08 May 2009

AinMaisarah Mula Menulis Kembali Siri Kedua BSB: Perang Rumah Sukan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kak Ain doakan semua pengunjung Rumah Pink berada dalam sihat sejahtera dan ceria sentiasa.

Kak Ain sendiri berada dalam keadaan sangat penat tetapi ceria. Rasa bersyukur apabila menerima sambutan hangat para pembeli buku di Kedai Pink AinMaisarah

Sekarang ini Kak Ain sibuk menguruskan pembelian buku AinMaisarah. Sebaik sahaja tempahan dibuka, hampir 150 e-mel diterima. Semuanya perlu dilayan. Semua buku itu perlu ditandatangan. Semua perlu dibungkus cantik-cantik supaya para pembaca senang hati menerimanya.

Kalau nak tahu, semalam... Kak Ain sampai tak makan tengahari kerana berkejar membalut buku para pembeli. Buku-buku mesti dihantar sebelum pukul 3.30 petang di Pejabat Pos Laju bagi memastikan ianya sampai kepada para pembeli keesokan harinya.

Pada masa yang sama, dateline menghantar manuskrip BSB: Perang Rumah Sukan semakin dekat. Buatkan Kak Ain makin sesak nafas! Ini juga bermakna, Kak Ain perlu mula menulis waktu pagi semula. 

Sebenarnya, Kak Ain memang lebih produktif menulis ketika waktu pagi. Apabila jam pukul 1.00 pagi, idea mengatur ayat terasa jadi lebih mudah. Dialog-dialog yang terhasil juga lebih semulajadi. 


Tapi satu sahaja yang Kak Ain tak suka apabila menulis pagi-pagi begini. Kak Ain tak suka pandang ke tingkap. Kak Ain tak suka suasana senyap. 

Oleh itu, Kak Ain akan buka TV sebagai peneman walaupun tidak menontonnya. Tetapi remote control mesti ada dekat pada capaian. Bila ada iklan Saka, Seram, Keliwon dan segala macam cerita hantu yang menakutkan.... Kak Ain akan tukar siaran secepat dan sepantas mungkin!

Hahah! Memang AinMaisarah seorang yang penakut yang amat! =D

Ketika ini, Kak Ain berharap buku siri kedua BSB: Perang Rumah Sukan akan disukai oleh para pembaca semua. Terima kasih juga kepada pembaca bernama Zackg (boleh klik nama Zackg bagi melihat laman web grooming yang sangat cool) kerana mengilhamkan dan menginspirasikan tajuk Perang Rumah Sukan.

InsyaAllah Zackg akan menerima sebuah buku BSB: Perang Rumah Sukan secara percuma kerana membantu Kak Ain mencipta tajuk buku yang bagus dan catchy sekali. I like! =D Terima kasih Zackg!

Kepada para pembaca lain, boleh sertai diskusi strategi Rumah Sukan masing-masing di www.buletinsribangsar.com

Kak Ain belum lagi membuat keputusan, rumah sukan manakah akan jadi juara Sukan Sekolah Sri Bangsar.

Adakah Rumah Biru yang diketuai oleh Tengku Affin akan mengekalkan kejuaraan?

Atau mampukah Fahrin membawa Rumah Merah ke mercu kemenangan?

Apa pula strategi Rumah Kuning dan Rumah Hijau yang nampaknya mula agresif merancang agenda bagi muncul juara?

Nak tahu kesudahannya? Mesti dapatkan buku kedua siri BSB: Perang Rumah Sukan!

Salam Sayang,
AinMaisarah
p/s: Kak Ain masuk Rumah Biru. Apa rumah sukan para pembaca yang lain pula?


41 comments:

eerapeace said...

kak ain mmg lebih kurang sama je ngan saya...
tiap2 malam,bile baca novel,dengar je lagu tema keliwon,dh tukar siaran lain >3.

saya rumah sukan merah....
klu x dpt jd juara,naib juara pun blh lah.

selain tu,nak ucapkan terima kasih sangat di atas buku tuh.tak caye cepat sampai rumah..

Salam Sayang,
Nur Ameera

Alya said...

Rumah Kuning!
Kak Ain, kalau Kak Ain check balik dekat buletin, rumah Kuning yang paling aktif berbincang. Paling banyak strategi2 yang dirancang. Jadi, Kak Ain buatlah rumah Kuning yang menang pulak =p

intan~emo gurlz~ said...

saya umah merah!!!merah is the best!!!merah mean bravely colour....

HR by HaziqRidzuan said...

Wah, idea Zackg diterima?!!
Tak sangka sungguh!!
Terima kasih Kak Ain yang sudi terima cadangan Zackg!
Zackg akan sentiasa menyokong Kak Ain!

p/s:pasal buku free tu betul ke???hehehe

nurul hidayah roslan said...

Salam kak ain,

Tak ape.. You can do it. Kalau kaka ain bangun pagi2 pon nanti mesti berbaloi sebab ramai pemi nat kaka ain yg akan beli novel kak ain yg akan datang!! =D

apepon Good Luck k??

wasalam.
~dayah~

Unknown said...

kak ain.saya rumah merah.kak ain,fikir-fikir dulu sebelum buat rumah mana menang.rumah lain pun aktif berbincang jugak!!!

nurul hidayah roslan said...

Kak ain,
Dayah semestinye biri sebab dekat solah pon dayah memang masuk rumah sukan biruu.. Biru the best!!=D

BalqisBasri (^^,)v said...

Balqis ruma Kuning..
Kak Ain, ramai pembaca yang Rumah Kuning..
Akak bagi laa rumah kuning menang :P
Hhehehe..

Aqilah said...

rumah biru !! :D harap biru no satu ! heheheh.. kak Ain thx buku tu ! dah sampai rumah da.... heheh

Fatihah N. said...

YAY
saye rumah BIRU jugak
xde name ke kak ain rumah2 sukan uh?

Hasanah Najiihah said...

kesian nye nape kak ain x makan...serba salah saya jadi nye tau...maafkan saye tau kak ain,...>>> lain kali kak ain makan dulu tau..
saye nak beli jgk BSB: PERANG RUMAH SUKAN...TENTU SONOK...TAPI SAYE DAH BERJAYA HABISKAN BUKU teman tapi mesra tu...DALAM MASA SEHARI!! TD kak ain anta dh abiz dh baca hahhaha

Farahani said...

Salam Kak Balqis,

Mesti biru lagi! :P

Hehehe..

Kalau Farah lain.Bila baca novel,bila terdengar lagu Keliwon,terus tengok.

Huhuhu..Pelikkan perangai Farah?Farahpun lemah semangat sebenarnya.:D

Kak Ain pula?

PS:Maaf kalau komen Farah ada sakitkan hati Kak Ain.:)

Rose Harissa said...

Salam Ain
Mula-mula kak rose nak gelak dulu... ingatkan kak rose sorang aje yang bila menaip tgh malam, kalau nampak iklan citer seram, cepat2 tukar siaran... ada geng rupanya.

Selamat maju jaya Ain... kak rose pun memandang ke hadapan untuk berjumpa dan date dengan Ain Khamis depan... (walaupun kak rose segan amat dan ketar lutut nak jumpa Ain... heheh)

Selamat menaip!

ranyzajay said...

RUMAH BIRU JUGAK!
abby kat skolah pon rumah biru =D
chaiyok2

M E Z said...

MeZ rumah kuning...

MeZ sokong cakap Alya & Balqis..
:P

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

kak ain ,
bagilah rumah hijau menang !
terpulanglah dekat kak ain ..
sabar ye kak ain .
letih nak buat tuh .
teruskan usaha .

Ihdini said...

saya rumah hijau..

nia said...

kak ain jgn pilih kasih tau masa pemilihan juara bagi perang rumah sukan.

asyiqin@ikin said...

salam kak ain,

syiqin rumah kuning....thn nie bg lah rmh kuning mng plak...bleh lak k???bet0l ckap kak balqis...ramai pembaca rumh kuning...kak ain bgi lah rumh kuning mng k???

syiqin dah habis dah baca buku bsb tuh...best gler.....

Fatimah said...

Salam Kak Ain,

Rumah Hijau lah! kak Ain wat umah hijau menang.....kak Ain!bila nak keluar buku impiana III?tak sabar ni!


sila balas,kak Ain!

nurin roslan said...

merah no. 1 !! hehe . bagi lah rumah merah menang . please ?? :)))

Fiqa Zawawi said...

kak ain..

tolonglahh..
bagi umah merah mng!!!

fyqa

nisa said...

Salam Kak Ain,

Kak Ain rumah biru kan?
So bagila rumah biru menang..
hehe..

Nur Diana Syahira.. said...

Kak Ain,
Saya rumah biru.. Kak Ain pun rumah biru.. Jadi PLEASE la bagi rumah biru menang 100000kali lagi..

Nana said...

kak ain,saya rumah biru :D
Biru best! =p

cikadlynn said...

Saya rumah kuning!
Dekat sekolah betul,saya rumah kuning.Dekat sekolah online ni pun rumah kuning!

Kak ain,yang BSB-Kini Berwajah Baru tu jual dekat PESTA BUKU tu je ke?Kalau BSB:Perang Rumah Sukan tu dijual kat Kedai Pink AinMaisarah je ke?Aduh...Saya harap BSB Perang Rumah Sukan tu dijual kat kedai buku MPH Alamanda tu....Sebab,saya nak tahu jugak!

cikadlynn said...

Perang Rumah Sukan!!!!!!

Kuning!!!Ke hadapan lah rumah sukan itu!!!

PERANG!!!!

=D

cikadlynn said...

Kak Ain,please bagi rumah kuning menang.

Sebab,kat sekolah syer rummah kuning asek kalah jer.Rumah Biru,rumah yg sering dpt No.1 tu buatkan org sakit hati je la.Huhu....

Alyia Farzana said...

Betul cakap Adlina itu kak Ain.Bagilah rumah kuning menang kak Ain!!!!

Regards,

alyiafarzana

Alya said...

Jangan pilih kasih sudah...

Anonymous said...

salam,
rumah MERAHHAHA. kami akan menang.
smgt yg berkobar2

dAyah said...

kak ain.
kenapa lagu tema kak ain macam iklan pen kilometrico je?????? haha

Nuha K said...

Askum...

Kak ain kan rumah biru buat lah rumah biru mng hoho... :)

Batrisyia said...

Saya rumah biru -> sama mcm Kak Ain....huhuhu!!

Chidori Uchiha!^-^ said...

..yay!kak ain sama rumah dgn saya!hihi..-gelak jahat-rumah biru mesti menang lagi!^-^

Aizrul Hmd said...

kak ain,ini cadangan aizat tentang perang rumah sukan..
kalau boleh,peperangan tersebut bukan hanya dari segi kokurikulam
malah dalam pendidikan..dari sini,pembaca juga dalam sedikit sebanyak pengetahuan..dan juga dapat menghangatkan peperangan tersebut,biarlah'berperang dalam cara sihat':) betul tak kak ain?

Unknown said...

kak ain..saye dah berape kali try register but x dapat langsung nak katekan 20 kali pon leh...

kenape yek?????/
kenape
kenape
kenape

???????
??
??
?/
/?

Maryam Jamilah binti Abdul Najeh said...

kak ain, saya dah register kat sekolah SSB. Saya yakin rumah hijau gerenti menang. cayalah. kak ain rumah apa.

Maryam Jamilah binti Abdul Najeh said...

kalau kakak senang, kakak bukak la kat laman web buletin sri bangsar tu.

Yoo ♡ said...

ahahah...
kak ain pon com dibah lah...
pantang tgk iklan2 seram...

p/s:cambest jer novel nih... ;D