28 March 2009

AinMaisarah di Showcase Artis Metadome Terbaru

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kak Ain senyum sendiri depan komputer ketika membaca satu per satu tekaan para pengunjung semua.

Okeylah. Kak Ain beritahu jawapannya. Nama artis popular tersebut yang baru sahaja menjayakan persembahan showcase pada malam Sabtu lalu adalah......

.....

.....

.....

.....

.....

.....

.....


ANGGUN!

Nampaknya Aida, Misz Yasmin dan Hana adalah tiga pengunjung Rumah Pink yang meneka dengan tepat. Wah! Tabiklah! Tajam sungguh penglihatan anda bertiga! =D 

Kak Ain petik sedikit sedutan berita antara usahasama Metadome Sdn. Bhd dan Anggun.

Hasil usaha dan perhatian yang diberikan oleh Metadome Sdn Bhd pada Anggun dan SonyBMGMusic Indonesia telah membuahkan hasil yang bermakna sekali  apabila Anggun hadir ke Malaysia bagi mempromosikan album terbaru beliau – berjudul Elevation.

Ini merupakan satu peluang yang ditunggu-tunggu oleh Anggun dan sekaligus menghilangkan kerinduan Anggun untuk bertemu peminat – peminat beliau, ujar Anggun sebaik saja perbincangan diadakan sewaktu berada di Jakarta baru baru ini.

Metadome Sdn Bhd merupakan syarikat yang bertanggungjawab mengedar album Anggun secara fizikal dan mahupun digital. Segala perancangan bagi mempromosikan album Elevation telah pun di atur oleh pihak Metadome Sdn Bhd dengan sebaik mungkin dari tanggal 23 hingga 30 Mac 2009 bagi menjayakan rangka promosi album terbaru beliau. 

Showcase Anggun ditaja bersama oleh Metadome, Radio Rasmi Era, Hotel Istana dan Heben Music.

Di sini, Kak Ain kongsikan bersama gambar-gambar di balik tabir sebaik sahaja Anggun selesai persembahan dan menunggu media di bilik VIP Hotel Istana.

(AinMaisarah, Cik Abang Executive Director Metadome, Anggun)

(Anggun, Amy Search dan isteri)

(Anggun, Imuda & lukisan Imuda yang disiapkan dalam masa tiga jam)

(Anggun & si jejaka berbaju biru iaitu Mr Ferhard, Managing Director of Metadome)

Secara keseluruhan, persembahan Anggun memang bertaraf antarabangsa sepertimana pengiktirafan yang diberikan kepadanya. Suaranya juga seanggun orangnya! Unique and husky. 

Kepada pengunjung semua, Kak Ain masih lagi dalam proses memasukkan video persembahan Anggun di dalam youtube untuk tatapan semua. 

Entri selepas ini, Kak Ain masukkan videonya pula. Tunggu ya!


Salam Hujung Minggu,
AinMaisarah


9 comments:

✖Mizz Yasmin✖ said...

wah..
tak sangka ya..
tekaanku tepat sekali..

Nuraqilah Izzati said...

wah kak ain...
dapat jumper artis..
nanti kak ain blew jadi artis gak..
hehehe

ZaCkG fRiDzHa said...

kak ain join pesta buku antarabangsa kl x? kalau ye, ble ek kak ain akan berada di sana? adik saya dah jadi peminat kak ain dah! dia nak sngt jumpa dengan kak ain.

DJ Farahani said...

Oh!Kak Ain!

Anggun!Dia berlakon dalam iklan pantene kan?kan?

Kalau betul,yay!

ELna said...

yeye..! betul..hihi..

akak smbut earth hour x?

Miss Snow said...

Bangga kak ain dpt jumpa Anggun yg 'meletop' tu kan???
kalau kak ain ambik autograph dia, tunjuk la....:D

Shasha~Acha said...

anggun.... bestnyow dapat jumpa dia
barulah nampak muka cik abang kak ain,,, haha

Shasha~Acha said...

anggun...
bukan suara dia macam laki tu ye?
aduhai dah mengumpat oui

Nurul Insyirah Indera Luthfi said...

waa nampaknye kAin da jadi artis la ye..