23 May 2009

Prof Kamil - Penulis Buku Best Seller Travelog Haji & Travelog Dakwah

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Entri kali ini sebenarnya entri yang terlewat daripada tarikh kejadian sebenar. Ianya  berlaku pada 19 Mei 2009 iaitu pada hari Selasa yang lepas.

Kak Ain telah menghadiri majlis doa selamat yang diadakan di UiTM Segamat oleh Prof Muhd Kamil, penulis tersohor dengan buku best seller Travelog Dakwah dan Travelog Haji.

Majlis itu diadakan sebagai tanda kesyukuran  hari kelahiran Prof Kamil yang ke 45 tahun. Selain itu, ianya juga kenduri doa selamat kerana Prof Kamil dan keluarga akan berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan umrah pada 28 Mei 2009 nanti.

Kak Ain dan Cik Abang sampai pukul 9.30 malam. Terus dihidangkan dengan nasi beryani, ayam masak merah yang sedap sangat dan dalca kambing yang memang favourite Kak Ain!

Kak Ain dan Cik Abang pula bawakan kek untuk Prof Kamil. Ketika Prof Kamil membuka kek tersebut, bukan main lebar Prof tersenyum! 


Kak Roza (isteri Prof) pula senyum sambil geleng kepala! =D


Kak Ain masih ingat lagi, dahulu Kak Ain dan Cik Abang berkenalan dengan Prof kerana mahu membuat video Travelog Haji bagi dijadikan produk Haji MAXIS. Setelah itu, Metadome membuat pula VCD Motivasi Travelog Haji. Ianya dicetak sebanyak 2000 VCD dan habis dijual dalam masa sebulan sahaja! Memang laku keras!


Kak Ain rasa VCD ini laku keras kerana ianya berkonsepkan motivasi ceramah yang fresh, moden dan unik. Memang sesuai buat orang muda masa kini. Penonton akan tergelak tak kering gusi dengan lawak jenaka Prof sepanjang ceramahnya. Penonton juga boleh menangis dan mengalir seribu titik airmata kerana tersentuh dan insaf dengan pengalaman Prof ketika menunaikan Haji di Tanah Suci.

Nak tengok trailer VCD hebat ini, klik sahaja butang play di bawah.




Bagi yang berminat, pembelian VCD dan buku Prof Kamil boleh dibuat secara online di www.traveloghaji.com

Penggambaran VCD ini dibuat di UiTM Johor. Penuh sesak dan padat dua dewan yang disediakan. 


Selesai ceramah, Prof Kamil diserbu para penonton yang mahu mendapatkan tandatangannya.


Selain berdakwah melalui buku dan VCDnya, Prof Kamil juga aktif berceramah di masjid-masjid seluruh Malaysia melalui jemputan. Sebagai Ketua Pengarah Kampus UiTM Johor, Prof Kamil sangat menggalakkan kakitangan UiTM Johor untuk solat Dhuha setiap pagi. Kak Ain juga dapat melihat usaha Prof Kamil membuahkan hasil, apabila kempen program Jom Solat Jemaah di Masjid As-Syakirin mendapat sambutan hebat dari pelajar UiTM Segamat

Masjid di dalam Kampus UiTM Johor ini juga sudah dinaiktaraf dan dilengkapi dengan penghawa dingin sepenuhnya bagi memberi keselesaan maksimum kepada para jemaah. Menara speaker azan juga sudah ditukar bagi membolehkan laungan azan bergema lebih kuat ke segenap penjuru UiTM Johor.


Ketika penggambaran, Kak Ain pertama kali dapat berkenalan dengan isteri Prof iaitu Kak Roza. Prof sentiasa memuja-muji Kak Roza sebagai isteri solehah dan ibu mithali. Memang romantik pasangan yang satu ini!


Kepada Prof Kamil dan Kak Roza, selamat menunaikan umrah. Semoga selamat pergi dan kembali. Doakan AinMaisarah dan Syaizul Amal mengikut jejak langkah ke Tanah Suci juga. Amin!

Salam Sayang,
AinMaisarah
p/s: Kak Ain amat-amat mencadangkan setiap keluarga pengunjung Rumah PINK AinMaisarah memiliki buku Travelog Haji dan VCD Motivasi Prof Kamil ini. Memang menyentuh! Memang menginsafkan! Memang mengubah sempadan iman. 


9 comments:

nurul hidayah roslan said...

Salam kak ain,

wah!! kak ain dapat jumpe prof!! =)

Chaiyok2 kak ain....
Apepun kuatkan semnagt! Dayah nak tanye satu soalan, kak ain perang rumah sukan dah siap dihanatr ke blom.... hehhehe =)

salam sayang,
~dayah~=)

nurul hidayah roslan said...

LAgi satu,
kak ain tak ikut sekali?? hehe

Tak pe2 nanti suatu hari insyaallah kak ain dapat pergi... Amin!!

Ade rancangan tak??

Hasanah Najiihah said...

alllooow..kak aib bile nak anta novel come kat umah saya :( tapi lepas saya exam la klu bleh bulan 6...klu x leh tak pe.... kak ain doakan exam saya berjalan dengan lancar dan seratus peratus betul ye!

asyiqin@ikin said...

kak ain minggu ni saya nak exam...25-29 mei...
kak ain doa kan saya berjaya dan dpt semua A ek....
apatah lagi penulisan ek...
boleh kan kak ain...
jangan lupa hantar buku syiqin tuh nanti....
kak ain doa kan syiqin ek...

Amin...

-tirah- said...

sedapnye kek!

M E Z said...

sedapnye makanan tu.. Nak sikit..
Aduh! lapar la pulak :p

Unknown said...

sedapnye kek ni....

b u d a k said...

Saya yakin Kak Ain dapat pergi jugak!!:d

salam sayang,
~izzah farhana~

Anonymous said...

bestnya dapat jumpa Prof .