17 April 2009

AinMaisarah Menjenguk Persiapan Pesta Buku PWTC

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Minggu ini Kak Ain memang tak cukup tangan dan tak cukup nafas. Macam-macam perlu dibuat bagi mempersiapkan diri menghadapi Majlis Pelancaran Buku ke -10 dan Gathering Pembaca AinMaisarah pada hari Sabtu 18 April 2009 (ESOK HARI!)

Semalam, Kak Ain sempat menjenguk Bilik Seminar Kedah/Johor di PWTC. Bilik tersebut menjadi lokasi majlis pelancaran. Memang besar, luas dan selesa. Kak Ain dan Cik Abang perlu hadir sekali lagi bagi menyusun atur segalanya supaya sempurna. 


Staff PTS juga sedang sibuk menyusun rak buku dan mengatur gerai supaya nampak tersusun, kemas dan menarik hati pembeli.


Ini pula rak buku remaja. Kepada pembeli yang merasakan dirinya remaja, sila serbu rak buku ini ya! 


Semalam juga, Kak Ann ada menelefon dan memberitahu Kak Ain. Katanya buku BSB: Kini Berwajah Baru sudah siap masuk stor PTS! Yeay!Seronok sungguh Kak Ain hingga menyuruh Cik Abang pecut kereta dengan lajunya ke Batu Caves bagi mendapatkan 300 naskah awal buku tersebut.

Inilah buku yang sudah selamat berada di tangan Kak Ain. Haaaa... comel tak? =D

Seratus buku akan dibawa ke PWTC ketika majlis pelancaran. Dua ratus buku lagi akan dijual secara online (jualan online akan dibuka pada 19 April 2009... pembeli online juga boleh membeli melalui pakej dan menerima tandatangan AinMaisarah pada setiap buku yang dibeli)

Hari ini pula, antara tugasan yang menanti adalah mengambil buletin, novelcomel, buku latihan dan lencana yang sudah ditempah. Selain itu, Kak Ain perlu menyusun buku-buku dan merchandise mengikut pakej yang ditawarkan. Isk! Terasa tak cukup masa nak melunaskan segalanya!

Apapun, Kak Ain berharap sangat-sangat dapat berjumpa dengan para pembaca semua. Kak Ain mahu bermesra dan bersenggol-senggolan dengan anda semua! =D Kita jumpa di PWTC pada 18 April 2009 ya!

Kak Ain sudah tak sabar-sabar menanti matahari 18 April 2009 menjelma. Kak Ain tak sabar-sabar mahu berjumpa dengan para pembaca semua!

Salam Sayang,
AinMaisarah  

18 comments:

M E Z said...

Tahniah Kak Ain,
MeZ ucapkan hari esok akan berjalan lancar dan sempurna....
Nanti Kak Ain cerita kat saya Pasal hari esok ye...

salam,
MeZ

Alya said...

Assalamualaikum, Kak Ain!

Tak sabarnya nak beli! Insya-Allah, Alya akan beli pakej RM30.00, [Tolong simpankan tau!!]

Tapi, kena bayar RM30.00 + RM5.00[pos] lah kan? Tak kisahlah....

PaanMFR said...

kak Ain..
Today my Bezday..
then pagi2 td "Cik Abang" tu dah cek web BSB nk finalize.. Nak la 1 buku as my Bezday present..

BalqisBasri (^^,)v said...

Kak Ain tak sabar, Balqis lagilah tak sabar :)
Oke kita jumpa..
Balqis datang awal nanti ;)

Anonymous said...

kak ain ,
insyaalah saya akan datang .
saya nak beli buku kat rak tu .
hehe .
kat sana ada jual impiana 3 tak ?
saya nak beli .
nampak menarik je .

Farahani said...

Salam Kak Ain ,

Huhuh!Laju betul jari ini menangkap satu per satu bait huruf!Nak cepat!

Kak Ain!Tunggu Farah di sana!

Kak Ain,


Minggu depan Farah Ujian /Peperiksaan Pertengahan tahun,Doakan Farah berjaya dapat A dalam semua perkara ya!

Oh ya!

Kak Ain,

Farah rasa,cukuplah Farah beli Pakej RM20.Sebab duit pun ada RM21 jer.Itulah!Mals nak kumpul duit!=P

Kwan-kawan semua,apalagi,jom serbu ramai-ramai!=D

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

sye doakan semuanya berjalan bng sempuran....sy x blh jumpa kak ainmaisarah la.....saye pi 25 ari bln...x pe mungkin kite boleh jumpa lain kali...

Fatihah N. said...

Bestnyer
Insyallah saye dtg
...

mImAmI said...

Hi, Kak Ain!!
Saya pun nak beli buku tu!
Pakej RM 30!!

AFRINA

cik tasha shafzan said...

kak..
saya dah terlepas nak beli buku comel la kak..
sekarang buku comel dah tak de ke?
ataupun kena beli dari akak?

Unknown said...

salam kak ain,

taniah!kak ain dah buat 10 buah buku...sekarang saya tengah tunggu buku impiana III...cepat sikit!TAK SABAR NAK TAHU APA YANG AKAN TERJADI...harap-harap happy ending....saya berharap esok berjalan lancar walaupun tak dapat menghadiri diri sebab kena pergi terengganu...nanti saya janji saya beli buku online...jangan lupa simpan set RM30 dan 2 lencana untuk saya...TERIMA KASIH~~~

Yang mengharap semua berjalan lancar esok,
Norul Atirah...

syaima' said...

hello...

tahniah..insyaallah ima beli

Aina Yasmin said...

kak ain..
i'll be there..
memang nak pergi..
tak sabarnye!!!

Umm Alif said...

Salam Ain.
May you have a wonderful time tomorrow...meeting all your fans. All the best.

Wow you have whole bunch of books you have published! Congratulations.

Warmest Regards,
Hasliza Murni Hussin

Y~A~N~A THE BLOG said...

Kak Ain saya nak sgt pegi esk,
Tp esk Yana tak boleh nak pegi...
Kak Ain tlg simpankan Yana punye...
Yana Nak beli online punye...
Yana nak pakej RM 30.00 punye...
Ni Yana punye mail:
yana_cadbury13@yahoo.com
Kak ain tlg simpankan untuk Yana ehh...

whotherealmeLUVeaDi said...

salam Kak Ain~
aDi nak 'chop' pakej RM30 ye.
aDi akan membuat pembelian
secara online.
rasanya, tak de rezeki nak ke
Pesta Buku kali ini lah

nanti Kak Ain bagitau lah
bila aDi kene buat pembayaran ye!

mail: yati.muhamad@yahoo.com.au

Hasanah Najiihah said...
This comment has been removed by the author.