14 May 2009

Perbincangan Projek Terbaru AinMaisarah

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kak Ain baru sahaja sampai rumah. Solat Maghrib dan sekejap lagi keluar semula meneman Cik Abang yang ada mesyuarat lagi dan lagi.

Sementara menunggu Cik Abang menyiapkan segala macam dokumen yang perlu dibawa, Kak Ain masukkan dahulu gambar kenangan yang diambil di pejabat PTS pada petang tadi.

Alhamdulillah, sesi mesyuarat memerah idea berlangsung dalam suasana sangat santai tetapi membina. Kak Ain berpeluang bertemu mata dengan dua penulis hebat yang telah menghasilkan banyak novel iaitu Kak Lily Haslina Nasir dan Kak Rose Harissa.

Kak Lily merupakan penulis senior yang sangat-sangat Kak Ain kagumi. Bayangkan, Kak Lily sudah ada puluhan novel hasil karyanya! Memang tak terkejar Kak Ain yang baru hasilkan sepuluh novel tetapi sudah terasa mengah dan tak larat =( 

Hisk! Teruk betul AinMaisarah ni!  AinMaisarah mesti kuatkan semangat. Mesti tekadkan azam. Mesti menulis beribu-ribu perkataan! 

CHAIYOK-CHAIYOK! (Cik Abang dah menjeling semacam sebab Kak Ain tiba-tiba buat muka bersemangat dengan mata terbeliak depan komputer)

Kak Rose pula seorang yang sangat-sangat berbakat! Kalau nak tahu... selain menulis novel, Kak Rose juga boleh melukis! Kak Rose berbakat melukis gambar potret dan juga komik di Majalah APO?

Cik Abang sendiri berkata, memang susah mencari seorang penulis yang boleh melukis. Begitu juga sebaliknya. Itulah yang buat Kak Ain sentiasa memandang dengan lirikan admire ke arah Kak Rose. Kalaulah AinMaisarah boleh melukis..... hmm... lukis orang lidi bolehlah! =D
 

Perbincangan kami berlangsung hampir dua jam. Haaa..... apalah yang kami bincangkan agaknya? Tentulah ianya projek terbaru Kak Ain! Kali ini bergabung kuasa dengan Kak Lily dan Kak Rose. Memang Kak Ain sangat teruja kerana dapat bekerjasama dengan dua penulis senior yang tersohor pula. Harapnya hasil akhir buku kami nanti menepati citarasa pembaca buku remaja.
 

Setakat ini, Kak Ain tak boleh nak bocorkan rahsia buku ini sekarang kerana ianya masih di peringkat perbincangan. Tetapi satu yang Kak Ain boleh beritahu, dua buku akan menemui pembaca pada bulan September 2009. Ianya adalah tentang:

FESYEN & DIET!

Jadi kepada para pembaca yang mahu mengetahui lebih lanjut projek buku terbaru Kak Ain ini, mesti selalu menjenguk ke Rumah Pink AinMaisarah ya! Kak Ain akan dedahkan sedikit demi sedikit rahsia buku baru yang sangat membuatkan Kak Ain seronok mahu memulakannya!

Salam Semangat,
AinMaisarah


17 comments:

Anonymous said...

salam,

tak sabar nak tggu bku baru.

Rubayat said...
This comment has been removed by the author.
-tirah- said...

agaknya mcm maner ek cite tu??
can't WAIT!!!!!

Hasanah Najiihah said...

kak ain mmg setiap novel comel muka surat kat belakang tu kosong ek??? cth: kisah silam wilma
: konflik keluarga fasha
: april fool sri bangsar

kak ain citer kisah silam wilma
tu nape sampai diary jerk... macam xcukup m/s ??

M E Z said...

selamat Kak Ain..
Chayok! chayok...
Kak Ain kejar Kak Rose & Kak Lily

Rose Harissa said...

Salam...

Alahai Ain... puji-pujian yang buat kak Rose rasa segan sangat ni...
menulis dan melukis dalam masa yang sama sebenarnya buat kak Rose rasa nak pengsan. Lagi-lagi bila disuakan dengan dateline yang terasa mencekik leher.
Tak apa... kak Rose pun yakin boleh! Chaiyok!
Harap semuanya berjalan dengan lancar! Amin!

p/s : oh ya, kak rose 'pinjam' gambar dari blog Ain ni ya ;)

Shahira~Shasha said...

kak ain,nama di atas buku kat kedai pink tu nak tulis apa? saya nak tempah nie....


lagi satu,saya nak jadi warga sri bangsar tapi ada field yang saya tak tahu nak tulis ape...
kak ain boleh tunjukkan?

sekian....

Tokei Kedai Pink said...

Shasha,

Nama tulis pada buku adalah nama yang empunya buku.

Jika namanya adalah "Shasha"

AinMAisarah akan menulis seperti contoh : DEAR SHASHA.

Field di dalam Buletin Sri Bangsar pula bukan wajib, jadi isilah mana yang boleh. Yang penting ada email yang betul kerana password pengesahan ada di dalam email.

Jika tidak faham juga, dapatkan bantuan orang dewasa.

Wasalam
Tokei Kedai Pink

Shahira~Shasha said...

thenk you so much kak ain....

Fatihah N. said...

yeah!......

Chidori Uchiha!^-^ said...

ganbatte kak ain!!tak sabar nak tunggu buku baru tu keluar..

two bff said...

akak...kita minat sgt buku akak sarah dari dulu lagi...dri kira-kira umur kita pde 10 tahun...akak..takde ke hadiah untuk kami....(pembeli buku)???
akak!!ni blog kelas sy...yg nme sabrina tu..tu la sy pnye nme....www.6-satria.blogspot.com

Anonymous said...

tak sabarnya :DDD

Farahani said...

Salam Kak Ain!

Wah!Buku baru!Yay!Tak sabarnya!
Farah tunggu buku baru Kak Ain!;)

Nur~chan said...

Salam...

Hai, saya baru habis baca buku novel Kak Ain 'Aku Mahu Ke New York 1&2' dan terus buka laman web ni^^ Seronok betul novel Kak Ain!

Wah~ Kak Ain dah mula buat buku yg seterusnya! Tak sabar rasanya nak beli^^ Cerita yg Kak Ain karang semuanya BEST! Tapi ada satu yg kurang... Kak Ain kurang masukkan simpulan bahasa, peribahasa...

Wah~ Kak Rose seorang pengarang yg boleh melukis! Saya pun suka melukis! Suatu hari nanti saya nak jadi seorang kartunis^^ Saya baca novel sebab nak improve kan lagi BM saya =D Novel Kak Ain lah yg paling menarik sekali yg belum pernah saya jumpa >_<

Ganbatte! (ini bahasa jepun yg bermaksud berusaha! ataupun buat yg terbaik! :D)

p/s: Ini pertama kali saya datang comment dan memberanikan diri :)

Nur~chan said...
This comment has been removed by the author.
b u d a k said...

Wah!

Pasti best kan!!

Tak sabar dah rasanya!