23 July 2009

Hari ini AinMaisarah di SMK Wangsa Melawati

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pagi ini Kak Ain sedang bersiap-siap. Program Jelajah Sekolah AinMaisarah akan pergi ke:


SMK Wangsa Melawati.
Tarikh: 23 dan 24 Julai 2009 (Hari ini dan esok)
Masa: 7.30 pagi hingga 4.30 petang


Minggu ini setiap hari jadual Kak Ain penuh dengan Program Jelajah Sekolah. Minggu ini sahaja Kak Ain menggempur tiga buah sekolah! Memang memenatkan tapi dalam masa yang sama, Kak Ain sangat seronok dapat berjumpa para pembaca!

Kak Ain baru sahaja selesai Jelajah Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Setiawangsa semalam. Balik saja malam tadi Kak Ain terus tidur keletihan.

Oleh kerana itu, Kak Ain tidak sempat langsung untuk memasukkan gambar-gambar terbaru apatah lagi mahu mengulasnya =(

Harap para pengunjung semua faham. InsyaAllah sebaik sahaja ada kekosongan, Kak Ain akan bercerita panjang lebar dalam Rumah Pink ini seperti biasa ya!

Jaga diri baik-baik!

Salam Sayang,
AinMaisarah

6 comments:

MeZ said...

semoga program Kak Ain berjalan lancar..

Fatihah Ory said...

Yup
Semoga program Kak Ain berjalan lancar
Jelajah sekola mmg 2 hari yek?

aim said...

Assalamualaikum Kak Ain,

Semoga sukses program ini di
SMK Wangsa Melati!

Salam,
Aim

asyiqin@ikin said...

kak ain.....
hari sabtu nie kak ain pergi SMK DESA TUN HUSEEIN ONN kn?
tuh sekolah SEPUPU SYIQIN LA.....
nanti kalau kak ain pergi sekolah tu....
kalau ada org yg nama ANIS SOPHIA....
tu lah sepupu syiqin....


lupaplak!!!!
semoga kak ain SUKSES!!!!!


Salam SUKSES....
ASyiqin

DJ Farahani said...

salam kak ain,

semoga berhati hati semasa ke sana nanti.=)

hihi.

The Writer Of This Blog said...

salam kak ain,
saya nak tanya..
kenapa saya tk boleh nak masuk Buletin Sri Bangsar?