12 April 2009

Beli Novel Percuma Buletin

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Entri kali ini, Kak Ain ingin menceritakan lebih lanjut tentang novel ke-10 AinMaisarah bertajuk Buletin Sri Bangsar - Kini Berwajah Baru.

Siri baru : Buletin Sri Bangsar [BSB]
Siri baru ini diterbitkan dibawah salah satu anak syarikat PTS iaitu PTS Profresional atau singkatannya adalah PTS Pro. Jika siri Aku Mahu banyak berkisarkan tentang kemahuan pelajar-pelajar Sekolah Sri Bangsar, siri BSB ini pula berkisar mengenai persatuan, kelab dan aktiviti di Sekolah Sri Bangsar.

Konsep siri BSB
Garis panduan telah disediakan oleh editor PTS Pro iaitu setiap buku di dalam siri ini mesti memperkenalkan persatuan dan kelab di sekolah. Cik Abang pula menetapkan setiap buku mempunyai kaitan antara satu sama lain. Kami bercadang menerbitkan 12 tajuk di bawah siri BSB ini. Puas juga Kak Ain berbincang dengan Cik Abang mengenai konsep buku ini. Akhirnya kami bersetuju dengan konsep Buletin Sri Bangsar.

Setiap buku di dalam siri ini akan berakhir dengan penerbitan buletin sekolah. Buku ini akan menceritakan bagaimana sidang redaksi mencari bahan cerita yang sensasi untuk buletin sekolah mereka. Mereka terpaksa menghantar wartawan yang menjadi perisik untuk mengorek info rahsia di dalam persatuan dan kelab sekolah. Dalam erti kata lain, Kak Ain akan menceritakan usaha dan susah payah para ahli sidang redaksi menerbitkan buletin sekolah.

Watak baru siri BSB
Siri baru seperti biasa akan memperkenalkan watak baru. Watak jahatnya didukung oleh Wilma Mia (mengambil inspirasi watak Wilhemina dalam drama bersiri Ugly Betty). Watak baiknya pula dipegang oleh Bettylina yang lebih mesra dipanggil Betty (mengambil inspirasi watak Betty). Namun watak-watak lain seperti The Wannababes juga masih dikekalkan.

Buku 1 siri BSB : Sidang Redaksi
Bagi buku pertama dalam siri BSB ini. Kak Ain mencoretkan kisah Kelab Sidang Redaksi Sekolah Sri Bangsar. Ianya mengisahkan konflik perebutan jawatan dan kuasa dalam sidang redaksi Sekolah Sri Bangsar. Kak Ain juga menyelitkan info-info berguna seperti proses penyediaan majalah sekolah.

Buku 2 siri BSB : Rumah Sukan 
Buku kedua nanti tentang pertelingkahan atlet dalam rumah sukan pula sempena menghadapi Hari Sukan Sri Bangsar. Kak Ain masih sedang dalam perbincangan untuk membina plot penceritaan bagi buku kedua ini. Tajuknya pun belum terfikirkan lagi.

Beli terus dari AinMaisarah
Kebiasaannya, pembaca yang membeli novel terus dari Kak Ain akan mendapat NovelComel percuma. Contohnya, jika anda membeli buku Aku Mahu Saiz S, anda akan mendapat NovelComel Rahsia Jambul Kembang Cikgu Amnah. 

Bagi siri BSB ini, setiap kali anda membeli buku BSB terus dari AinMaisarah, anda akan mendapat Buletin Sri Bangsar yang sebenar dengan percuma. Setiap novel dalam siri BSB akan mempunyai buletinnya yang tersendiri. Buletin ini adalah majalah berwarna 16 muka surat. Apa dalam buletin ini? Kak Ain akan buat entri khas nanti.

Tempahan, BSB : Kini Berwajah Baru.
Kepada yang tidak dapat hadir ke majlis pelancaran buku ini, Kak Ain akan membuka jualan pada minggu hadapan di rumah PINK AinMaisarah. InshaAllah, Kak Ain akan simpan 500 naskah buletin tersebut di rumah untuk para pembeli online. Anda bolehlah menempah sekarang dengan meletakkan nama dan emel di bahagian komen.

Jemputan : Majlis Pelancaran Buku Ke-10
Sekali lagi, Kak Ain ingin menjemput semua pembaca ke majlis pelancaran ini. Tolonglah sampaikan jemputan ini kepada rakan-rakan, saudara mara yang pernah membaca buku Kak Ain. Datanglah seramai mungkin. Kak Ain ada menyediakan cenderahati buat 100 orang pertama yang mendaftar dan membeli buku di majlis pelancaran tersebut. Ini butiran lanjut majlis pelancaran :

Tarikh: 18 April 2009
Hari: Sabtu
Masa: 1 pm - 2 pm
Tempat: PWTC, Bilik Kedah/Johor

Marilah hadir beramai-ramai,

Salam Sayang,
AinMaisarah

45 comments:

Huda Ibrahim said...

i am the first commenter,,
first time.
yahoo!!!!

kak ain,
nantikan kedatangan huda di PWTC..

huda nak borong buku kak ain
dan watak baru tuh
sangat2 menarik

teruskan menulis novel!!
huda tunggukan IMPIANA 3!!

good luck

>_<.........

Farahani said...

Wahh!

Buku Buletin Sekolah Sri Bangsar sudah siap!Yayy!=P

Err,Kak Ain,dijemput masuk ke blog saya.Cantik template Kak AIn!Heheh!

Kak Ain,tunggu saya ya.DI PWTC nanti.=)

Mak Ayah Farah bagi.Farah tengah kumpul duit nak beli novel.=D

Salam Sayang,
DJ Farahani

Anonymous said...

wah best2....x pi sy x blh hadir ke pesta buku 2....ala....mak sy pon mesti x kasi beli on9.....terpaksalah pi kedai n beli buku 2......sedih....

halim said...

sedihnye tk dpt pegi..bkn sbb jauh..ima dok kt seremban je..cuma..ima kn dok kt asrama..so tk dpt pegi walaupun hujung minggu..sori ek kak ain..tp ima nk tempah on9 k..

Nama : Halimatus Saadiah bt Ab Razak
Emel : ima_sakura12@yahoo.com

Little Writer said...

Nie yang buat dina x sbr nieh...
Smpi msuk mimpi wok!!

Sekali lagi Dina minta untuk Kak Ain reserve satu utk dina...
Kalau boleh nnt mse 18 hribulan tuh Dina akan cuba dtg seawal jam 10 pagi sebab nak rebut 100 pelanggan terawal...:D

Fatimah said...

kak ain! berapa semua buku tu?saya tak sabar nak beli sbab saya kena kumpul duit dulu!

Syarfa Azra said...

sye x ketinggalan nk bl buku yg best ni..

BalqisBasri (^^,)v said...

Salam Kak Ain, kalau Balqis beli buku dekat Pesta Buku tu nanti boleh dapat tak buku percuma tu ??

Fadhilah Rozley said...

salam kak ain..

saya pon nak juga..
tolong simpankan erk..
nie email n nama penuh saya..

nama : Aiman Fadhilah Bte Ahmad Rozley

email : af_iela@yahoo.com

Shahira~Shasha said...

wah kak ain dah ubah ke blog ni maksud saya background tu...

kak ain saya nak beli buletin sri bangsar tu...
boleh kak ain ceritakan serba sedikit?

Farisah Adriana ♥ said...

Kak Ain....
da lamer sya x bkk blog kak ain smnjk dowk asrama nyh...
nak tya skewt nyh....
buku BSB da ada kat pasaran kew??
Nak beli nyh...!!

luna said...

bile buku nie mula dijual ?
xsaba nak beli.

Anas Fikri said...

kak ain...boleh x saye nak tempah buku bsb tu...tapi...saya dok asrama...2 minggu skali balik...jadi jrg tahu pasal p'kembangan terbaru blog kak ain....saya tempah dulu tau kak ain....

Khazinatul Yusra said...

salam kak ain,

nama:nurain najwa bt md ibharim

email:nurainnajwa28@yahoo.com

Khazinatul Yusra said...

salam kak ain,

nama:nurain najwa bt md ibharim

email:nurainnajwa28@yahoo.com

fadilah ahmad said...

Kak Ain, kalau beli BSB kat PWTC nanti, dapat ke buletin?

kalau tak dapat, Dila nak order je la.

Nama : Nur Fadilah Bt. Ahmad Ghazali
Email : fadylahghaz@hotmail.com

Anonymous said...

kak ain sy nk order buku2 2..
simpan kan untuk sy k!!
NAMA-SALSABILA BT MOHD IBRAHIM
EMAIL-bpeace_gurl@yahoo.com

Anonymous said...

akka sy nk tanya buku Buletin Sekolah Sri Bangsar x dek jual kt kedai ke?

The Ninoz said...

salam,
kak ain nanti saye rase saye x dpt dtg ke pwtc so saye nk mntk kak ain tlg simpankn bukunye utk saye

name:siti zafirah bt. zaidon
email:zafirah_21696@yahoo.com

saye hrp kak ain blh tlg simpankn...thankz...

yg mmbuat tempahan,
zafirah zaidon

LovelyGurl said...

salam kak ain, kalau beli buku ni mase kat Pesta Buku nanti, x dpt novelcomel ke?? Kalo x dpt x best la!

Alya said...

Assalamualaikum, Kak Ain =)

Nama: AlyaRohaizan .
Emel: alyachan.97@gmail.com .

Kak Ain Kak Ain... berapa harga BSB: Kini Berwajah Baru tu ehh? Jawab plssss.

Anonymous said...

salaam kak ain.
sye nk order 1 ye..

-adhwa shamila bt aminuddin
-adhwashamila@yahoo.com

btw, brpe harge dye kak ain ???

Fatihah N. said...

xpasti agi leh dtg atau x
huhuhu :c
insyallah sye dtg ;)

Amaelia said...
This comment has been removed by the author.
Amaelia said...

K.Ain..
Nak buku tu satu??
Emel: afrcutez@hotmail.com
Bape harga dia??

Amaelia said...

Alamak!!
Tertingal nama larh..!!
Nama: Nurafrina Amirah bt Badrol Hisham

IZZ HAZWANI. said...

wani tak dapat pergi lah ke pelancaran tu .
=(

wani nak beli buku tu tearus dari kak ain ye ?

'Izzati Hazwani bt Abdul Rahman
someone.anywhere@yahoo.com

Anonymous said...

kak ain , saya x dpat pegi Ke PWTC so saya rasa saya nak tmpah dulu ..

tapikan,
SAya nak tau harga BUKu tu ! SBAB takuT BAjet x cukup ..

Anonymous said...

wah , bestnyer !!!!
nanti saya datang PWTC ye !
kak ain tunggu ye ! :)
luv u !

Unknown said...

Salam kak ain,

Kak ain...jual tak lencana dan buku latihan dekat website kak ain?susah lah nak pilih...klau beli ikut sini,saya boleh dapat novel percuma buletin...klau beli dekat PWTC,sy boleh beli buku latihan dan lencana.Kak ain please balas,please!kalau boleh kak ain jual lah lencana dan buku latihan dekat sini...TOLONGLAH BALAS ATAU SEKURANG-KURANGNYA BAGITAHU KITA SEMUA!!!PLEASE KAK AIN...

Unknown said...

Salam kak ain,

Kak ain...jual tak lencana dan buku latihan dekat website kak ain?susah lah nak pilih...klau beli ikut sini,saya boleh dapat novel percuma buletin...klau beli dekat PWTC,sy boleh beli buku latihan dan lencana.Kak ain please balas,please!kalau boleh kak ain jual lah lencana dan buku latihan dekat sini...TOLONGLAH BALAS ATAU SEKURANG-KURANGNYA BAGITAHU KITA SEMUA!!!PLEASE KAK AIN...

Farah Hanum said...

salam kak ain...
ish...bestnya...(suara kanak2 ribena)kalau dapat pergi awal...taktaulah hanum slalunye siap lewat tapi cuba untuk datang awal...buku akumahu bergaya dah kuat ke kak ain?

wassalam:
farah hanum

Farah Hanum said...

selamat sejahtera...
kak ain yang bsb ni cerita ataupun buletin??lagu sekolah sri bangsar tu macam budak2 tadika best rentak lagu die...ahakzs...hehehe:P

dari~
farah hanum...

Hasanah Najiihah said...

kak ain sya nk beli sume tu la....pakej 20 ringgit...tp sya x tau la kak ain leh dtg ke x...mak ngn ayah sibukrr...ermmm cam ni lah kak ain bleh beli online x...sya nk tanya skali pasal buku tak bisa memilihmu....dpt g ke profile 6ixth sense... ermmm..kak ain ni email dan nma saya:-
Nama~Hasanah Najiihah binti Mokhsin
Email~ hana_25797@yahoo.com.my



tp kak ain sye janji sya akan datang org first skali yg akan dtg di majlis pelancaran tu ye!
kak ain pelancaran tu kt ner...booth or ats pentas...klu booth kt mne ye???...kak ain sye nk g ...nk jmpa kak ain..sedaya upaya akan ku datang demi ainmaisarah..yes..yes..yes!!!!

M E Z said...

Salam...

saya pun nak tempah,

Nama : Mas Erni Zatty bt Mazlan.
Email: sakura_blackbutterfly@yahoo.co.uk

tp kena bayar berapa kak Ain

MoonLight said...

Wah, bestnye! saya tengah plan dengan parents saya untuk pergi ke sana.... tak sabar nak jumpa kak ain dan dapatkan buku-buku tu...

Unknown said...

Puan Ain,

Tahniah untuk siri baru ini. Wow, Puan begitu produktif, untung juga kerana dapat seorang suami yang bijak sebagai pengurus dan agen. Sebagai seorang wanita, dan rakyat Malaysia, saya sangat berbangga dengan kejayaan Puan.

Saya ingin menempah 2 pakej RM30 untuk anak-anak saudara saya, susah mereka nak kongsi bila 2 keluarga di KL dan 2 lagi di Terengganu. Nanti saya berkan maklumat penghantaran seperti biasa.

Terima kasih.

Anonymous said...

Hi kak ain,

Saya teringin sgt nak bli buku tu.

Nama:Nurul Adira Jamaluddin
Emel:adira_1998@hotmail.com

Anonymous said...

Btw Kak Ain Saya Nak Tempah Yg Pakej RM 30 tu

Saya suka buku kak ain tau.

Anonymous said...

Saya nak tempah pakej RM 30

>> skyecjw@hotmail.com

terima kasih..

nadhrah said...

kak Ain??
brpe ye hrga novel BSB??
sye x dpt nk pg..
duduk Johor...jauhh

Sulha said...

Assalamualaikum...

Saya ingin memesan buku ini melalui PAKEJ RM30.

Ini nama dan alamat e-mail saya.

Nama: Syafiah Masturah Norhisham
E-mail: nus_90@hotmail.com

Semoga Kak Ain memberi feedback secepat mungkin =)!

Wallahu Subhanahu Wa Ta'ala A'lam..

Wassalam..

Unknown said...

salam kak ain..

sy nk buat tmpahn tuk pakej rm30..

ni nma n alamt email sy tau,,

nama : syahirah binti serahjuddin
email : ss_syahirah94@yahoo.com

hup kak ain cpat2 bri feedback tau..
x sabr dah ni..

tq..

Sulha said...

Salam Alayk

Saya nak tambah satu lagi tempahan.. Jadi 2 pakej RM 30..

Nama: Syafiah Masturah Norhisham
E-mail: nus_90@hotmail.com

Wallahu Subhanahu Wa Ta'ala A'lam..

Wassalam.. =)

αииɛ ƨαм said...

salam..

hye kak ain!

saya dah baca buku bsb:kini berwajah baru tu.. memang best! harap ade smbungannye,. tp knape buku tu byk name artis ye? contoh nye cikgu Nazha Aziz(Nasha Aziz),, cikgu Rostam Noor(Rosyam Nor),, Sari Yani(Sari Yanti),, Vincci(Vince af),, Jehan Kaya(Jehan Miskin)-yg ni klaka la,,huhu- Khairul(Khai af),, rosmahani(Rosma af),, Zizzy Izzati(Zizie Izzati)-x taw bt0l ke x ejaan tu-,, Eqin&Mawi,, Anita Sabah(Anita Sarawak)-ni p0n klaka-,, Siti Nur Halizawati(Siti Nur Haliza),, Cheryla Samat(Cheryll Samad),, Jujue Aziz(Jue Aziz),,Sharifah Animah(Sharifah Amani),, Sharifah Aliyah,,Irwan Shaz(Irwanshah),, Foziah Haus(Fauziah Ghous),, Liyana Jasmaya(Liyana Jasmay)& byak lagi,,ape p0n bku ni mmg best!

buku aku mahu ke new york saya baru beli tp bl0m hbis baca lagi., kl0 dah hbis baca nnti sy k0men,.

saya ade pg PWTC 18 april mse tu,, tp x taw plak ade plncran buku kak ain,,sedihnye..(T_T)..

smlm(24.4) sy ade jmpe kak ain kat bilik j0h0r saya excited sgt,.. tp saya nak bli buku dlu tkot dah hbis,. tp ble saya dah hbis byar saya cari kak ain tp kak ain dah x de.. tlpas nak jmpe kak ain lagi..(T_T)..

ptg nie saya nak pg lg h0pe dpt jmpe kak ain..

untuk pgetahuan kak ain,, saya mnt menulis,, skrg ni saya tgh menulis bku btajuk 'Dari Dalam Diari Diri Diana',, b0leh x sy nak n0 f0n kak ain? jika saya memerlukan bantuan bleh la saya tye kak ain..

nnti email n0 fon kat ain kat sye ye! ni saya pye email- libra_love94@yahoo.com.my-

tu je yg sy nak ckp,,
truskan usaha anda,, semoga berjaya di dunia&akhirat!
Bye!(d-_-b)