMK (P) Kapar!

Semoga berjaya!

Salam,
Aim

yana said...

kak ain :)
thanks msk kan picx liyana ,
kak ain the besh ,
terima kasih kaka ain ,
sudi dtg skolah kteowg ,

terima kasih kak ain:)
ucapan:gud luck:)

M E Z said...

MeZ doakan Kak Ain agar semua rancangan berjalan dengan lancar. AMIN.

Fatihah N. said...

Wah
Pose sakan dorang ngn Kak Ain

a n n said...

hai Kak Ain. fatin dah mula ada minat nak menulis novel tapi tak yakin la. huu. kak Ain, terima kasih la eh sudi datang sekolah kitaorang. =)

nena said...

kaka ain..
thanks coz dtg skolah sayer..
anyway.. jealous saye tgk kawan2 sayer sempat bergambar ngn kak ain..
tp sayer x de..
gud luck yer kaka ain..
success always..
kitowg akan miss u..

Najwa said...

kaq ain,,,
dtg laa kat skola menengah kebangsaan kulai besar,,
najwa teringin jmpew kaq ain,,