21 May 2009

Produk Book Plus AinMaisarah

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Malam ini Kak Ain jadualkan diri nak menulis. Tapi belum sampai tiga mukasurat mengarang ayat, tangan sudah sibuk klik capaian ke internet. Kak Ain terasa nak blog hopping sekejaplah! Lagipun Cik Abang dah tidur berdengkur dan mimpi yang indah-indah. Bolehlah Kak Ain berehat sebentar bersama blog pembaca pilihan malam ini iaitu:

Haaa.... kalau nak tahu, MeZ atau nama penuhnya Mas Erni Zatty adalah pembaca dan pengunjung setia Rumah Pink AinMaisarah. MeZ juga baru sahaja membeli buku terbaru Kak Ain iaitu BSB: Kini Berwajah Baru secara online di Kedai Pink AinMaisarah.

Apabila buka blog MeZ, Kak Ain nampak sesuatu yang familiar. Wah! Ada lencana Sri Bangsar rupanya! MeZ memuat turun lencana Sri Bangsar ke dalam skrin telefon bimbitnya.


MeZ juga muat turun wall paper AinMaisarah. Heheh... lepas ini Kak Ain pun terasa teringin nak muat turun wallpaper diri sendiri. Sebelum ini tak pernah terfikir pun! =D


Sebenarnya, inilah produk Book Plus AinMaisarah. Book Plus ini boleh dimuat turun ke dalam telefon bimbit para pembaca. Ada wallpaper, ringtone, video dan cerpen mobile yang berkaitan dengan novel-novel dan diri Kak Ain sendiri.

Cara muat turun pula memanglah tersangat mudah. Ikut sahaja arahan yang tertera di mukasurat belakang buku Kak Ain. Namun ada satu syarat penting yang perlu diketahui jika mahu memuat turun produk ini ke dalam telefon bimbit. Pastikan ada kredit telefon sekurang-kurangnya RM5 ya! 


Kepada MeZ, terima kasih Kak Ain ucapkan kerana mempromosikan produk Book Plus Kak Ain di dalam blog MeZ yang cantik berseri itu. Blognya warna pink juga. I like! =D

Okeylah! Sudah 45 minit Kak Ain berblog. Kak Ain perlu menulis kembali. Kak Ain nak pergi dapur buat kopi.

Salam Sayang,
AinMaisarah


19 comments:

Taherah Ghazali said...

wow best nye...

nk cbe lh...

M E Z said...

Cuba la Rain...
GAmbar Kak AIn Comel..
CUte. I Like

BalqisBasri (^^,)v said...

Balqis dah cubaa lencana Sri Bangsar!!
Lawa sangat! Dah jadi wallpaper pun ;)

Alya said...

Kredit habis laa.
Kak Balqis belanja boleh? (=

Farahani said...

Wah!

Bestnya!
Nanti nak try.
Cantik handphone Mez.Motorola!Wah!:D

Hehe.Kak Ain cubalah sekali!

M E Z said...

trimas Farah.. :p

Fatihah N. said...

nanti der mase hop kat blog saya
hee~

Nur Diana Syahira.. said...

BAteri nk abis ker? cas...

nurul hidayah roslan said...

Nanti bile dh dapat buku. Dayah pon nk muat turun laaa... =)

athrh lani said...

akk ain!
athirah suda bayar ouh!
nnty athirah send resit maybank2u eyh!
;))

Anonymous said...

nk muat turun jugak la.....lawar la MeZ...

Nur Diana Syahira.. said...

ada miss call lah..

m a i s a r a h said...

wah!
sungguh bestlah plak....
tapi tak tahulah...
nak pakai ke tidak....
saye dah ade dah bukunye....

Phantom said...

memang cantik badge ni..
Kita pakai bawak gi sekolah,semua pandang semacam je..

dream2m!s$ said...

elo..wah...mez emang bezs lar bsb tuh..n kat sini farah nk puji kak ain coz..memahami citarasa remaja mcm kmi nih..thanks...

Unknown said...

wah..bestnye.nanti kite nak try lak jugak...

b u d a k said...

Bolehlah letak kat blog dan handphone...

hehehe..:p

zainina said...

wah2 mez..seronoknyer..kak ain knjng blog awk...knjng lar blog syer..kak ain..=(

princezz baby said...

askm kak ain.....ika di sini.....kak tau tak sya baru sja beli buku vovel kakak semalam...best gila.....sehari ja sya bca dah habis 200 lebih page...tajuk yg sya beli tu pulak aku mahu popular....sya benci fahrin kak....sik pande jaga hati farah kedak wana dese juak...wanabese ya rasa bes gilak...nang nama kumpulan nya kedak ya....mek mok beli aku mahu saiz s.......tapi sikda duit....mek bnyk beli buku konik gempakstarz.....mek pun suka mengarang cerita...tajuk cerita yg sya karang masa ni bertajuk :top model bersama playboy....cerita tok kisah sorang top modelperempuan dri malaysia yg sangat famous....dan juga seorang model lelaki dri jepun yg gossip mengatakan dia seorang playboy..model pompuan ni sngt membenci lelaki...dan dia juga tak pernahbermodel dengan seorang lelaki...tapi bos model pompuan ni sudah mengatur jadual bahawa model pompuan tu harus bermodel dengan model lelaki tu dengan tajuk...top model mengurat playboy.....camna kak ...kakak rasa cerita tok best ka....bls..